Isnin, 30 Mac 2009

Pas mendakwa penyokong Pas ramai..biarlah sejuta pun siapa peduli.

Pagi tadi saya sampai di bandar agak lewat. selepas bersembang dan pekena teh dan roti canai di sebuah restoran baru saya ke lokasi.

Penyokong Bn dikehendaki memasuki bandar Taiping menggunakan Jalan Taming Sari dan Penyokong Pembangkang di alirkan ke Jalan Kota. Cuma Dajal Karpal Singh saja yang masuk melalui Jln Taming Sari dan dia telah dibaling dgn botol dan objek lain. dia juga telah membuat aduan polis di Taiping. Polis dalam berita menyalahkan Karpal kerana masuk jalan yang salah. Tengok dalam berita malam tadi keretanya jenis Toyota Alphard putih. betul atau tidak saya tak pasti , sebab tidak berada di lokasi semasa insiden berlaku, kalau ada boleh ambil gambar.

Bloggers Pas seperti biasa bermegah dengan kuantiti. Biar lah. Tetapi sepanjang 2 jam saya berada di sana jelas menunjukkan lebih ramai penyokong dari BN. Saya bukan setakat melihat penyokong Pas dari jauh, tetapi telah masuk dalam kumpulan Pas sendiri. Pas ramai datang dengan kereta, van dan mpv. Manakala BN dari luar datang dengan bas persiaran dan bas sekolah. ada yang diletakkan sepanjang Jalan Stesen menghala ke Stesen Keretapi. Rombongan motosikal dan kereta BN diletakkan di perkarangan SK KE VII.

Suasana memang tenang di sebelah BN. Kebanyakan orang Bn lebih gemar bertemu dan berbual sesama rakan lama dan baru, Ada rakan-rakan yang lama tak jumpa tiba-tiba bersua muka dan sudah tentu panjang cerita mereka. Yang sibuk terjerit-jerit seperti biasa lah ialah puak Pas.

Jam 11 lebih FRU dikerahkan ke Padang Esplanade . rakan polis melaporkan terdapat suasana tegang di sana. saya tidak mahu kesana. Ada juga puak-puak Pas yang menyamar dengan memakai baju T BN. Saya tahu dan saya kenal, mereka mengusung kamera video dan kamera still. Apa ke hee nye.?

Semasa pengumuman calon oleh Dato Mahmod Pengarah SPR Daerah , saya sudah balik untuk bergegas ke Alor Star, dalam perjalanan balik ramai Pas mengisi minyak di Petronas Kamunting untuk balik ke destinasi. Hairan kenapa Petronan menjadi pilihan mereka.

Di Rehat dan Rawat Bukit Merah, juga di penuhi kereta-kereta langau untuk balik ke Utara. Slang mereka ada slang Kedah dan ada slang Penang. yang melucukan seorang langau makan tak bayar dan dikejar oleh oleh pekerja gerai makan, selamba dia kata dah bayar, siapa betul dan siapa salah, hanya Allah yang mengetahui.

Sampai di persimpangan Sg Petani Selatan beberapa buah kereta yang dilihat di Bukit Merah telah membelok masuk ke Sg Petani. Hairan, bersusah payah mereka turun ke Taiping, padahal mereka langau hijau tu perlu membantu rakan mereka yang behimpun di sekolah teknik di sana. Apakah Pas sudah memboikut calon India dari PKR?

Yang pasti di Bukit Merah saya hanya melihat seorang hanya beberapa kerat saja penyokong BN yang singgah di RR itu. Ini menunjukkan ramai penyokong Pas adalah dari luar. Yang penting ialah undi.

Seperti dalam pos lalu saya menyatakan Nizar adalah pilihan Ngeh kapir harbi, dan hari ini Ngeh sendiri mengakui bahawa dialah orangnya yang mahukan Nizar bertanding di Bkt Gantang, Nah,,,,,,siapa berkuasa? Nik Aziz atau Ngeh?
Betullah kata saya Nizar ialah pawahan Dap. Kita selalu dengar orang pawah kambing, lembu dan kerbau. Ini Nizar yang kena pawah. Lantak lah janji Nik Aziz dan sokong kira orait lah tu.