Isnin, 31 Mei 2010

HASSANAH DUNIA HASSANAH AKHIRAT


Dalam doa kita setiap hari kita akan menyebut 2 ayat di atas, memohon kepada allah semoga diberikan kebahagian di dunia dan juga kebahagian di akhirat. Setiap insan berharap akan memperolehi apa yang diimpikan didunia. Setiap insan berharap kehidupan yang baik, baik dari segi ekonomi , politik dan sosial.

Walaupun harga barang semakin meningkat, ia tidak menjejaskan daya beli kita, restoran dan pasaraya masih sesak dengan pelanggan, walaupun harga minyak sudah meningkat 300 peratus kita masih mampu membeli bahan bakar untuk kereta dan motosikal. 

Jumlah kereta semakin bertambah dan kesesakan dijalan raya tetap berlaku walaupun dilebarkan sebesar Sungai Pahang atau Sungai Sarawak. 

Dahulu sebuah kereta mini 850cc harganya RM 3 ribu lebih tu pun tak ramai yang mampu beli, tahun 70an sebuah honda cub 70cc harganya Rm 800 ringgit, itu pun boleh bilang dalam kampung ada berapa biji sahaja, hari ini motosikal yang dah lama sikit dibuang-buang sahaja, ( minyak naik sejak peperangan Mesir-Israel 1967, Perang Iran-Iraq dan perang Nato-Iraq)

Hari ini setelah merdeka 53 tahun negara telah berjaya membangun dengan cukup pantas. Manifesto pilihanraya pertama 1955 oleh Perikatan telah direalisasikan dan melebihi apa yang dijanjikan. (rujuk entry sebelum ini). 

Kerajaan yang diberi mandat untuk memerintah, telah berjaya menjamin sumber makanan tidak terjejas. Kerajaan juga berjaya menyediakan pekerjaan kepada warganya sama ada dalam sektor kerajaan atau pun swasta. Sumber guna tenaga terlalu banyak dan menyebabkan tenaga kerja diimport dari luar. Ini tidak berlaku dalam tahun 60an dan 70an.

Bagaimana pun ada insan yang malang kerana gagal dalam kehidupan, berita tv1 jam 8 malam tadi masih mendedahkan ada lagi manusia yang malang dan tinggal dirumah yang buruk dan robek. Sudah tentu keluarga dari negeri jelapang padi itu mengharapkan sumbangan orang ramai atau kerajaan agar dapat berteduh di dalam sebuah rumah yang lebih selesa. 

Nak salahkan mereka kerana gagal pun tidak boleh juga. Ini kerana tahap pemikiran mereka setakat itu saja. Mahu tidak mahu, kerajaan terpaksa membantu. Akan tetapi jika terus dibantu , penyakit masyarakat ini akan terus berpanjangan. Makin ramai akan mengaku susah dan miskin semata-mata kerana mahukan bantuan kerajaan.

Pernah satu ketika dahulu dalam rancangan tv3 Bersamamu telah mendedahkan mereka yang daif dan miskin, tetapi bila kes dirujuk kepada JKKK lain punya bunyinya. Mereka sudah mendapat banyak bantuan kerajaan , untuk masuk TV3 mereka ada yang menyorok barang-barang elektrik di dalam hutan, begitu juga motosikal dan kereta juga disembunyikan dari pihak tv3.

Sabtu 29 Mei 2010 RTM telah menyiarkan satu rancangan aduan rakyat yang menunjukkan masalah banjir di Kampung Pasir Kamunting, banjir disebabkan pembinaan landasan keretapi kembar. Yang peliknya kenapa Wan Kamaruddin tidak berjumpa dengan Ketua Kampung terlebih dahulu. Sebalik menemuramah penduduk dan wakil rakyat iaitu YB Dato Muhammad Zahir Dato Khalid. 

Penduduk kampung tersebut merupakan peneroka tanah kerajaan dan mereka ialah dari kumpulan akhir dan tanah yang kosong yang dapat pada mereka ialah kawasan berpaya dan berhampiran dengan sungai.

Kejadian air naik juga bukan kerap berlaku, saperti kata Dato Zahir , beliau sering melawat kawasan tersebut dan banyak bantuan telah dihulurkan. Ketua kampung Hj Ismail Yeob Hamid telah juga berasa kesal dengan pendedahan dalam tv tersebut. Ia seolah-olah satu sabotaj untuk merosakkan imej beliau dan juga wakil rakyat . 

Ketua kampung juga mendedahkan bahawa di situ kerajaan telah membina 6 buah rumah PPRT tetapi sampai sekarang penerimanya belum membuat bayaran sesenpun. Manakala banyak lagi permohonan diterima untuk membina rumah yang sama, Cuma masalahnya mereka tidak mempunyai tanah. Jika ada tanah milik waris pun sudah memadai untuk memohon bantuan rumah PPRT.

Motif utama tajuk di atas ialah kerajaan negeri Kelantan. Nik Aziz merupakan seorang menteri besar yang gagal membawa pembangunan kepada rakyatnya. Ini menyebabkan anak-anak Kelantan bersepah di Lembah Kelang dan Johor untuk mencari rezeki, yang bijak akan berniaga dan kurang berkemampuan mereka akan makan gaji. Kelantan terus mundur.

Bagaimana pun Nik Aziz cukup bijak dalam pentadbiran beliau, beliau mengajak rakyatnya melupakan pembangunan dan mengajak rakyatnya mengutamakan akhirat. Nik Aziz lebih bersifat tok guru dan tugas utamanya ialah memberi ceramah akhirat lebih daripada usaha membangunkan ekonomi negeri. 

Bila bercakap mengenai pembangunan Nik Aziz berkata yahudi dan nasrani pun membangunkan negeri. Bagi nya yang penting ialah akhirat. Hmm kalau macam tu Nik Aziz eloklah letak jawatan dan jadi tok guru sahaja, dan biarlah negeri ditadbir oleh orang lain yang lebih arif dalam memberi hassanah didunia dan tok guru teruskan memberi hassanah diakhirat.

Akan tetapi adakah benar ilmu akhirat yang diajarkan oleh Nik Aziz? Setakat ini apa yang dapat dinilaikan, dunia pun tak lepas,  akhirat pun tak lepas. Entah apa ajaran yang dibawa tok guru pun tak pasti. Banyak yang menyeleweng dari landasan sebenarnya.

SUKARELAWAN MALAYSIA DALAM MISI BANTUAN KEMANUSIAN GAZA

malaysian volunteer on board are 11.. 

1. norazman samsuddin 

2. dr syed halim 

3. dr arba i shawal 

4. dr ir salamat  ( Taiping Perak)

5.mohd nizam awang (haluan palestine) 

6. ustaz al hani (gabungan ngo penang) 

7. rep of GIM 

8. rep of MUSLIM CARE 

9. sdr jamaluddin ilias (yayasan amal) 

10. shamsul (astro) 

11. ashwad (awani)... please find the missing names if you know

BANTAHAN DAN SOLAT HAJAT MENENTANG KEZALIMAN ISRAEL DI GAZA

Esok 1 Jun 2010 Selasa dijemput semua warga kota dan desa, Islam dan bukan Islam, mari lah sama-sama berhimpun untuk menyuarakan bantahan kita terhadap kekejaman tentera Israel yang menyerang kapal bantuan ke Gaza di hadapan kedutaan Amerika jam 9.00 pagi esok.

Pada malam esok juga bersamaan 1 Jun 2010 akan diadakan solat hajat di Masjek Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur

Seru lah saudara mara dan sahabat-sabahat untuk bersama-sama mendoakan keselamatan ke atas konvoi bantuan kemanusian tersebut. PERKASA

YAHUDI MENERUSKAN KEZALIMAN TERHADAP GAZA

16 killed in Israeli attack on aid flotilla

Monday, May 31st, 2010 16:07:00
JERUSALEM: Israeli forces on Monday attacked an international flotilla carrying aid to besieged Gaza, killing up to 16 and wounding more than 30 others, an Israeli television reported.
The clash happened after Isreali soldiers tried to stop the flotilla from reaching Gaza. Israel's private Channel 10 television, cited by China's Xinhua news agency, said Israeli forces opened fire after being attacked by a number of passengers.
The Isreali Army Radio also put the number of deaths toll at up to 16, saying that more than 30 others were injured.
The flotilla consisting of six ships were carrying about 10,000 tonnes of aid and activists who were making an attempt to break the blockade on Gaza.
Israeli commandos dropped from a helicopter onto the deck of a Turkish ship at about 4:30 a.m. and immediately opened fire on unarmed civilians, said a twitter of the human rights group Free Gaza Movement.
Israel Defence Forces (IDF) spokesman's office cannot confirm any of the report at the moment.
Sources told Xinhua that seven of the injuries were admitted to Israel's Rambam Medical Centre in Haifa. The hospital's spokesman David Ratner said that a 20-year-old, moderately hurt man was delivered by a chopper from the sea, but denied that he was from the aid ship.
Live image shows that Israeli soldiers from the helicopter and a number of speedboats boarded one of the ships at night. Activists wearing life vests were treating what appeared to be injuries for unknown reasons.
The English channel of Qatar's Al Jazeera television said the clash happened in international waters off the Gaza coast after activists ignored Isreali order to turn back.
The flotilla had set sail from a port in Cyprus on Sunday and was expected to reach Gaza by Monday morning, Al-Jazeera reported.
The flotilla, originally made up of nine ships from Turkey, Britain, Ireland, Greece, Kuwait and Algeria, were carrying cement, water purification systems and wheelchairs. One of the ships had not arrived and two others had been damaged.

KEMBAR TIRI JAHANAM PAS BERTINDAK MACAM ZIONIS


Akhirnya gerai DOREMI di Tanjung Bungah telah rebah ke bumi apabila dirobohkan MPPP atas arahan oleh kerajaan zalim Lim Guan Eng
Pemiliknya orang Pas tuuuu,,,,penuh kain rentang bulan,.....kenapa Pas tak buat demo?

SOALAN BENGONG-BENGONG DALAM PERBICARAAN LIWAT : SAIFUL vs AL-JUB

Karpal Pening, Dia Dah Tak Tahu Nak Tanya Apa Lagi. ? Kes liwat anwar bersambung hari ini, karpal selaku peguam harapan anwar kelihatan sudah tiada harapan lagi untuk menjadi peguam, mana tidaknya, segala soalan yang di tanya oleh karpal langsung tidak masuk akal dan l...angsung tidak ada kaitan dengan kes liwat anwar. 

Antara soalan-soalan bodoh yang karpal tanyakan pada saiful dalam prosiding pagi tadi. "Semasa kamu darjah berapa, ayah dan ibu kamu bercerai"? "Karpal bertanya saiful tentang adik perempuannya saidati yang mengikut seorang lelaki berkahwin di thailand" Ini apa punya soalan yang karpal tanya ni? ada kaitan ke kes liwat dengan dengan mak-bapak saiful bercerai, ada kaitan ke adik saiful kawin di thailand dengan kes liwat? kalau karpal tanya soalan pasal kawin di thailand pada anwar mungkin logik la kut, pasal anwar dan wan azizah memang kahwin kat siam. 

Barisan peguam anwar sekarang ni dah mati pair, mereka semua tahu yang perbuatan liwat itu betul-betul berlaku tapi untuk menyelamatkan anwar mereka terpaksa mencari kesilapan taknikal untuk membela anwar supaya dia dilihat tidak bersalah, hanya dengan cara itu sahaja anwar mampu di bebaskan. 

Kita kena ingat balik sewaktu anwar di bebaskan dari kes liwatnya pada tahun 2004 dulu, semua hakim bersetuju yang ada berlakunya perbuatan liwat itu, tapi atas kesilapan dan kesalahan taknikal seperti tarikh, tempat dan masa, anwar ibrahim di bebaskan dengan undi 2-1. DarulEhsanToday-DET

SERANGAN KE ATAS KONVOI BANTUAN KE GAZA

6 SHIPS WERE CAPTURED/DETANED.
MAVI MARMARA - LEFT ANTALYA , AND WAS ATTACKED AT 10.30 AM LOCAL TIMEON BOARD OF THAT SHIP - AWANI REPORTERS, HALUAN PALESTINE PRESIDENT BROTHER NORAZMAN, MY GOOD FRIEND DZIKRULLAH FROM SAHABATALAQSA.COM, INDONESIA, HIDAYATULLAH.COM.TURKISH FRIENDS WERE SHOT 9 OF THEM...
 ADA ORANG PAS KAH? YANG DI TUDUH ZIONIS TU LAH YANG BERJUANG MEMBANTU PALESTINE DI GAZA 
HARAP SEMUA RAKYAT MALAYSIA DARI BARISAN NASIONAL (UMNO) SELAMAT DARI MENJADI MANGSA KEKEJAMAN ZIONIS
AWAS- MALAYSIA JUGA BAKAL MENJADI PALESTINE JIKA DAP MEMERINTAH. 
HANYA PAS HAPRAK MASIH BUTA HATI.

ZIONIS MENYERANG KONVOI BANTUAN KE GAZA-

JERUSALEM: Sekurang-kurangnya 10 maut apabila askar Israel menyerang bot yang membawa aktivis pro-Palestin dalam perjalanan ke Gaza.
Saluran 10 Television persendirian Israel yang dipetik oleh agensi berita AFP melaporkan, pasukan komando marina Israel mula melepaskan tembakan selepas dikatakan diserang dengan kapak dan pisau oleh penumpang bot keselamatan itu.

Bagaimanapun stesen itu tidak memberitahu jumlah sebenar kematian dan sama ada mangsa itu adalah penumpang bot atau tentera Israel.

Radio tentera Israel pula melaporkan, antara 10 hingga 14 orang terbunuh dalam pertempuran yang berlaku kononnya selepas cubaan penumpang bot terbabit merampas senjata milik komando tentera laut yang cuba menahan mereka.


Tidak jelas sama ada pertempuan itu hanya membabitkan sebuah bot saja ataupun enam konvoi bot yang membawa misi bantuan, dan pihak Israel tidak mahu mengulas lanjut mengenai kejadian itu.

Tentera Israel juga mengeluarkan arahan yang menghalang sebarang maklumat keluar berhubung kematian atau kecederaan akibat kejadian itu. - AFP

komen TM;
Pas menuduh Umno bekerjasama dengan Zionis kerana APCO. tetapi lihat bagaimana bantuan yang dihulurkan oleh Malaysia kepada Palestine di Gaza, Rakyat Malaysia menggadaikan nyawa demi membantu kaum yang dianiya oleh Zionis.

Berapa ekor orang Pas dan Pkr yang turut serta dalam konvoi tersebut?

PAS BERETORIK DALAM ISU JUDI

Ini adalah salinan dari sebuah blog Pergi Jahanam Pas. Antara isinya ialah mengkritik dan mencerca  UMNO yang meluluskan lesen judi. Kutukan yang lain ialah mencela kenyataan Khir Toyo yang mencabar kerajaan Selangor menutup Premis judi dan juga premis rumah urut yang banyak di Kuala Selangor.

Blogger juga seperti biasa menyalahkan kerajaan terdahulu yang meluluskan lesen,  kenyataan bodoh piang betul si jahanam pas ini. Mana mungkin kerajaan BN meluluskan lesen premis judi, arak dan urut sedangkan ia baru tumbuh. lainlah jika premis tersebut sudah wujud 5 tahun lalu. Baru lah boleh kata BN yang luluskan. Isu kilang arak, dulu Pas kata, kita akan tutup kilang arak jika kita berkuasa di Selangor. Nah.....mana dia?

Bila di kritik gagal bertindak Pas balik menyalahkan Umno yang meluluskan lesen dan juga membina kilang arak. Pas lepas tangan. Sebenarnya Pas takut pada Dap.

Bab judi ini, telah menjadi budaya masyarakat Malaysia, baik melayu atau bukan melayu, judi tetap menjadi sebahagian hidup mereka. Berlesen atau tidak judi tetap dimainkan, D7 Bukit Aman ditubuhkan untuk membenteras judi haram. Itu lah sebahagian komitment mencegah judi haram. Masyarakat Cina tidak boleh lari dari judi. Perbagai jenis judi yang dimainkan oleh kaum cina sejak beratus taun lamanya.

ROS juga peka dalam hal ini, oleh sebab itu dalam setiap penubuhan kelab dan persatuan ROS telah menetapkan kesalahan menjalan judi atau loteri dalam kelab mereka. Ini satu lagi komitment kerajaan. Masih tak nampak lagi kah wahai Pas haprak?

Lesen judi bola dicadang oleh Awang Adik juga telah mendapat tentangan daripada akar umbi Umno. Sekarang ialah musim persidangan tahunan cawangan Umno untuk 2010. Rata-rata cawangan yang telah bersidang membantah pengeluaran lesen judi bola walaupun untuk bukan Islam.  Nak tanya Pas, boleh kah Pas melarang orang bukan Islam makan babi dan menghalang lesen perternakan babi, lesen penyembelihan babi dan penjualan babi?

So jangan lah melebelkan Umno menyokong judi,  Kalau lesen judi dipohon oleh bukan Islam , biarkan lah, negara ini bukan 100 peratus penduduknya Islam. Pas yang berdekah-dekah bercakap soal Islam tetapi tetap bekerja sama dengan Kapir Harbi yang nyata menolak Islam. Rujuka debat KJ dan Husam Musa. Habis debat Husam dipanggil oleh Dap untuk menjelas kedudukan Pas dan hukum hudud, pandai pulak Husam menyatakan tidak akan melaksankan hudud.

Dr Harun Din berkata Pas akan menubuhkan negara Islam, Nizar pula kata ' cuba cari dalam mana-mana enekmen Pas yang menyatakan Pas akan menubuhkan negara Islam, Tidak ada satu pun enekmen yang menyebut Pas akan menubuhkan negara Islam. "

So siapa yang retorik? Jawapnya ialah Pas, Pas telah menipu pengikutnya bahawa Pas akan menubuhkan negara Islam, sedangkan Pas tidak pernah berhasrat pun. Retorik Pas hanya untuk menjatuhkan Umno dan mempergunakan Islam sebagai senjata mereka.


Berikut ialah petikan blog Pas Haprak.

BANTAH AUKU-PECAT PELAJAR YANG BERDEMONTRASI SEMALAM



Petition To: "KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) DAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)",
FAKTA KES 
Empat orang mahasiswa jurusan Sains Politik yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM; Sdr Hilman Idham (Presiden), Sdr Ismail Aminuddin (Naib Presiden), Sdri Azlin Shafina Adzha (Setiausaha Agung) dan Sdr Woon King Chai (Exco) telah ditahan oleh pihak polis pada 22 April 2010, di Pekan Rasa dan Ampang Pecah semasa berlangsungnya Pilihan Raya Kecil Perlimen Hulu Selangor. Turut ditahan bersama mereka adalah 3 orang aktivis parti yang turut menaiki kenderaan yang sama (sebuah kereta dan van). Dalam penahanan itu, polis telah merampas beberapa bungkusan risalah kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga CD kempen. Kemudian pada 23hb April 2010, sekitar jam 10 malam, Sdr Hilman Idham telah ditahan sekali lagi oleh pihak polis dalam sekatan jalan raya. Bersama-sama beliau adalah 4 orang aktivis yang lain. Dalam penahanan ini, polis hanya menjumpai sekeping VCD ceramah parti politik.
TEKANAN BUAT MAHASISWA
SMM dengan ini bersama front-front dan juga pergerakan mahasiswa yang lain melihat tindakan yang dikenakan ke atas pelajar UKM ini merupakan suatu tekanan yang bukan sahaja ke atas mereka tetapi juga kepada seluruh pergerakan mahasiswa Malaysia. SMM yakin bahawa tindakan ini adalah untuk menyekat dan menakutkan seluruh pergerakan mahasiswa bahawa tindakan keras akan diambil terhadap mereka sekiranya mereka terus lantang menyuarakan hak dan pandangan masing-masing. Tindakan ini juga dilihat untuk mematikan fungsi mahasiswa sebagai 3 force dalam masyarakat.
KEBEBASAN AKADEMIK DISEKAT
Di peringkat SMM, kita juga kesal dan hampa dengan peraturan universiti yang menyekat hak dan kebebasan akademik pelajar dalam mengorientasikan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik kuliah. Ini jelas ditunjukkan oleh HEP UKM yang mendakwa pelajar ini sedangkan pelajar yang dituduh adalah Mahasiswa Jurusan Sains Politik, UKM.
SMM merasa kecewa kerana mahasiswa yang mengambil jurusan Sains Politik sendiri tidak dibenarkan dan hadir untuk menyaksikan pilihan raya untuk pengaplikasian dan memperkukuhkan pemahaman di dalam kos yang mereka ambil dan ini jelas bertentangandengan hak dan kebebasan akademik mahasiswa itu sendiri.
SMM DESAK GUGUR PERTUDUHAN
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan front-front mahasiswa yang lain dengan lantang mendesak agar pihak Hal Ehwal Pelajar UKM menarik balik segala pertuduhan yang dikenakan ke atas pelajar yang berkenaan kerana telah menyimpang daripada norma-norma kebebasan akademik dan hak dan kebebasan untuk bergerak selaku warganegara di Malaysia ini.
Sincerely,
The Undersigned
(Sun, 23 May, 2010)

Komen TM,
Pelajar Melayu di IPTA kebanyakan budak ulu yang mengalami kejutan budaya memang menghadapi pelbagai masalah.

 Mungkin mereka merasakan mereka hebat dan bijak padahal perkembangan otak mereka masih tahap pelajar lagi,  kematangan masih rendah. maklumlah baru melangkah ke alam remaja selepas melepasi peringkat awal remaja. 
 Sebab itu pernah terjadi sepasang pelajar pengajian Islam dari UKM ditangkap sedang buat projek di dalam taman. 
Dalam politik juga mereka yang baru tumbuh bulu kepak ini bukan main hebat mengalahkan wakil rakyat. Pada hal sejarah politik negara pun tak tahu 100 peratus, hanya berbekalkan mata pelajaran sejarah tingkatan 5 dan 6 sahaja.
Kita faham dalam banyak-banyak pelajar tersebut adalah beberapa kerat pelajar yang sudah berusia dan matang, mereka ini kebanyakan pernah bekerja dan pernah terlibat dengan aktiviti politk dan persatuan sebelum melangkah ke universiti dan ada juga yang sudah berjawatan samada dalam kerajaan ataupun swasta. 
Remaja-remaja lepasan sekolah yang masih mentah dan panas darah ini lah yang mudah diajak menjadi puak-puak pelampau. kaki bangkang dan sebagainya.
Fenomena di universiti banyak di bawa ke arah Pas dan parti pembangkang, mahu pun ke arah Islam, membantah konsert-konsert yang diadakan di ibu kota dan sebagainya.  Apa saja perkara-perkara yang menjadi topik perbincangan masyarakat , mereka pun ingin terlibat juga.
Paling mennyedihkan ialah pelajar UM di zaman Anwar. Ramai anak-anak kampung yang datang dari keluarga miskin dipecat kerana berdemontrasi , begitu juga halnya di ITM, ramai anak malayu yang dibuang. kerana menyokong gerakan Abim anjuran Anwar.
10 tahun lalu fenomena yang sama melanda pelajar IPT, ramai yang menyokong Anwar dan berdemontrasi menyokong reformasi Anwar.
Akibatnya mereka di pecat dan terus mencacai pecacai Pas dan Pkr, ini lah anak melayu yang tak tahu untung.
Hari ini kementerian perlu lebih tegas, sesiapa yang melanggar AUKU wajar dipecat.. Ramai lagi diluar sana yang siap sedia menunggu untuk masuk belajar di IPT.

KUDETA PAS MENJAHANAMKAN INSTITUSI MASJID DI PERAK

Kebanyakan Masjid dan surau di Daerah Taiping telah dirampas pentadbirannya oleh kudeta Pas. Rampasan kuasa berlaku apabila Pas menggunakan ahli mereka mendesak AJK masjid mengadakan mesyuarat agung tahunan untuk memilih AJK baru. Ini amat bertentangan dengan peraturan enekmen Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak.

 Oleh kerana AJK yang ada mungkin kurang arif dengan peraturan maka mereka bersetuju untuk membuat pemilihan semula. Mereka tidak tahu bahawa puak-puak Pas sudah merancang awal lagi untuk menguasai pentadbiran masjid 100 peratus. Setelah berjaya mereka menghantar nama ke Majlis Islam di Ipoh dan serta merta tauliah diluluskan. Ini kisah yang berlaku 10 tahun lalu. 

Apabila disedari akan wujudkan perubahan besar dalam banyak masjid dan surau , satu usaha oleh wakil rakyat dan OBJ untuk membetulkan keadaan dibuat, tetapi malangnya ia mendapat tentangan hebat oleh jawatankuasa baru sehingga sanggup memasang kain rentang membantah usaha pihak majlis untuk menyusun atus semuala jawatankuasa.  Kain rentang dipasang di bumbung masjid dan surau sehingga mengaitkan nama Sultan Perak.

Contoh yang paling senang ialah Surau Diri Jumaat Kpg Expo,  dalam tahun 2000 rampasan kuasa telah berlaku dan bermula lah solat-solat terawikh dijadikan 8 rakaat dengan tazkirah politik mengambil tempat selepas rakaat ke 4.  Solat sunat Aidil Fitri dan Adil Adha AJK telah menjemput Khatib luar tanpa tauliah dan dalam khutbah tidak ada lain selain menghentam kerajaan.

Bayangkan semua surau dan masjid lain sudah selesai solat sunat Aidil Fitri tetapi Surau di Kpg Expo masih rancak berkhutbah politik. Rupa-rupa khatib tersebut orang Pas dan beliau amat marah kerana telah ditukarkan ke Sarawak.

Berkat usaha beberapa orang lama AJK Surau dalam usaha mendirikan sebuah masjid yang baru telah menampakkan hasil. Ajk lama merupakan pengasas yang membangunkan surau asal  dan merekalah yang berusaha untuk mendapatkan tanah bagi sebuah masjid yang baru. Antara nama yang terlibat ialah Tuan Hj Chot, Hj Ismail  Ghaffar, Hj Razali , Hj Hamsin dan ramai lagi juga yang telah arwah.

Pernah satu ketika jawatan kuasa surau yang dimonopoli oleh Pas telah mengadakan solat hajat supaya tidak didirikan masjid tersebut kerana mereka takut akan di pinggirkan dalam senarai jawatankuasa.

Setelah siap sepenuhnya masjid baru Pas dengan bantuan Pegawai Agama Islam Perak iaitu Ustaz Monolito dan Osman Noh telah berjaya mengunakan kuasa dan pengaruhnya untuk sekali lagi merampas pentadbiran masjid yang baru. Dalam senarai AJK telah menggabung dua senarai dan ia merupakan Jawankuasa paling ramai pernah wujud.  Bagaimana pun Pas berjaya menghalau orang yang bukan menyokong mereka dari masjid tersebut. Jawatankuasa lama dihalau mentah-mentah dari masjid tersebut dengan kata-kata kesat.

Dalam khutbah Jumaat khatib tanpa tauliah telah memaki hamun kerajaan dan menteri-menteri sehingga mencabar sesiapa yang barani farakah dipersilakan keluar. Cabaran tersebut diterima oleh beberapa orang jemaah yang meninggalkan masjid. Pernah berlaku seorang jemaah yang cukup marah datang ke masjid dengan membawa parang. tetapi mujurlah tidak ada insiden berdarah yang berlaku.

Hari ini di dalam masjid Kg Expo dipenuhi dengan lambang Pas seperti Bendera Pas tegak berdiri di laman masjid , gambar-gambar pemimpin Pas telah menghiasi masjid . Apa kena mengena masjid tersebut dengan gambar Hadi Awang dan Nik Aziz. Sekupang pun mereka tak bagi kepada masjid tersebut.

Setiap kali ada PRK ditempat-tempat lain masjid ini akan menjadi gelanggang ceramah politik dan solat hajat. Malah khatib juga akan mendoakan agar kemenangan berpihak kepada Pas, Pkr dan Dap.

Doa sebegini bukan sahaja berlaku di masjid tersebut , tetapi pernah berlaku dalam perhimpunan pagi Isnin di SMK Kamunting yang tidak jauh dari masjid tersebut. Doa dibacakan dalam bahasa Arab, oleh itu tidak semua yang faham dan peka.

Dalam PRK P59 Bukit Gantang, Masjid Kg Expo telah dijadikan hotel oleh petugas Pas yang datang membantu Nizar.

Nga Kor Meng, Nizar dan ramai lagi begitu kerap mengunjungi masjid tersebut jika ada majlis agama seperti maulidur rasul dan sambutan maal hijrah.

  Guru-guru agama yang hadir untuk mengajar agama di kuliah subuh dan maghrib wajib dari orang Pas. Malam tadi pun kuliah politk berjalan sehingga lewat malam. Mereka sengaja membesarkan bunyi agar ceramah mereka dapat didengari oleh seluruh penduduk kampung.

   Hasil dakyah mereka, ramai juga pemuda dan jemaah veteran telah menjadi ahli Pas. Paling menarik ialah jemaah bukan dari penduduk Kg Expo tetapi dari luar yang melangkah beberapa buah masjid lain untuk bersama ahli-ahli mereka. Ada yang meninggalkan masjid jamek dan sanggup datang ke sana. sedangkan ia bukan khairiah nya. AJK menggalakkan perlakuan sebegini semata-mata untuk menunjukkan kekuatan mereka.

  Kegiatan haram mereka mendapat sokongan Pegawai-pegawai masjid di Ipoh terutamanya. Institusi Sultan patut memantau dan mengambil tindakan terhadap mereka. Kesalahan besar ialah mereka tidak menjadikan masjid sebagai tempat perpaduan ummah tetapi memecah belahkan ummah.

Ahad, 30 Mei 2010

Kesal UM jadi lokasi aibkan Dr. Mahathir!

Majlis Perundingan Melayu (MPM) kesal dengan tindakan pengurusan Universiti Malaya (UM) yang membenarkan kampus itu dijadikan lokasi penganjuran syarahan umum bagi mengaibkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Setiausahanya. Dr. Hasan Mad berkata, majlis itu yang pada asalnya bertujuan membincangkan buku bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times karya Barry Wain telah dijadikan medan untuk menghentam Dr. Mahathir, UMNO dan orang Melayu.

''Nampaknya Naib Canselor (Datuk Dr. Ghauth Jasmon) bersikap liberal untuk membenarkan UM dijadikan platform bagi mengejek kepimpinan Melayu dengan berselindung di sebalik usaha-usaha bagi menggalakkan pemikiran terbuka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Forum yang diadakan di Dewan Syarahan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran universiti tertua di negara ini dianjurkan oleh Kluster Penyelidikan Sains Tingkah Laku dan Sosial (SBSRC) UM.

Dalam buku yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada April lalu untuk diedarkan di negara ini, Wain antara lain mendakwa Dr. Mahathir telah menyebabkan kerajaan kerugian sehingga RM100 bilion sepanjang era pentadbirannya.

Hasan turut menggesa kerajaan supaya menyiasat niat sebenar Wain menulis buku mengenai Dr. Mahathir.

''Wain sendiri mengaku ketika syarahan bahawa jika dia menulis buku mengenai Lee Kuan Yew (Menteri Mentor Singapura) seperti yang dibuatnya terhadap Dr. Mahathir, dia sudah pasti ditangkap pihak berkuasa negara itu," ujarnya.

Sementara itu, Ghauth yang dihubungi Mingguan Malaysia malam ini berkata, beliau perlu meneliti bantahan MPM itu terlebih sebelum memberikan komen lanjut.

Penang Wasabi

TANAH KPG BARU KUALA LUMPUR MESTI 100 PERATUS MILIK MELAYU

Isu pembangunan tanah Kpg Baru telah lama diperbincangkan. Bagaimanapun sampai sekarang masih belum selesai. Tun Mahathir telah bercakap isu Kpg Baru Kuala Lumpur dalam ucapan penutup PAU beberapa tahun sebelum beliau berundur. 
Kata Tun. ramai pemilik asal sudah meninggal dunia dan banyak tanah tidak dibicara kuasa, satu tanah ada ramai waris dan sukar untuk dimajukan. Ada juga pemilik yang enggan menetap di kampung tersebut dan membeli rumah-rumah yang lebih selesa dan mewah di taman-taman perumahan.
Manakala yang tinggal di sana ialah waris-waris atau ibu bapa yang sudah uzur. Terdapat juga pemilik tanah yang telah menjual secara janji kepada bukan melayu. Walaupun tanah berstatus bumiputra tetapi ada yang berani membina bangunan. Jika benar bagaiman DBKL boleh meluluskan bangunan tersebut. Tentunya ada mekanisme yang membolehkan perkara ini berlaku.
Banyak tanah-tanah milik melayu tergadai kerana ada pemilik yang meminjam wang daripada orang bukan melayu, apa bila jumlah pinjaman terlalu tinggi dan tak mampu lagi untuk membayar balik maka tanah akan di manipulasi oleh orang lain.
Sama isu di Perak,  banyak tanah melayu malay reseb telah digadaikan kepada bukan melayu. Tanah di gunakan oleh mereka secara total samada menjadikan bengkel, stor, kilang atau pun tapak pertanian. Geran dipegang oleh mereka. cukai tanah pun dibayar oleh mereka. Melayu yang menjadi pemilik tanah tu hilang hak sama sekali kerana wang. 
Apabila kerajaan Dap memerintah Perak, berduyung-duyung mereka mengunjungi pejabat MB untuk diluluskan permohonan pertukaran hak milik tanah. Nasib baik 11 bulan sahaja memerintah , jika tidak habis tanah resab hancur lebur

Isu membangunkan Kg Baru KL hendaklah berhati-hati , jangan jadi seperti penduduk melayu di Sibu, Pada mulanya melayu yang mendiami Jalan Kampung Nyabor di pindahkan ke Kampung Bandung dan Abang Barieng. Melayu di beri beberapa pintu kedai. Malangnya kedai milik melayu tidak ada penyewa dalam tempoh yang panjang. Apa terjadi, kerana tidak mampu membayar cukai tanah dan cukai pintu pemilik melayu terpaksa menjualkan semua milik mereka kepada bukan melayu. Bagaikan dirancang, tak sampai sebulan semua tingkat premis tersebut berpenghuni dengan pejabat peguam, hotel dan restoran.
Adalah lebih elok jika dari 40% pemilikan tanah yang akan diberikan pada bangsa asing, lebih baik dibuat pusat kebudayaan melayu di situ atau wujudkan Bandar Melayu,  harap-harap ada usahawan mahupun jutawan melayu bersatu padu. mereliasasikan benda ini dengan menubuhkan satu konsortium khas untuk menjadikan Kg Baru sebagai ikon melayu.
Sekurang-kurangnya dunia tahun melayu tidak lagi dilabelkan bukan mundur, bukannya bodoh, bukannya pemalas seperti yang terpahat di minda melayu ..difikirkan .,
Contoh pusat kebudayaan ini boleh buat seperti Pasar Payang yang terdapat di Kuala Terengganu, jika Petaling Street terkenal dengan barangan cetak rompaknya, Kg Baru boleh buat tempat jual  barangan kraftangan melayu, alat muzik melayu. 
Bila sentuh soal muzik,  generasi muda yang mengagung-agungkan muzik barat atau luar, alat muzik luar, cuba kita lihat di Greek generasi muda mereka berbangga dan berminat bermain alat muzik Luke gitar mereka seperti gabus, namanya. cuma alat muzik tersebut di adaptasikan kepada nafas baru , sealiran dengan jiwa generasi muda, 
Harap komposer melayu diluar sana, dapat lakukan sesuatu, mengenai hal ini. masalah org melayu pemikiran tidak dibuka lebih luar, lebih kreatif. Nilai tradisi melayu haruslah dipelihara dan disemat kepada generasi muda, ianya kian lama tidak diambil peduli justeru itu terjadi lah gejala sosial,
semua ini berhubung kait.
Pokok pangkal nya kita tidak suka tanah melayu dijajah bangsa asing, tak kira apa sekali pun kerakyatannya. indon ka, arab ka, malaysia ka, but bangsa asing cannot. bukan lah saya races or tidak menerima konsep 1malaysia, but tradisi harus dijaga sejarah harus dikekalkan
untuk generasi akan datang.
Berikut ialah petikan dari Bernama mengenai pembangunan Kg Melayu.

CUEPACS HENDAKLAH MEMASTIKAN AHLINYA MENYOKONG KERAJAAN

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) masih lagi revelen dalam usaha membela nasib ahli-ahli kesatuannya.

Perjuangan Cuepacs dalam tuntutan mereka yang dipohon daripada kerajaan telah banyak yang diluluskan. Kakitangan kerajaan hari ini hidup mewah, berkereta dua tiga, berumah dua tiga dan bini pun ada yang dua tiga.

Isu hangat yang masih dituntut oleh cuepacs ialah cuti bersalin selama 90 hari untuk 5 anak dan dipanjangkan tempoh perkhidmatan menjadi 65tahun.

Isu tempoh perkhidmatan dilanjutkan kepada 65 tahun dilihat satu tindakan kurang bijak terutama sekali disektor sokongan. Ambil contoh seorang pekerja am rendah gred R1 yang sakit kencing manis, gout, dan kudung kaki kerana di potong masih bekerja sehingga usia 65 tahun.  Nak menyapu sampah di tangga pun dah tak mampu, nak siram pokok bunga pun dah tak terdaya.

Lihatlah kerani-kerani yang kini berusia 57 tahun , adakah mereka masih kuat naik turun pejabat apa lagi bergerak ke sana ke mari untuk mencari fail dan sebagainya?  Itu peringkat bawah, di peringat atas juga tetapi masih dalam kategori sokongan, boss mereka pun dah tak mampu nak meninjau anak-anak buah bekerja, akibatnya anak buah di bawah mengular, menyusup ke sana sini mengulat.

Cuma jika nak panjangkan perkhidmatan sehingga 65 tahun kena lihat banyak aspek.  Contohnya penjawat awam tersebut telah menghabiskan masanya yang banyak di universiti untuk mendapat phD. Apabila masuk dalam sektor awam usianya sudah mencecah 27 tahun atau 30 tahun. Bagi mereka ini patutlah dipertimbangkan untuk berkhidmat sehingga 65 tahun. 

Akan tetapi jika usia 30 baru tamat Ijazah Pertama tak perlulah setakat 58 tu okay dah. Sebab apa? Sebabnya ialah ramai lagi di luar sedang menunggu untuk mengisi jawatan tersebut. Banyak anak-anak muda yang masih bercita-cita untuk bekhidmat dalam sektor kerajaan.

Usul cuepacs untuk melanjutkan cuti bersalin ke 90 hari atau 3 bulan pun satu-satu yang kurang baik. Ini menjejaskan produktiviti. Hari ini cuti 60 hari pun sudah lebih dari yang sepatutnya. Rata-rata suri rumah menyuarakan rasa bosan mereka kerana terlalu lama berada di rumah. Ada yang mengambil kesempatan bercuti dan bershopping sedangkan tugas mereka di tempat kerja dipikul oleh orang lain.

Perkara seterusnya ialah cuepacs hendaklah kerap turun padang untuk mentarbiahkan ahlinya supaya menyokong kerajaan. Hari ini sebahagian besar kaki tangan awam tidak menyokong dasar-dasar kerajaan. Kalau melayu lebih menyokong Pas, jika bukan melayu lebih menyokong Dap dan Hindraf. Ada yang membenarkan premis kerajaan digunakan oleh puak-puak pembangkang dalam program politik mereka. Ada pengetua sekolah menengah bantuan kerajaan yang gaji guru-guru dibayar oleh kerajaan telah membenarkan dewan sekolah dijadikan gelanggang politik lawan.


Baru-baru ini sempena Hari Guru 16 Mei , Kerajaan Negeri Perak di bawah YAB Dr Zamry telah menghargai jasa guru-guru dengan mengirimkan kad ucapan. Sayangnya kad-kad di koyak dan dicampakkan ke dalam bakul sampah, ada yang tidak mengambilnya dan berlonggok di pejabat. Paling kurang ajar ialah ada yang memulangkan balik ke pejabat MB dengan contengan kata-kata kesat yang menyakitkan hati.  Perkara begini  Cuepacs kena ambil tahu, 

Kalau diikut dalam sistem Islam pekerja yang tidak menghormati majikan pun sudak melakukan dosa. Ini kan pula bersikap biadap dan tidak menyokong majikan.  Kerajaan Nik Aziz telah mewajibkan semua kakitangannya supaya patuh dan ikut telunjuk kerajaan negeri.  Kenapa kakitangan kerajaan persekutuan menjadi biadap dan kurang ajar sedangkan gaji yang didapati itulah yang membesarkan perut mereka dan memperbanyakkan zuriat mereka.

Akhir sekali cuepacs hendaklah bertanggung jawab dalam mendidik kakitangan yang makan rasuah. Hari ini ramai kakitangan kerajaan yang hidup mewah diluar kemampuan mereka.

Sabtu, 29 Mei 2010

MB KEDAH MENGUTUK DAN MENGECAM BEKAS MB PERAK -NIZAR JAMALUDDIN

Kedah sedang dilanda krisis kepimpinan dan hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan negeri iaitu Dr Azizan Razak.

Adun Pkr dan Dap sedang berdiri atas pagar hanya tunggu peluang dan ruang untuk terjun keluar. Jika keadaan semakin teruk maka melompat lah mereka.

Dalam keadaan terdesak Azizan telah memanggil ke empat-empat orang ini untuk bersama beliau dalam satu ceramah politik.

Azizan menyamakan Umno dengan beruk yang bersilat dengan kilat, beruk yang mengail ketam merah dan ketam batu. dan pelbagai-bagai  cerita dan berjaya membuat lawak-lawak seperti juga Mat Sabu.

Paling melucukan apabila MB Serba Tak Tau ini menyatakan bahawa dia masih siuman dan tak gila. Hanya orang gila macam Nizar Jamaluddin sahaja yang beria-ria untuk membubarkan DUN.

"Saya tidak akan bubarkan DUN sehingga ke peringkat tidak mampu lagi
bertahan. Hanya ORANG GILA SAHAJA yang hendak bubar. Saya belum gila
lagi," - Azizan Razak..
So Nizar Jamaluddin , Tak rasa malu ker kena cabai burung oleh Dr Azizan?

ANWAR IBRAHIM SEMAKIN NAZAK

Anwar semakin sebu dan meroyan dengan tekanan yang dihadapinya. Semuanya bermula dengan kes liwat terhadap pembantunya.

Telur tembelang yang disimpan lama di dalam mahkamah semakin hari semakin busuk. Hari hari mendatang semakin menyesakkan perut dan nafas Anwar.

Mohon tangguh, mohon gugurkan tuduhan dan mengalihkan kes ke mahkamah syariah pun ditolak. Apa helah yang boleh dicari untuk menutup telur tembelang?

Talian hayat menyuruh Anwar sekali lagi menyaman Saiful untuk RM 24 Juta September depan 2010. Kalau kes diterima pun,  sudah tentu ia akan disebut selepas selesai kes liwat. Jika mahkamah menangguh, Anwar akan menyamakan mahkamah tersebut seperti mahkamah syariah yang dibeli oleh Umno.

Jika gagal lagi, Anwar hanya ada satu jalan sahaja. Anwar ialah orang yang kena tuduh tetapi masih memegang pasport antarabangsa. Bila-bila jam dia boleh lari ke Taiwan, Isreal atau ke mana-mana negeri yang tidak boleh di ekstradisi ke Malaysia.

PKR sendiri semakin menyusut dan mengecut. Cabang dan ranting yang membuat mesyuarat semakin berkurangan. Wanita PKR susut 50 peratus. Pemuda AMK pun sama tetapi fakta disembunyikan.

Kenyataan Anwar untuk memberi jawatan Timbalan Presiden Republik Malaysia juga satu kenyataan yang tidak dihalusi dengan waras, main hentam kromo apa yang terlintas sewaktu berceramah.  Anwar lupa bahawa gabungan Pkr, Dap dan Pas hanya akan menguntungkan Dap.

Oleh itu impian Anwar dan Hadi Awang/ Nik Aziz untuk menjadi Presiden atau Timbalan Presiden Republik Malaysia tidak akan berhasil. Kesemua jawatan utama akan dibolot oleh Dap.

Semalam Anwar menuduh MP Pembangkang yang keluar parti dan menjadi bebas telah menerima wang sogokan sebanyak RM 2 Juta.  Jika benar sudah tentu YB Zulkifli Nordin akan membeli Honda Goldwing yang berharga RM 200 ribu atau Harley Davidson Super Road King. Takkan lah Zulkifli akan terus menonggang Kawasaki Vulcan lagi.

Anwar seperti biasa menyebut dia ada bukti. Berapa kotak pula bukti kali ini? 7 kotak? 8 Kotak. ingat 7 kotee pun tak ada.. Dia kata akan dedahkan. Ok kita tunggu bila ? Setakat yang dedahkan dalam ceramah ayam serati pun pandai berkokok.

Bagaimanapun masih ramai lagi di luar yang masih mempercayaai bahawa Anwar bukan kaki liwat. Bagi mereka tuduhan palsu kerana Saiful gagal membawa 4 saksi.  Fikir sendiri lah , tak kan Anwar nak bawa Yusof Qardawi , Nik Aziz, Hadi Awang dan Dr Hassan Ali untuk jadi saksi dia meliwat kut...... Bodoh lah kerja macam tu...

Apa pun kita tunggu sahaja keputusan mahkamah. Anwar tetap bersalah , cuma jika Karpal Sigh bijak, Anwar akan lepas bebas seperti kes pembunuhan Norita di Desa Sri Hartamas.

berikut ialah tuduhan Anwar terhadap BN rasuah ahli Pkr yang lompat parti. (Sebenarnya tak ada yang lompat parti pun, keluar parti ada lah)

Negara boleh bankrap jika teruskan subsidi - Idris Jala

KUALA LUMPUR 27 Mei - Malaysia mungkin menjadi sebuah negara bankrap dalam tempoh sembilan tahun lagi jika dasar pemberian subsidi masa kini tidak dimansuhkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, ini kerana hutang negara dijangka meningkat 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2019, jika pemberian subsidi diteruskan.
Sehubungan itu, Makmal Rasionalisasi Subsidi mencadangkan supaya kerajaan Malaysia memansuhkan pemberian subsidi bagi mengukuhkan kedudukan ekonominya agar lebih berdaya saing.
"Kemajuan negara bergantung pada keupayaan mewujudkan inovasi dan pelaburan yang telus tanpa pemberian subsidi kepada rakyatnya.
"Mengikut cadangan makmal itu, pemberian subsidi adalah antara salah satu aktiviti perdagangan yang tidak menguntungkan. Ia menimbulkan kesan ke atas ekonomi Malaysia yang sedang membangun," katanya ketika berucap pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di sini hari ini.
Makmal Rasionalisasi Subsidi itu diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bagi mendapat cadangan dan maklum balas daripada orang ramai mengenai langkah kerajaan untuk memansuhkan pemberian subsidi kepada rakyat di negara ini.
Malaysia merupakan antara negara yang memberi subsidi tertinggi kepada rakyatnya iaitu berjumlah RM74 bilion pada 2009.
Ia melibatkan perbelanjaan subsidi untuk sosial (RM42.8 bilion), bahan api (RM23.5 bilion), infrastruktur (RM4.6 bilion) dan makanan (RM3.1 bilion).
Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri berkata, mengikut perangkaan daripada Pertubuhan Bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), perbelanjaan subsidi Malaysia berdasarkan peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal antara 2006 dan berakhir 2009 melibatkan peningkatan 11 peratus.
"Ia hampir tiga kali ganda berbanding negara bukan OECD Filipina dan 55 kali lebih tinggi berbanding negara OECD Switzerland.
''Pemberian subsidi kerajaan bermakna ia melibatkan defisit bajet dan peningkatan hutang kerajaan yang semakin meningkat," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Idris berkata, pemberian subsidi juga mempunyai kesan negatif kerana ia turut dinikmati golongan berpendapatan tinggi walaupun sasarannya untuk membantu orang miskin.
''Kira-kira 97 peratus daripada subsidi Malaysia telah diagihkan kepada setiap rakyat di negara ini meliputi soal pendidikan rendah, menengah dan tinggi, perubatan, petrol, gula dan minyak masak serta elaun kebajikan," katanya.
Menurut Idris, kerajaan dalam cadangan pelaksanaan pemansuhan subsidi itu, antara lain akan memberi tumpuan terhadap barangan utama bagi mencapai penjimatan yang lebih besar seperti bahan api, gas dan tol.

YB AMPANG ZURAIDA KAMARUDDIN MENGHINA OKU

YB Pakatan Ruyub Zuraida Kamaruddin dalam ucapan kenvensyen PKR di Kota Bharu telah menghina anak anak OKU . Sedih sungguh dengan kamu makcik tak ada anak dan tak ada laki niii?

Jumaat, 28 Mei 2010

JUDI HALAL OLEH UMNO/ JUDI HARAM OLEH PAS

Isu lesen judi bola sepak FIFA yang disebut oleh Awang Adek telah menjadi modal pihak PASngok sebagai modal ceramah politik mereka.

PasNgok menuduh UMNO menghalalkan judi.....Kalau dah halal bermakna Pas boleh joint lah judi tersebut, sebab ramai orang Pas suka judi.

Penceramah PasNgok memang bijak bercakap. Sengaja menyebut perkataan menghalalkan dan tidak menyebut memberi lesen.

Pas telah mempermainkan hukum Allah. Motif sebenar PasNgok ialah kerana mereka diarahkan oleh tauke judi haram supaya menghalang usaha kerajaan melesenkan judi bola FIFA tersebut. Bayangkan berapa banyak wang yang akan masuk ke kantong perbendaharaan jika judi tersebut dilesenkan.

So siapa yang meghalalkan judi? Jawapanya ialah PasNgok kerana menggalakkan judi haram bola sepak FIFA yang akan bermula 11 Jun hingga 11 Julai nanti. Hari ini pun rasanya pertaruhan sudah bermula dan rancak berjalan untuk 64 perlawanan.

Berapa komisyen yang PasNgok dapat?

KETUA WANITA PKR YANG MeONgOPgOS : CAKAP MERAPU LAGI -DULU ISU 1ST LADY/ KINI SINDROM DOWN PULA

Wanita PKR Sifatkan Anggota Keluar Parti Seperti Budak Sindrom Down

KOTA BAHRU 28 Mei - Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat(PKR), Zuraidah Kamaruddin pada Jumaat mengakui parti itu melahirkan 'anak tidak cukup bulan' menyebabkan ada yang terencat akal lalu bertindak keluar parti.

"Kita akui, Keadilan sebuah parti baru dan melahirkan anaknya sebagai pemimpin yang tidak cukup bulan. Mana-mana pemimpin yang berjaya dan kekal dalam parti adalah anak istimewa, dan mereka (yang) lompat parti sebagai kanak-kanak yang menghidap sindrom down atau terencat akal," katanya. ( keh keh keh keh)

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Keadilan Wanitake-6, di sini, sebagai mengulas pergolakan dalam PKR yang menyaksikan ramai pemimpin dan wakil rakyatnya bertindak keluar parti.


Zuraidah berkata keadaan itu berlaku kerana PKR sebuah parti baru yang cuma berusia 10 tahun. ( tak baligh )

Beliau juga mengakui jumlah cabang Wanita PKR yang berjaya mengadakan mesyuarat agung berkurangan kepada 106 sahaja tahun ini berbanding 206 pada tahun lepas.

MASJID JAMEK KAMUNTING- PARKING SUKA HATI-PEDULI APA ORANG KATA-JANJI AKU SENANG

Manusia yang penting diri
Aku punya kereta suka aku mahu letak mana pun
Menyusahkan orang
QMK 7532
Jemaah sedang keluar dari masjid terhalang kerana ada yang meletakkan kereta sesuka hati. Kereta Kancil dan Myvi tidak sepatutnya letak di situ, banyak lagi petak dan ruang yang kosong di dalam kawasan parking. Ini sikap yang kurang baik, hanya mementingkan diri sendiri saja dan menyusahkan orang lain.

MIC : KERANA NILA SETITIK

Tidak dapat dinafikan MIC merupakan salah satu daripada 3 component penting dalam Perikatan yang bersatu hati dalam pembentukan sebuah negara yang bernama Persekutuan Tanah Melayu dan sama-sama membantu kerajaan dalam memerdekakan negara.

Nampaknya sejak merdeka, Mic merupakan sebuah parti yang tidak banyak memberikan masalah kepada Perikatan dan juga Barisan Nasional.

Berbanding dengan komponen BN yang lain ada yang lebih teruk lagi. PBS di Sabah pernah menikam belakang BN dan mengisytiharkan keluar dari BN pada saat-saat genting sebelum pilihanraya negeri 1990 untuk bersama Gagasan Rakyat pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. Untuk pengetahuan anak-anak muda, Tun Ghafar Baba telah membawa masuk Umno ke Sabah berikutkan isu tikam belakang Joseph Pairin Kitingan. Ada hikmah disebalik peristiwa tersebut.

Isu selesai dalam beberapa tahun kemudian melalui (RTO) dan ramai adun keluar meninggalkan kabinet PBS seperti yang berlaku di Perak.

MCA di bawah Lee Kim Sai pernah mencetuskan isu ketuanan Melayu dan mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru yang mahukan 30 % penyertaan ekuiti bumiputra. Lee Kim Sai menyalah DEB sebagai punca kejatuhan ekonomi dan punca orang Cina tidak menyokong MCA.  Peristiwa perhimpunan melayu di stadium TPCA bagi membantah tindakan MCA telah menyebabkan Najib nyaris di tahan di bawah ISA. Isu selepas dengan Lee Kim Sai mengundurkan diri.

Kini masalah komponen BN berlaku lagi dalam MIC. Harus diingat masalah dalam MIC bukan masalah akar umbi, tetapi masalah pucuk pimpinan yang mahu mengekalkan kuasa. Samy Vellu seperti mahu membentuk satu dinasti dalam MIC.

Vell Parri tiba-tiba muncul sebagai pendekar kepada Samy Vellu yang mahu mengekalkan kedudukan ayahnya sebagai presiden parti. Siapa Vell Parri dalam MIC jika bukan anak Samy? Mungkin dia juga seorang konduktor bas seperti ayahnya dahulu.

Vell Parri adalah anak yang dilahirkan dan dibesarkan dalam dulang emas, dan tidak tahu apa-apa tentang sejarah perjuangan orang India di peringkat akar umbi. Kaum India menolak kepimpinan Samy dengan menyertai Pkr dan juga Hindraf.

Siapa Vell Parri untuk menentukan kedudukan MIC dalam Barisan Nasional. Orang India di Malaysia sanggup mengangkat Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang bukan kerana mereka menyokong Samy Vellu tetapi kerana sayangkan BN dan melupakan segala isu dalaman parti. Begitu juga halnya dengan Hulu Selangor, India menyokong Kamalanathan bukan kerana MIC tetapi kerana dia mewakili BN.

MIC tidak boleh keluar dari BN itu muktamad, sama seperti lirik lagu Hotel California , hanya yang boleh keluar ialah Sammy Vellu dan anak beranaknya. BUKAN MIC.

You can check out any time you like but you can never leave"
Samy Vellu dan Vell Parri, hayati bait lagu di atas.

Rumusan yang terbaik dalam menyelesaikan isu MIC ialah..........................................?????

ANWAR BUKA PEKUNG SENDIRI DENGAN TINDAKAN BELIAU MENYAMAN SAIFUL

Kes Anwar saman Mohd. Saiful Bukhari 23 September

KUALA LUMPUR 27 Mei - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 September ini untuk pengurusan kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan atas dakwaan membuat laporan palsu dengan niat jahat menuduh beliau meliwatnya.

Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, K. Pavani di kamar beliau dengan kehadiran peguam Jason Tay yang mewakili Anwar dan peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd. Saiful Bukhari.

Zamri yang ditemui pemberita memberitahu, peguam plaintif memohon supaya kes itu disebut semula pada tarikh lain sementara menunggu perbicaraan terhadap Anwar yang didakwa meliwat pemuda itu di Mahkamah Tinggi Jenayah, selesai.

Perbicaraan tersebut akan didengar pada 31 Mei hingga 4 Jun ini selain tarikh yang telah ditetapkan selama sebulan mulai 2 hingga 30 Ogos ini.

Ketua Pembangkang itu selaku plaintif memfailkan saman terhadap Mohd. Saiful Bukhari yang dinamakan sebagai defendan bagi menuntut gantirugi pada 30 Jun 2008.

Menurut pernyataan tuntutan Anwar, pada 28 Jun tahun yang sama, defendan telah membuat satu laporan polis yang mendakwa dirinya diliwat dua hari sebelum itu oleh beliau.

Dalam laporan tersebut, kata plaintif, defendan dengan niat jahat dan sebab yang tersembunyi telah memburuk dan merosakkan (imej) beliau dari segi politik.

Anwar mendakwa, perkataan-perkataan dalam laporan itu bermakna dan difahami sebagai beliau terlibat dalam perlakuan seks luar tabii, seorang homoseksual, melakukan perbuatan jenayah di bawah Seksyen 377A dan 377C Kanun Keseksaan serta melakukan kesalahan yang bertentangan dengan prinsip agama Islam.

Sementara itu Mohd. Saiful Bukhari dalam pernyataan pembelaan pada Mei tahun lalu menyifatkan, laporan polis itu adalah wajar dan sekiranya tidak benar maka pendakwaan tidak akan mendakwa plaintif atas tuduhan meliwat.

Khamis, 27 Mei 2010

HAMIDZUN KHAIRUDDIN: Siasat Siapa Biaya Kehidupan Raja Petra

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Gaya hidup pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin yang diisytiharkan muflis, tetapi masih mampu hidup selesa di beberapa buah negara di Eropah menimbulkan tanda tanya.

Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Hamidzun Khairuddin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan Raja Petra dibiayai oleh pihak tertentu yang mempunyai sumber kewangan besar tanpa had.

Katanya, semua orang mengetahui kos hidup di negara-negara Eropah adalah amat tinggi.
"Perkara inilah yang memusykilkan kita. Sebagai seorang yang muflis atau dengan maksud lain tidak mempunyai wang, tetapi masih mampu 'belayar' sehingga ke beberapa buah negara asing dan juga mampu hidup selesa di negara berkenaan.

"Isunya Raja Petra tidak akan mampu berbuat demikian berdasarkan faktor kewangan yang dihadapinya melainkan dibiayai oleh pihak tertentu yang mempunyai sumber kewangan besar, siapa dalang di sebalik semua ini?" katanya kepada Utusan Malaysia

Beliau yang juga seorang peguam mengulas mengenai tindakan Raja Petra yang tidak hadir ke mahkamah walaupun selepas menerima waran tangkap menunjukkan bahawa dia takut untuk berdepan dengan prosiding mahkamah.

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, dekat sini semalam menetapkan 11 November ini sebagai tarikh akhir sebutan waran tangkap ke atas Raja Petra dan notis tunjuk sebab kepada isterinya selaku penjamin.

Dia didakwa pada 17 Julai tahun lalu atas tuduhan membuat tohmahan dalam akuan bersumpah yang diikrarkan di Mahkamah Tinggi Sivil 5, Tingkat 4, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 18 Jun 2008.

Waran tangkap dikeluarkan pada 26 Mei lalu oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas Raja Petra tidak hadir perbicaraan kes terhadapnya yang didakwa memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua yang lain.

Ia juga merupakan waran kedua dikeluarkan ke atasnya selepas Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 23 April lalu mengeluarkan perintah yang sama selepas dia tidak hadir perbicaraan kes penerbitan artikel berunsur hasutan di laman web tersebut.

Tambah Hamidzun, polis perlu menggunakan sepenuhnya kekuatan bagi menyiasat sehingga ke akar umbi dan bukannya sekadar peringkat permukaan sahaja siapakah dalang di sebalik penglibatan Raja Petra itu.

Beliau mengakui Raja Petra merupakan seorang yang licik dan ia telah dibuktikan dengan kejayaannya sehingga kini melarikan diri sehingga mengelirukan kerajaan dan pihak berkuasa.

"Dia adalah penasihat politik kepada tokoh politik yang licik, bermakna dia mestilah lebih licik daripada orang yang dinasihatinya, kalau tidak, mana boleh dia menjadi penasihat.

"Saya yakin 100 peratus dia tidak akan sesekali menyerahkan diri kepada polis melainkan ditangkap selepas dijejaki dengan bantuan polis antarabangsa (Interpol)," katanya yang kini Setiausaha UMNO Bahagian Kapar, Selangor.

PKR: HARI INI DALAM SEJARAH. RAMAI DI BAWAH INI SUDAH MENINGGALKAN PKR-ANDA BILA LAGI?

PEMUDA KeADILan MALAYSIA
"Reformasi Menegak keADILan"























 MOHAMAD EZAM MOHD NOR 
MOHAMAD EZAM MOHD NOR
Ketua Pemuda


  1. MUSTAFFA KAMIL AYUB 

MUSTAFFA KAMIL AYUB
Timbalan Ketua Pemuda
Pemangku Ketua Pemuda Perak



 HAMDAN TAHA 

HAMDAN TAHA
Naib Ketua Pemuda





 N. GOBALAKRISHNAN 

GOBALAKRISHNAN A/L NAGAPAN
Naib Ketua Pemuda



LOW CHEE CHONG 
LOW CHEE CHONG
Naib Ketua Pemuda




 LOKMAN NOOR HAJI ADAM 

LOKMAN NOOR HAJI ADAM
Setiausaha Pemuda




 MOHD HANAFIAH MAN 
MOHD HANAFIAH MAN
Bendahari Pemuda



MUHAMMAD ZAHID MD ARIP 

MUHAMMAD ZAHID MD ARIP
Ketua Penerangan Pemuda
 



DIONG CHI TZUOH 
DIONG CHI TZUOH
Penolong Setiausaha Pemuda




 MANIKAVASAGAM SUNDRAM 
MANIKAVASAGAM A/L SUNDRAM
Penolong Setiausaha Pemuda




 ZULKIFLI IBRAHIM 

ZULKIFLI IBRAHIM

Tel:



 YUSRI MOHAMAD 

YUSRI MOHAMAD




MOHD ZAKIR YUSOFF

MOHD ZAKIR YUSOFF
Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan




SHAMSUL SHAMSUDIN

 


 ZULKEFLY OTHMAN 

ZULKEFLY OTHMAN




HAMIDZUN KHAIRUDDIN

HAMIDZUN KHAIRUDDIN
Ketua Pemuda Selangor

Tel: 019-2233405
 


 LIAU KOK FAH 

LIAU KOK FAH


 


ZAKARIA ABD HAMID

ZAKARIA ABD HAMID
Ketua Pemuda Pahang




JOHARI KASSIM

JOHARI KASSIM
Ketua Pemuda Pulau Pinang


 


FAKHRUL AZMAN BAKAR

FAKHRUL AZMAN BAKAR
Ketua Pemuda Terengganu



RUSHDAN MUSTAFA

RUSHDAN MUSTAFA
Ketua Pemuda Kelantan


 


 ISMAIL HAJI AWAB 

ISMAIL HAJI AWAB

Tel: 016-7105757
 


 NOOR AZAM ABD AZIZ 

NOOR AZAM ABD AZIZ

Tel: 019-2659426
 


ZULRUSDI MOHD HOL

ZULRUSDI MOHD HOL
Ketua Pemuda Sarawak


 


MOCKTAR MANSOR

MOCKTAR MANSOR
Ketua Pemuda Kedah


 


RIDZUAN ABU HASSAN

RIDZUAN ABU HASSAN
Ketua Pemuda Perlis

 


DR. BADRUL AMIN BAHRON

DR. BADRUL AMIN BAHRON
Ketua Pemuda Sabah




 SANUSI ABDULLAH 

SANUSI ABDULLAH




 ADLAN BENAN OMAR 

ADLAN BENAN OMAR
 
 


 MOHD SHAHRULAZILAN SAID 

MOHD SHAHRULAZILAN SAID

Tel: 013-3046145
 


 ABDUL GHANI HAROON 

ABDUL GHANI HAROON

Tel: 019-4162020
 


JAAFAR MUHAMMAD

JAAFAR MUHAMMAD
Ketua Pemuda Negeri Sembilan

Tel:019-3862140



MD NASIR TASRIP

MD NASIR TASRIP
Ketua Pemuda Johor

Tel: 07-8830867



SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 
No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 
46350 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000
Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com
Urusan webmaster  : webpemuda@freeanwar.com