Sabtu, 30 April 2011

Putar belit Anwar tidak pernah berkesudahan

Inilah sikap dan pembohongan Anwar yang semua orang tahu. Kegemaran Anwar ialah suka jual nama orang lain untuk memberi keuntungan kepadanya. Cakapnya kalau  sepuluh, semua ke sepuluh cakapnya tak boleh dipakai. Pembohong besaq.

Nama-nama imam besar sentiasa bermain dibibir mulutnya. lihat dibawah.



Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau tidak tampil untuk bersumpah laknat berhubung isu video seks yang dikaitkan dengannya selepas mendapat nasihat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan beberapa tokoh agama lain.

Anwar berkata, Nik Aziz menasihat beliau supaya tidak melayan desakan untuk bersumpah laknat kerana tuduhan zina yang dikenakan terhadapnya perlu diselesaikan di Mahkamah Syariah.

“Beberapa bekas mufti seperti bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan bekas Mufti Perlis menasihatkan saya dan menyatakan simpati tuduhan zina yang dikenakan terhadap saya.

“Malah, saya turut mendapat simpati ulama dari Indonesia atas tuduhan yang dikenakan terhadap saya,” katanya ketika berucap di Dewan Kampung Bukit Seputeh di sini, malam tadi.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau tidak akan melayan desakan untuk bersumpah laknat sebaliknya akan terus memperjuangkan keadilan dan membantu rakyat.

Sekali dua hang pembohong boleh la, kalau dah berpuluh-puluh kali siapa nak percaya hooi!

Berikut ialah kenyataan Ustaz Mohd Noor Deris

 Islam membenarkan umatnya melakukan sumpah laknat bagi tujuan mencari kebenaran selepas seseorang itu dikaitkan dengan sesuatu tuduhan atau kesalahan yang tiada jalan penyelesaian.
Seorang tokoh agama yang juga bekas mufti berkata, sumpah laknat atau disebut juga sebagai Mubahalah adalah sumpah saling melaknat dan berdoa kepada Allah supaya diturunkan bala ke atas individu yang berbohong dari kalangan orang yang bersedia bermubahalah.
“Proses sumpah laknat adalah perkara terakhir dan tindakan berani dilakukan mereka untuk membuktikan bahawa sesuatu dakwaan itu adalah benar dengan mengharapkan sesiapa yang berbohong mendapat laknat Allah.


“Sumpah laknat ini bukan perkara main-main kerana mereka yang bersumpah laknat mengharapkan balasan Allah demi mendapatkan kebenaran atas apa yang mereka katakan. Sumpah sebegini ada dinyatakan di dalam Islam untuk mengharapkan hidayah Allah terhadap perkara yang tidak dapat penyelesaian,” katanya yang enggan nama disiarkan ketika dihubungi di sini, semalam.


Sementara itu, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof Madya Mohd Noor Deris, berkata proses mubahalah ada dinyatakan di dalam al-Quran melalui ayat al-Imran ayat 61.


“Perkara ini adalah kemuncak untuk mendapatkan kebenaran bagi mengelak tuduh menuduh... jadi mereka yang saling menuduh boleh bersumpah laknat untuk menyatakan apa yang dikatakan itu adalah perkara benar.
“Mubahalah dilakukan untuk menyatakan kebenaran dan menegakkan hujah terhadap sesuatu perkara yang tidak dapat dibuktikan dengan setiap individu berdoa bersungguh-sungguh dan bersumpah saling melaknat antara satu sama lain,” katanya. 
Harap ustaz yang dok menyebuk sewaktu masjid sumpah kelmarin dapat belajar lagi. Jangan bangga kalau ilmu panjang sejengkal