Jumaat, 26 Ogos 2011

Azmil Mustafa jahil ilmu tetapi berlagak pandai

Lebih sejam mendengar celoteh Azmil Mustafa atau lebih dikenali sebagai Ali Setan, jelas menunjukkan beliau buta sejarah dan kurang ilmu dunia dan juga ilmu agama.

Ali Setan masih ada ruang untuk membetulkan dirinya. Jika beliau sanggup berhijrah sehingga ke Syria untuk menuntut ilmu agama, rasa tidak menjadi masalah untuk beliau belajar sejarah daripada Prof Dr Ramlah Adam,   Prof Emeritus Khoo Kay Kim dan lain-lain yang mempunyai phD.

Seandainya beliau ditarbiahkan oleh pakar-pakar sejarah, Ali Setan kemungkinan besar akan tarik hand brake dan mengakui kesilapan dan kedangkalan beliau dalam mengulas isu perlembagaan persekutuan yang dibuat oleh suruhan jaya Reid.

Ali Setan tak tahu bahawa sebahagian daripada isu kandungan perlembagaan tersebut adalah hasil pemikiran ulama-ulama yang ada di bumi Malaya.

Draf perlembagaan tersebut terpaksa diserahkan kepada kerajaan Bristish dan banyak pindaan dan ubahsuai dibuat untuk diterima pakai oleh negara sebelum British bersetuju untuk memerdekakan kita.

Lord Reid sebagai pengerusi suruhanjaya pun dibantu oleh 4 pakar dan dua pakar perundangan dari India dan Pakistan, mereka ialah Hakim B Malik merupakan seorang bekas Ketua Hakim di Mahkamah Tinggi Allahabad, India dan Hakim Abdul Hamid dari Pakistan.

Suruhanjaya ini hanyalah menulis semula perlembagaan agar bersesuaian dengan istilah-istilah atau term dalam perundangan dalam bahasa Inggeris.

Ali Setan juga patut tahu bahawa British sendiri tidak mempunyai perlembagaan bertulis,perlembagaan mereka dipratikan secara lisan dan Istana adalah sumber rujukan tertinggi.

Dalam bab persekolahan pula , Ali Setan lagi menyimpang jauh ke laut. Mungkin Ali Setan tak pernah dengar atau tak pernah tahu  Laporan Barnes1950 , Laporan Fenn Wuu 1951, Laporan Razak 1956, Rahman Talib 1960, dan akta pelajaran/pendidikan negara.

Paling malang ialah apabila Ali Setan tidak tahu Dasar Ekonomi Baru yang sangat berjaya membasmi kemiskinan orang Melayu. Ali Setan patut pergi ke bertemu dengan tokoh-tokoh negara yang telah membangunkan RIDA dan MARA. Paling senang sila rujuk kepada Tunku Ahmad Rithauddin tanya dia tentang dasar-dasar DEB atau lain-lain  veteran dan tokoh negarawan yang masih hidup.

Ali Setan memuji sistem pendidikan di Syria yang lebih fokus kepada Ilmu agama atau ilmu Allah. Ali Setan lupa bahawa belajar ilmu perubatan, ilmu fizik , ilmu Hisab yang ada di universiti-universiti di Barat semuanya adalah berasal dari negara Islam.

Ali Setan patut juga mengkaji sejarah ilmuan Islam seperti Ibnu Sina, Al Razi dan Al- Zahrawi Pakar Bedah
Ali Setan harus ingat bahawa sakit jantungnya dirawat oleh siapa?

Paling lucu apabila beliau menyebut manusia hari ini lebih mengagungkan Sultan Mizan daripada mengagongkan Allah. Ini salah sangat-sangat. Ali Setan kena belajar bab yang ada kaitan dengan pemimpin negara atau ulil amri. Ali Setan patut fahami firman Allah di bawah ini.


"Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada rasul, dan ulil amri antara kamu. Jika kamu berbalah dalam sesuatu, kembalikanlah ia kepada Allah dan rasul jika kamu mempercayai Allah dan Hari Akhir; itu yang lebih baik, dan kesudahan yang lebih baik." (4:59)

Cukup lah takat tu.....sapa nak komen sila kan,,,,,tq