Sabtu, 27 Februari 2021

Siapa Presiden Umno sesi 2021 /24

Sila baca link di bawah. amat menarik sekali pantun Kelat Pisang Kelat yang ditujukan kepada KJ.  

YB KJ seperti yang sebut dulu, beliau akan  bertanding untuk jawatan Presiden Umno buat kali kedua. 

Gelanggang dibuka sekarang, andainya beliau tidak bertanding,  ia amat merugikan karier politik beliau. 

Ia nya kerana beliau sudah membina flatform dan mempunyai penyokongnya KJ menang di 61 undi bahagian. mana kala YB Ku Li mendapat 30 undi.  Zahid Hamidi menang 99 undi bahagian. 

Kemenangan DSZH sudah diduga awal kerana beliau menerima baton selepas Najib melepaskan jawatan presiden selepas BN tumbang dalam PRU14.

Selain KJ , H2O atau YB Hismamuddin Hussein juga disebut-sebut akan bertanding jawatan no wahid dalam Umno.

Siapa pilihan anda diantara mereka berdua. 

Kalau dari sudut senioriti. H20 lah yang paling senior, beliau pulang dari London setelah menamatkan pengajian beliau pada 1998 dan terus aktif dalam Umno.

Misi beliau ketika itu ialah pusing satu malaya untuk kempen beliau menjadi Ketua Pemuda Umno selepas kerusi tersebut bakal dikosongkan oleh ketua pemuda  Zahid Hamidi .

Usaha beliau berhasil walau tak sampai setahun boleh diangkat menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Kenapa begitu mudah pemuda umno memberi laluan kepada beliau.

Jawapannya mudah, beliau adalah anak bekas perdana menteri dan cucu kepada bekas presiden parti.  Siapa berani menghalang laluannya. 

KJ pula junior kepada H2O, selepas Hishamuddin tamat tempoh zaman pemuda, KJ yang juga muka baru dalam politik terus mengukir nama untuk menjadi pemimpin umno.

Kenapa KJ mendapat laluan mudah untuk diangkat menjadi ketua pemuda?

Jawapannya juga mudah, sebab beliau adalah menantu kepada Pak Lah yang menjadi Perdana Menteri ketika itu.

Tokoh ketiga yang disebut-sebut untuk jawatan presiden parti ialah  Muhamad Hassan Adun Rantau dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan .

Beliau dilihat sebagai tokoh boleh memang untuk pemilihan kali ini. 

Pada pemilihan parti 2018 Tok Mat jawatan Timbalan Presiden Umno dengan131 undi menewaskan Anuar Musa yang hanya mendapat 59 undi. 

Tok Mat berlatar belakang ahli peniagaan atau orang kata ahli koperat dalam sektor Pengurusan  koperat Cycle & Carriage dan jawatan tinggi dalam perbankan 

Cumanya beliau tidak pernah menjadi ahli parlimen.

Sejak mula menceburkan diri beliau hanya bertanding di peringkat DUN dan memegang jawatan menteri besar sejak 2004.

Setakat hari ini ada 3 nama yang masuk dalam senarai  bakal Presiden Umno.

Apakah Dato Ismail Sabri Yaakob juga termasuk dalam senarai calon? kita bincangkan kemudian.

Ahad, 14 Februari 2021

Sarawak pun bangkit tolak PN! Tahniah!


.
Hari ini media arus perdana dikerahkan agar pembesarkan berita bodoh Parti Gerakan bangga menyertai PN konon bukti orang Cina sudah mula percaya imej Tok Abah.
.
Inilah propaganda paling lawak terpaksa diputar belit macai siber PPBM kerana sedar rakyat marah kepada Tok Abah selamba bazir duit lawat Indonesia kurang 24 jam.
.
Walhal 1 Malaysia pun tahu yang parti konon multiracial tapi didominasi Cina itu sendiri ditolak majoriti kaum Tionghua hatta hilang kuasa di Pulau Pinang sejak 2008.
.
Lihat ajelah PRK Tanjung Piai pada akhir 2019, calon parti ini malu kalah teruk waima hilang deposit kepada calon MCA yang mewakili BN dan dibantu teguh jentera UMNO.
.
Terbaharu, GPS mengaibkan Tok Abah apabila bertegas enggan kerjasama dengan PN untuk PRN Sarawak yang perlu dibuat selepas Julai nanti apabila DUN terbubar automatik.
.
Ia beri isyarat jelas rakyat negeri itu lebih bijak dan enggan diperbodohkan Tok Abah mahu PPBM menang mudah di kerusi selamat DUN Sarawak sekali gus lebar pengaruhnya.
.
Apa yang pasti tindakan rakus Wak Midin mahu PPBM terus bertanding PRN Sarawak bukti ia sendiri jauh lebih gila kuasa tamak gila daripada UMNO yang ditohmah macai PN.
.
Tok Abah terlupa Sarawak bukannya macam Sabah yang dia boleh kencing hancing tikam BN dan UMNO secara terbuka dengan rasuah serta ugutan ala samseng mafia celaka.
.
Insya Allah jika kekal trend rakyat bangkit tolak PPBM, Wak Midin akan tumbang hina kepada BN sebab asas blok PN itu sendiri pun amat rapuh dan penuh kosmetik kepura-puraan.
.
Rakyat tidak lupa PPBM angkuh biadab curi wakil rakyat BN selepas PRU-14 lalu tetapi berlagak kuat sangat walhal PN itu jelmaan versi PH 2.0 bagi hancurkan UMNO!
.
#UndurMuhyiddinNegaraOkay 
#MuhyiddinBaruaMahathir 
#TolakMuhyiddin
#PNJelmaanPH
#UndilahBarisanNasional
#UMNODuluKiniSelamanya 
#DemiAgamaBangsaTanahair 
#HidupUmnoBN

Sabtu, 13 Februari 2021

Kenapa Umno Tidak Masuk Ke Sarawak

Tun Pehin Sri Hj Taib Mahmud Bapa Pembangunan Sarawak




Bersambung lagi bahagian kedua mengenai Umno ke Sabah dan tidak ke Sarawak. Topik ini agak panas dan sensitif jika ditulis secara sembrono dan beremosi, jadi aku nak cerita secara santai dan bersahaja. Harap tidak ada yang panas dan melatah.

Seperti dalam posting kelmarin aku sebut panjang lebar mengenai kemasukan Umno ke Sabah dan ia mendapat sambutan seluruh rakyat Sabah. 

Sehingga penulis politik meletak satu penanda aras bahawa Sabah adalah fix deposit BN.  Sabah mempunyai 25 kerusi Parlimen . PRU 14 yang lalu BN mendapat 10 kerusi,  Warisan 8 kerusi, Pkr 3 kerusi, Sabah Star 1.  

Jom tengok keputusan PRU 14 Sarawak pula yang mempunyai 31 kerusi.  BN menang 19 daripada 31 yang di pertandingkan . Dap hanya menang 6 daripada 9 kerusi, Pkr menang 4 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan. Bebas menang 2 kerusi, manakala PAN, PAS, SARWAK STAR, PBDSB , PBK dan PEACE semunya mendapat telur ayam.

Akan tetapi setelah BN gagal membentuk kerajaan diperingkat persekutuan, parti-parti tempatan yang sebelum ini berada dalam Barisan Nasional telah bertindak meninggalkan BN dan menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (PBS)

Terdapat 4 parti komponan BN yang meninggalkan BN ialah PPB yang diketua oleh Abg Jo, PRS dibawah pimpinan James Jemut Masing, PDP dibawah kepimpinan  Tiong Kim Sim dan SUPP dibawah Prof Dr Sim Kim Hian. 

Keputusan Abang Jo dan 4 komponen mengisytiharkan mereka keluar daripada BN amat mengejutkan, ramai yang tekedu, terperanjat, marah dan kecewa dengan sikap keempat-empat pemimpin yang bertidak demikian dan melahirkan sokongan kepada kerajaan baru di bawah pimpinan Tun Mahathir. 


Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akur dengan keputusan Gabungan Parti Sarawak (GPS) agar UMNO tidak melebarkan sayapnya ke Sarawak.

"Umno tidak akan pernah berhasrat masuk ke Sarawak. Keputusan itu muktamad.

"Umno yakin dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), sementelahan GPS telah dibentuk untuk merangkumkan ketiga-tiga parti lain yang dahulunya dalam BN," katanya menerusi Twitter, pada Jumaat.

Ahmad Zahid berkata Umno mendoakan agar GPS akan terus membentuk Kerajaan Negeri apabila pilihan raya negeri diadakan.

Kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri itu adalah susulan kenyataan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang menegaskan Umno ditegah masuk Sarawak.

"Di Sarawak tidak ada platform lain. Kita tidak akan benarkan UMNO masuk Sarawak kerana mereka tidak tahu apa yang terbaik untuk Sarawak," kata Abang Johari pada Khamis.

Sementara itu, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing setuju dengan penegasan Ketua Menteri.

"Umno kurang faham tentang Sarawak dan beberapa pemimpinnya sedar mengenai kelemahan mereka, justeru mereka tidak berkeras untuk masuk Sarawak," katanya.  Utusan Borneo


Allahyarham Tan Sri Adnan Satem  semasa menjadi Ketua Menteri pernah membuat kenyataan yang mengejutkan dengan berkata , beliau akan meletakkan jawatan Ketua Menteri Sarawak sekiranya Umno dibenarkan masuk ke Sarawak. 

Ia bermakna beliau dan 3 juta ahli PPB akan menentang habis-habis sekira ada usaha menghidupkan Umno di bumi Sarawak.

Mungkin ada yang bertanya , apakah ada usaha untuk menubuhkan UMNO di Sarawak? Jawapannya ada, gerakan tersebut wujud pada tahun 70an hingga 90an dan bukan datang dari KL tetapi dari kalangan orang tempatan sendiri.  

Namum usaha tersebut tidak mendapat sokongan dari KL malah Tun Mahathir sendiri telah menandatangi satu perjanjian dengan Taib Mahmud bahawa Umno tidak akan mengembangkan sayapnya ke Sarawak.

Kini hanya parti DAP, PKR, PAS dan PAN sahaja yang dilihat mengembangkan sayap ke bumi kenyalang dan kumpulan yang berusaha menubuhkan Umno dahalu berada dalam parti-parti tersebut. 

Jangan lupa pada tahun 80an parti PPB pernah berpecah dan tertubuh lah sebuah parti bernama Permas yang dipimpin oleh bekas CM Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya'kub. 

"Umno kurang faham tentang Sarawak dan beberapa pemimpinnya sedar mengenai kelemahan mereka, justeru mereka tidak berkeras untuk masuk Sarawak," Kenyataan Abang Jo dalam  Utusan Borneo

Kenyataan Abang Jo diatas jika dilihat sangat keras dan tidak releven. Sejak Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada tahun 1963, banyak usaha pembanguan telah dibawa masuk ke Sabah dan Sarawak. 

"Umno kurang faham tentang Sarawak" kenyataan tersebut sama sekali tidak tepat dan mengelirukan. Ini kerana sepanjang 55 tahun Sarawak berada dalam Malaysia, banyak pembangunan dan usaha memajukan Sarawak dilakukan oleh kerajaan persekutuan yang diketuai oleh Umno. 

Pembangunan Sarawak dapat dilihat dengan jelas apabila negeri tersebut ditadbir oleh Tun Pehin Sri Taib Mahmud yang menjadi Ketua Menteri ke empat dan selama 33 tahun jugalah kita tidak pernah mendengar kenyataan2 pelik dari CM Taib Mahmud mengkritik Umno, pelik lah jika ada kenyataan bahawa Umno tidak faham tentang Sarawak..

Hari ini Dato Sri Najib Razak masih menaruh harapan agar GPS dapat bersama-sama dengan BN untuk PRU 15. Adakah cadangan dan harapan Dato Najib itu disambut baik oleh Abang Jo dan 3 lagi komponannya ? 

Sekian bersambung?.....dengan tajuk usaha membawa keluar Sabah dan Sarawk dari Malaysia.