Jumaat, 27 Mac 2009

Siapa Lebih Telus, Pas atau Umno ?

Parti pembangkang di Malaysia ini kerap melabelkan kerajan BN yang memerintah sebagai tidak telus. Pada pandangan saya, pembangkang seperti Pas, Dap dan Pkr lah yang tidak telus dan tidak berani mentranparensikan status atau kedudukan mereka.

Sebagai contoh , pengisytiharan harta. Hanya Selangor saja yang berani buat, itu pun setelah diasak oleh pembangkang (BN). Akhirnya Khalid Gagap pun mengisytiharkan harta kuncu-kuncu mereka. Ok Tahniah walau tak berapa telus , mereka buat juga. Anwar Ibrahim di Pulau Pinang sudah gabra takut ada desakan supaya semua MP dan Adun Pakatan Rakyat di negeri itu mengisytiharkan harta mereka. Buat masa ini Ustaz Lim minta-minta dan berdoa agar tidak ada suara yang minta mereka telus dalam bab ini.

Fokus saya seterusnya ialah keahlian parti Pakatan Rakyat. Mereka begitu merahsiakan akan keahlian ahli parti mereka. Pas, Dap atau Pkr sama saja. Takut tak bacul.

Umno bertindak berani dan telus dalam perkara ini. Laman Web Umno menyediakan ruang dan peluang untuk semakan keahlian mereka. Apa perlu ialah dengan menulis nombor kad pengenalan dalam kotak yang disediakan maka kita boleh menyemak keahlian sesiapa sahaja yang kita mahu asalkan kita mengetahui nombor kad pengenalannya.

Saya mencabar Pakatan Rakyat supaya dalam tempoh yang singkat ini mereka berani membiarkan rakyat negara ini menyemak senarai ahli parti mereka. Saya tahu semua data ada dalam sistem maklumat mereka. Seperti Pas , mereka mempunyai ramai pakar-pakar IT dari dalam negeri mahupun pakar yang diimport dari luar negara.