Sabtu, 26 April 2008

PELURU ANGIN ANWAR

30 Ahli Parlimen akan lompat keluar dari BN dan juga UMNO untuk menyertai Pakatan Rakyat?
Perkara ini perlu dipandang serius. Walaupun ia satu perang saraf untuk mengganggu gugat kan lagi BN. mungkin beliau ingin melihat BN melatah dalam hal ini. Menteri Penerangan baru pula dengan bijak menyatakan pakatan rakyat yang perlu risau sebab kemungkinan besar ahli mereka akan melompat keluar masuk BN.

Siapa 30 ahli parlimen yang dimaksudkan itu. mereka cerita nya ialah dari Sabah dan Sarawak. dia juga ada menyebut bahawa ada ahli UMNO yang memaklumkan agar nama mereka disenarai masukkan oleh AI.

Oleh itu wajar lah ahli parlimen yang akan bersidang nanti berdiri teguh dan menepis peluru-peluru kosong dari AI di Dewan Rakyat nanti.

Semoga Rakyat tidak tertipu lagi dengan omongan kosong beliau