Ahad, 24 Oktober 2010

Subjek 'Sejarah' wajib lulus

Wajib lulus subjek 'sejarah' dalam peperiksaan SPM mulai pada tahun 2013.

Ini adalah keputusan sebulat suara oleh hampir 4 juta ahli Umno. Usul ini telah banyak diperkatakan di peringkat persidangan tahunan peringkat cawangan , bahagian dan akhir kemuncaknya ialah PAU 61 yang berakhir semalam.

Dahulu pelajaran sejarah bukanlah subjek wajib dalam peperiksaan SPM. Apabila pelajar yang lulus SRP/LCE mereka yang layak ke tingkatan 4 Sains secara otomatik subjek ini gugur dalam senarai subjek peperiksaan. Hanya mereka dalam aliran 'Art' sahaja yang mengambil subjek ini hinggalah ke peringkat STP/ HSC.

Kesedaran mula timbul akan pentingnya membentuk jati diri generasi negara menyebabkan pelajaran sejarah wajib diambil oleh semua calon SPM dan kementerian juga telah menggubal sukatan pelajaran agar relevan dengan tuntutan semasa.

Bagaimanapun sejarah tempatan yang mengambil tempat dalam peperiksaan PMR sahaja manakala untuk SPM memfokuskan kepada sejarah revolusi mengikut perkembangan dan peredaran masa. Cuma pelajar SPM kurang meminati subjek ini dan ramai calon yang gagal walaupun mereka lulus cemerlang dalam subjek yang lebih kritikal.

Kata mereka "subjek sejarah membosankan dan nak jawab soalan pun susah kerana kena menulis dalam bentuk karangan kalau buat objektif saja senang sikit, tak sakit kepala"

Mulai 2013 calon wajib mendapat sekurangnya 'C' atau '7' zaman dahulu.

Hari ini pelajar yang naik ke tingkatan 4 hanya wajib lulus sekurang-kurangnya satu subjek sahaja dalam PMR dan mampukah mereka ini 'lulus wajib' dalam subjek sejarah yang format soalannya amat sukar.

Oleh kerana ia akan jadi subjek wajib lulus maka ia menjadi satu tanggugjawab dan cabaran besar kepada guru dan calon SPM agar melihat subjek ini bukan 'subjek main-main' lagi. Ia penting dalam membentuk rakyat satu Malaysia yang kenal sejarah asal usul kita.

Hari ini ramai pemimpin politik pembangkang dan juga Pak-Pak Menteri, ialah mereka yang tidak pernah belajar sejarah dalam SPM dan STP (STPM). Tambahan pula apabila mereka memasuki universiti luar negara sudah tentulah pengetahuan terhadap sejarah tanah air adalah zero. Hanya mereka yang berada di IPT tempatan dan dalam aliran art sahaja mungkin terus mendalami sejarah negara dalam kajian mereka.

Akhir kata tahniah kepada Umno yang membawa usul pendidikan. Banyak lagi akan disebut selepas ini dalam usul pendidikan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.