Khamis, 29 September 2011

Benar seperti dijangka: Pas salahkan UMNO.

Satu Kemenangan Besar buat Yahudi Majusi
Berikut ialah petikan daripada Harakah  dengan tajuk HUDUD KINI TERLETAK DIKAKI UMNO. Ini perkara biasa bagi Pasngok. Awal bulan lepas isu Hudud dibangkitkan oleh Nik Aziz konon untuk mengatasi masalah moral yang buruk di Kelantan. Nik dengan nada tegasnya menyatakan kalau kita tak mahu laksanakan hudud, jangan duduk dibumi Allah, pergi cari bumi lain yang bukan milik Allah.

Nik Aziz juga menuduh Dap seperti budak takut hantu dan mendesak agar Dap keluar dari Pakatan. Malam tadi kata putus oleh Anwar Ibrahim pemimpin pakatan haram telah menolak hudud yang di inginkan oleh Nik Aziz.

Dap mengungut untuk keluar pakatan dan meletakkan jawatan sekiranya hudud diluluskan. Wah! masing-masing ugut mengugut.

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Pakatan Rakyat berjaya mencapai kata sepakat semalam untuk membenarkan PAS membuat penjelasan dan penerangan tentang undang-undang jenayah syariah termasuk hudud.
Bagaimanapun pelaksanaannya akan bergantung kepada kejayaan untuk mendapat kata sepakat bagi meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan ianya dilaksanakan.


Dalam masa yang sama, Pakatan Rakyat juga menerima prinsip bahawa DAP tidak bersetuju dengan undang-undang ini ketika PAS dan PKR menghormatinya, namun ia tidak menghalang PAS untuk terus menerangkannya kepada masyarakat.


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan perkara ini dalam sidang media bersama yang diadakan kira-kira jam 1 pagi tadi selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan di Pejabat Agung PAS.


"Pakatan Rakyat menghormati inisiatif PAS untuk laksanakannya. Untuk melaksanakannya, ia perlu capai kata sepakat dan seterusnya pinda perlembagaan," kata Anwar.


Anwar juga berkata, "Kenapa kita mesti nafikan hak PAS untuk articulate isu ini, ini proses demokrasi...bukan Umno yang kontrol Pakatan Rakyat...kita hormati hak rakyat untuk membentangkan cadangan mereka. Nafikan PAS untuk articulate kes ini, ia tidak ada."


Keputusan yang dicapai semalam menolak sama sekali harapan musuh Pakatan Rakyat untuk melihat mereka berpecah sebagaimana isu negara Islam yang memecahkan PAS dan DAP pada tahun 2003 dalam Barisan Alternatif.


Ia juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat.


PKR dan PAS juga menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.


"Kita hormati hak PAS untuk hendak melaksanakan hudud di samping menghormati hak DAP untuk tidak bersetuju dengannya," kata Anwar.


Mesyuarat yang disertai oleh hampir semua pemimpim utama PAS, PKR dan DAP itu bermula jam 10 malam.


Hanya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sahaja yang tidak menyertainya dan beliau diwakili oleh Exco kerajaan negeri Kelantan yang juga seorang peguam, Datuk Takiyudin Hassan.


Dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ini bermakna semua pihak dalam Pakatan Rakyat boleh menyatakan pendirian mereka mengenainya secara terbuka.


PAS dibenarkan secara rasmi untuk terus menerangkan undang-undang Allah ini di samping berusaha untuk melaksanakannya dengan syarat usaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berjaya.


Anwar menegaskan, "Kita tidak boleh halang PAS untuk memberikan pandangan atau cadangan dalam atau di luar mesyuarat."


Kini persoalan yang perlu dijawab adalah, bagaimanakah caranya untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan undang-undang ini dilaksanakan?


Anggota Parlimen PAS akan menyokong. Begitu juga anggota Parlimen PKR, mereka juga akan menyokong berdasarkan keputusan semalam. Jelas juga, DAP menyatakan mereka tidak menyokong hukum ini.


Ini bermakna, berjaya atau tidak pelaksanaan undang-undang ini bergantung juga kepada kerjasama dari anggota Parlimen dari Barisan Nasional (BN) khasnya Umno.


Pendek kata, undang-undang ini akan berjaya dilaksanakan kalau ia turut disokong oleh Umno kerana parti inilah yang mempunyai ahli paling ramai sekarang dalam Dewan Rakyat.


Jadi bola sekarang sebenarnya terletak di kaki Umno. Kalau parti yang mendakwa memperjuangkan hak orang Melayu itu menyokong undang-undang Islam ini, ia akan berjaya dilaksanakan.


Jika Umno tidak menyokongnya kerana takut MCA dan Gerakan yang memberikan amaran akan keluar BN jika ianya dilaksanakan, maka ketika itu Umnolah sebenarnya yang salah.


Pendek kata, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat semalam telah berjaya menolak isu ini kepada Umno dari menjadi isu panas dalam Pakatan Rakyat.
Sebelum mesyuarat khas malam tadi, Pas iaitu Cikgu Pa telah mainkan isu supaya dan menggesa MCA dan Gerakan keluar dari BN sekiranya Umno melaksanakan Hudud.  Ia ekoran daripada kenyataan Chua Soi Lek dalam twitter beliau minggu lalu.


Sekarang seperti yang diduga Pas Penipu Rakyat cuba meletakkan hudud dibahu Umno setelah mereka gagal dalam mesyuaray 3 jam malam tadi.


Apa yang Pas nak bawa dalam kempen politik mereka mulai malam ini sehingga PRU 13.


Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Sejagat (Universal Justice), Pentadbiran yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai  Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat.
Modal Pas malam tadi ialah kononnya untuk mengembalikan asas kenegaraan yang dirosakkan oleh Umno?

Wah siapa yang berguling di atas jalan raya menghalang proses pentadbiran negeri di Perak April 2009 di Kuala Kangsar.

Siapa yang menganjurkan demontrasi jalanan sejak 1972 , 1998 , 2007 bershit 1.0 dan 2011 bershit 2.0.  Adakah itu asas kenegaraan yang dicadangkan oleh Pangok ?

Universal Justice? Wah bunyi macam undang-undang dunia tu, Pas sokong juga?  Ingat Allah justice. Tak payah lah nak berjustice kalau ada mangkuk hayun bernama Anwar. Lihat saja kes liwat sudah nak masuk tahun ke 4 tak selesai lagi. Justice kepala bapak dia!


Seterusnya Anwar ulang tayang bab good governance, accountability, transperency , competency dan public good. Ini cerita lama mereka tak ternyata tidak berlaku sejak 2008.

Masih ingat cukai pintu di Selangor yang dijanjikan akan turun 10 hingga 20 % selepas PR memerintah, sudah dilaksanakan?

Merakyatkan ekonomi Selangor seperti memberi grand pinjaman dan sewaan percuma serta pelbagai subsidi. Sampai sekarang satu pun tidak dilaksanakan. Papan Tanda di Shah Alam yang mengisahkan cita-cita PR untuk merakyatkan ekonomi Selangor terpaksa diturunkan senyap-senyap ditengah malam.

Seterusnya tranperency, Ini lagi banyak isu, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor sendiri tidal telus, cakap tak serupa bikin....kalau boleh sorok nak sorok lagi. Lihat kereta Mercedes S class yang dibeli khas untuk Menteri Besar Kedah Dr Azizan disimpan dan disorok dari pengetahuan rakyat. Bila bloggers mendedahkan dalam internet, MB menafikan KCK 8 bukan kereta dia.. Memang lah bukan kereta dia. Kereta dia ialah KCX 8 tertera perkataan Menteri Besar Kedah. Jadi mana ketelusan nya?


Akhir kata berbalik kepada hudud. Pas menyatakan ia tanggungjawab Umno. Ini bermakna dalam kempen PRU 13 Pas akan menuduh UMNO gagal  melaksanakan hukum Allah. Padahal Hudud adalah sebahagian daripada hukum fiqah . Orang Pas seperti Dr Azizan , Dr Dzulkifly sendiri menyatakan belum sampai mana yang sesuai untuk melaksanakannya. 


Ini lah sifat munafik PAS yang tak boleh diikut. Ayuh Pas totok turun lah ke jalan buat demo desak hudud diadakan ..