Khamis, 29 September 2011

PAS yang bodoh

Gambar di atas menunjukkan betapa kecewanya Pas dengan logo 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia ke 6.

1 Malaysia bukan benda baharu tetapi telah diilhamkan dari zaman Tun Mahathir lagi, cuma ia tidak dilaksanakan oleh Pak Lah kerana beliau ada agenda sendiri, Islam Hadhari.

Pas menuduh 1 Malaysia adalah ciptaan Apco dan Yahudi. Ok lah apa Pas nak kata pun lantak lah.

Tak cukup dengan 1 Malaysia, seorang ustaz guru takmir dalam kuliah magrib berkata, kerajaan Najib nak memberhalakan 1 Malaysia dan kita rakyat Malaysia berada di ambang neraka. Lantak lah...ustaz itu orang Pas walaupun makan gaji dengan duit pelacur dan judi [ rujuk azli taliban yang menuduh mufti dan mb makan gaji duit judi dan pelacur].

Tak cukup dengan itu, Pas mengutuk Perlembagaan Persekutuan kononnya ia perlembagaan kafir [ rujuk Ali Setan dan ramai lagi tok guru mee segera Pas].

Tetapi dalam banyak kenyataan pemimpin Pas yang lain ramai yang menyokong Perlembagaan dengan ayat , kita akan mempertahankan perlembagaan persekutuan, dua contoh terakhir ialah apabila Manoharan ingin menukar bendera Malaysia jika Dap memerintah dan kedua malam tadi, Pas, Dap dan Pkr berkata hormat dan akan mempertahankan perlembagaan persekutuan. [ sekejap sokong, sekejap tidak ] flip flop Pas.

Si Mamat di atas tu pula apa kes, Tak boleh tampal logo 1 malaysia dia letak logo 1 Pas. Wah! Tak takut hukum haram kah? Nanti ustaz takmir kata Pas ingin memberhalakan 1 Pas.