Ahad, 25 April 2010

SEJARAH PEMBANGUNAN FELDA.

54 tahun lalu Felda dikenali sebagai Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau nama ringkasnya LKTP. Terdiri daripada 275 tanah rancangan dan menempatkan 177 ribu keluarga peneroka.

Di bawah konsep FELDA 800 ribu hektar tanah telah dibangunkan. Dua pertiga berkonsepkan pekebun kecil dan satu pertiga berkonsepkan ladang. Felda dibangunkan dengan pinjaman dari Bank Dunia bernilai RM 8 billion.

Mengikut perjanjian Felda hanya akan selesai melunaskan hutang pada tahun ini 2010 tetapi berkat usaha gigih dan kerajinan warga FELDA hutang tersebut telah dilangsaikan 14 tahun lebih awal.

FELDA adalah satu usaha kerajaan BN untuk membasmikan kemiskinan desa dan ianya telah berjaya. Pendapatan warga FELDA hari ini tidak kurang RM1000 sebulan.

Bahkan satu ketika dahulu warga FELDA telah dilanda satu kejutan budaya apabila harga komoditi melonjak naik  sehinggakan ada warga Felda yang sanggup membakar wang kertas untuk mencari wang syiling yang jatuh ke tanah untuk membuat panggilan telefon di pondok telefon awam.

Pada tahun 2006 Felda menyumbangkan sebanyak RM8.5 billion pendapatan negara dengan menghasilkan 12.5 peratus keperluan minyak sawit dunia.

Keluarga Felda mendapat layanan yang istimewa, sekolah, klinik kesihatan, elektrik dan bekalan air bersih disediakan oleh kerajaan. Setiap tanah rancangan disediakan sebuah masjid untuk umat Islam beribadat.

Tahap kesihatan penduduk Felda terus bertambah baik. kadar kematian bayi menurun, jangka hayat penduduk meningkat kerana mendapat perkhidmatan kesihatan yang disediakan kerajaan. 

Pencapaian anak-anak peneroka dalam bidang pelajaran juga amat memberansangkan. 70 peratus generasi Felda berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti. 30 peratus lagi yang tercicir tetap diberikan bimbingan kemahiran untuk mengurangkan gejala negatif dan masalah sosial di tanah Felda.

Ada peneroka yang tidak berminat lagi untuk terus menanam semula walaupun insentif  RM 1 000 satu hektar dibayar sebagai galakan dan mereka lebih berminat untuk menjual tanah untuk  bergelar jutawan sebaik sahaja mendapat geran hak milik tanah.

Peneroka Sg Buaya  Hulu Selangor dan Labu Negeri Sembilan sudahpun menjual tanah masing-masing kepada pemaju perumahan.  Malangnya tidak semua menjadi jutawan kerana pembayaran dibuat berperingkat dan perebutan harta oleh anak-anak dan waris. 

Adalah keluarga yang porak peranda kerana perebutan harta pusaka, malah institusi kekeluargaan yang begitu utuh dalam masyarakat Melayu musnah kerana wang. Anak menderhaka kepada ibu dan bapa menjadi perkara biasa di Felda. Ini benar berdasarkan kes tuntutan di mahkamah-mahkamah syariah.

Generasi kedua pula yang berjaya dalam pendidikan sudah menjadi warga kota dan berjawatan tinggi , maka 30 peratus anak-anak felda yang tercicir tadi meneruskan usaha mereka di tanah tersebut. Malangnya mereka  tidak melakukan kerja seperti generasi pertama.

Mereka bersikap sambil lewa dan tanah rancangan bertukar menjadi kampung tradisional dengan pelbagai masalah sosial seperti arak, dadah, mencuri, sumbang mahram maksiat dll. Mungkin juga isu video lucah dan pembuangan bayi adalah terpencil tetapi ia tetap satu tamparan kepada warga Felda.

Felda melalui proses penjenamaan semula oleh Abdulah Badawi dan disambut oleh Najib. Menjelang 2015 Felda bergerak ke arah KEUSAHAWANAN seperti  penternakan, akuakultur, tanaman komersial, perusahaan dan perkhidmatan.  Untuk itu skim insentif diperkenalkan oleh kerajaan untuk warga Felda menjadi usahawan berjaya.

Cabaran seterusnya ialah gangguan politik dan kemasukan mazhab syiah dan wahabi ke dalam warga Felda. Partii politik seperti Pas dan Pkr sentiasa meracun pemikiran warga Felda kononnya mereka ditipu oleh kerajaan Barisan Nasional dan terdapat juga segelintir tenaga kerja yang berkhidmat dalam Felda menjadi duri dalam daging yang menggagalkan usaha murni kerajaan BN.

Fikir-fikirkan lah.