Khamis, 4 Mac 2010

PENDUDUK ANAK KURAU RINDUKAN JALANRAYA BARU

Penduduk Kg Anak Kurau Batu Kurau telah lama berharap untuk mempunyai sebuah jalan baru ke bandar Taiping. Sejak zaman sebelum merdeka penduduk kampung telah menggunakan jalan kerbau untuk ke bandar Taiping.

Kenapa dinamakan jalan kerbau? Dahulu penduduk kampung menggunakan laluan tersebut untuk membawa kerbau atau lembu untuk dijual kepada peniaga daging di bandar.

Orang-orang lama juga bercerita bahawa di puncak bukit genting tersebut terdapat kedai kopi yang menjadi persinggahan penduduk yang berulang alik membawa hasil jualan buah kayu dan lain-lain.

Sejak itu penduduk kampung sentiasa mengharapkan suatu hari akan ada jalanraya yang dapat menjadi nadi kepada kemajuan kampung dan seluruh penduduk Mukim Batu Kurau.

Projek yang pada awalnya hanya bernilai RM12 juta meningkat kepada RM27 juta dan kos terakhir ialah RM75 juta.  Projek ini sudah tertangguh banyak kali sejak Dato Seri Hj Kamarudin sewaktu menjadi Menteri Besar Perak. 

Wakil Rakyat Dun Kamunting iaitu Yang Berbahagia Dato' Dr Abdul Malik telah berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan projek ini sejak awal menjadi Adun Kamunting lagi.

Dahulu Kampung Anak Kurau teletak dalam kawasan Parlimen Taiping dan DUN Kamunting. Hari ini telah di letakkan dalam Dun Batu Kurau.

Projek ini tertanggug satu ketika dahulu pada 2007 kerana penduduk tidak berpuas hati kerana jalan yang dirancang telah dilencongkan ke sebuah ladang dan keluar di Batu 12 Jalan lama. Penduduk kampung mahukan projek mengikut pelan asal (rujuk peta).

 En Zakaria Razali (foto) merupakan salah seorang daripada ahli JKKK yang masih lagi hidup dan berjuang untuk membolehkan projek ini di segerakan. 

Mengikut pelan di atas jalan tersebut akan melalui Kpg Bukit Jana dan keluar melalu jalan sebelah Kelab Golf Bukit Jana tetapi di faham ia telah dilencongkan ke Ladang Sin Wah.  Jika ia berlaku pihak ladang akan mendapat pampasan yang besar. TM mencadangkan agar Wakil Rakyat Dun Kamunting dan Batu Kurau agar melalui pelan asal dan keuntungan kepada penduduk sekitar kerana dapat membangun industri pelancongan.

Tempat tersebut juga boleh dijadikan sebagai stesen kereta kabel ke Bukit Larut jiak menjadi kenyataan.