Jumaat, 18 April 2008

ALAHAI SAMY VELU

Apa sudah jadi sama you Samy...cakap macam orang hilang pedoman, Dulu masa jadi ketua tak mahu jaga orang India betul-betul. Jiwa orang India sudah masuk angin keluar asap. HINDRAF sudah masuk perut orang India Malaysia. DAP, PKR dan PAS sudah berjaya mencuri hati orang India. aku bertanya seorang budak India berusia 10 tahun..."tambi....Samy Vellu itu bagus kah?" apa dia jawab...'Aiyo,,itu Sammy tarak bagus punya orang, Dia tarak jaga orang India,"

Kalau nak kira jasa Sammy kepada orang India memang banyak. Ramai orang India telah berjaya dalam pelajaran dan juga yang berjaya menjadi kontraktor membina jalan. Pembeli barang lusuh, Pengusaha bas sekolah dan bas kilang. pengusaha kedai gunting rambut, cuci kereta. Ada yang terpaksa import pekerja-pekerja dari India untuk menjalankan usaha dan perniagaan mereka.
Hebatnya Sammy Vellu, tapi semua jasa-jasa beliau seolah-olah dilupakan oleh orang India.

Oleh kerana beliau gagal mengatasi masalah setinggan dan gagal membendung usaha Kerajaan Selangor merobohkan banyak kuil Hindu, dan terbentuknya pakatan HINDRAF. maka kedudukan beliau terus terancam. HINDRAF yang banyak didukung oleh cerdik pandai India yang terdiri dari kalangan peguam-peguam di Malaysia.

Mereka telah memainkan peranan besar dalam usaha menjatuhkan Sammy Vellu. Hari ini selepas kalah dalam PRU12 Sammy sepatutnya bertenang dan melihat kembali peranan dan kerja-kerja yang telah di lakukannya. Orang Malaysia marah kepada Beliau bukan kerana masalah India. masalah India ibarat perbalahan bapa dengan anak. biarlah dia menyelesaikan secara bijaksana tanpa heboh-heboh.

Orang marah pada beliau ialah mengenai isu-isu yang bersabit dengan JKR atau lebih jelas lagi mengenai isu jalan-jalan persekutuan dan PLUS. Satu lagi orang marah kerana mulutnya yang agak celupar bila bercakap di tv atau pun di parlimen.

sekarang beliau nak salahkan kerajaan kerana gagal menangani masalah orang India. Sedarkah beliau bahawa peranan itu terpikul di bahunya. kalau kerajaan gagal bermakna dia lah yang gagal. bukan NAJIB ATAU PAK LAH ATAU TUN MAHATHIR..

Aku harap Sammy Vellu dapat bermeditasi di suatu tempat yang sunyi atau yang suci bagi agama Hindu.. supaya ketenangan akan menjelma kembali dalam diri beliau. Agar dia kembali hidup dengan misi dan visi baru dalam MIC . itu pun jika beliau diterima lagi oleh akar umbi MIC