Selasa, 19 Julai 2011

Memang betul dan tepat Pas tunduk bila disergah Dap.


Ahli DAP Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman(42)  yang mengakui wujud majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini dipecat daripada parti itu.

Pas senyap sunyi dalam isu ini, tetapi jika ada orang Umno yang dipecat atau mengundurkan diri, awal-awal lagi Pas menghulurkan tangan untuk menjemput mereka masuk Pas.  Malah Tun Mahathir pun dijemput masuk Pas sebaik sahaja beliau keluar Umno kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pak Lah.

Ini bukti jelas bahawa Pas sedang diperkudakan oleh DAP, entah berapa juta ringgit pemimpin Pas dibayar oleh jutawan Dap untuk jadi kuda kayu. 


Bukti berikutnya ialah isu penutupan pusat hiburan di Kedah. Bila arahan yang dibuat oleh kerajaan BN 1997 cuba ditambah baik oleh Pas dengan cuba try test untuk tutup terus sepanjang bulan puasa telah menyebabkan MCA menempelak Pas Kedah. Isu tersebut telah mendapat campur tangan daripada Pas Pusat. 

Pas cepat-cepat menukar gear gostan dengan membuat pindaan bahawa pusat hiburan tidak akan ditutup tetapi menghalang orang Islam masuk ke pusat hiburan itu. Pas bertambah meroyan dengan membuat perbandingan di negara-negara jiran. Apa hal nak kaitkan dengan pusat hiburan di Indonesia dan sebagainya.

Tak puas dengan itu pemimpin Pas cuba mengajak kerajaan negeri di bawah Bn akan meniru dan mencontohi Pas Kedah.  Memang muka Pas sudah jadi sambal belacan kerana malu dalam isu hiburan pada bulan puasa.

YDP Ikram(sebuah NGO seperti JIM dan Abim) Kedah Ustaz Rosli Yusof berkata ia menggambarkan sifat Islam yang menghormati hak orang-orang bukan Islam. ( Pora...h) kena tang depan pandai pula kata macam tu. 

Cuba kita lihat balik apa pula kutukan Pas terhadap Almarhum Tunku Abdul Rahman dalam isu kilang arak di Shah Alam dan pembukaan Genting Highland sebagai pusat perjudian atau kasino.

Pusat Hiburan yang baru muncul di negeri Pas.
Sekarang dalam kempen Pas di Pahang, isu Genting Highland sebagai pusat hiburan dan kasino menjadi agenda utama mereka.

Pas mengidamkan negeri Pahang kerana nak tebang balak setelah sebahagian besar hutan di Kelantan gondol dikerjakan oleh puak-puak Pas.

Seterusnya TM mencabar Pas supaya menjemput Mohamed Razali Abdul Rahman menyertai PAS selepas dipecat daripada Dap.

Satu lagi contoh ialah semasa debat Pemuda Umno dengan Pas Kelantan. Husam mengulang bahawa Pas tetap akan menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud. Esok pagi nya Pas terpaksa memohon maaf dan menarik balik apa yang dicakapkan oleh Husam dalam perdebatan tersebut.

Mujadid Yusof Rawa pun sama naik ambil kesempatan membelasah negeri-negeri dibawah pentadbiran BN seperti Melaka yang dilanjutkan hiburan malam sehingga jam 3.00 pagi.  Mujadid lupa bahawa Kedah juga pusat hiburan ada yang tutup jam 5 pagi.


"Enakmen Hiburan diluluskan di Kedah (dan semua negeri negeri Tanah Melayu) semasa Kerajaan Barisan Nasional memerintah. Dan Pas hanya perlu melaksanakannya sahaja. Tidak wujud masalah - masalahnya cuma satu -kenapa main wayang kulit dengan DAP? " -

Pas benar-benar panas punggung dalam isu penutupan pusat hiburan pada bulan puasa kerana disergah oleh Dap.