Khamis, 1 September 2011

Pembangkang marah Rosmah ucap salam aidil fitri

Sejak malam menyambut raya aidil fitri, kita disajikan ucapan khas aidil fitri oleh YAB Dato Seri Najib Razak.

Mereka marah apabila Datin Seri Rosmah juga berucap dan tokok tambah lagi melabelkan Rosmah sebagai 1st Lady.

Kartunis Zunar kata dia nak muntah tengok Rosmah berucap. Tian Chua pun sama juga turut mengkritik dan menyatakan Tun Dr Siti Hasmah pun tak berucap.

Rasanya Tian Chua silap, seingat TM Tun Siti Hasmah pun pernah berucap di tv.

Cadangan TM senang saja, raya ada sebulan. Lebih banyak ucapan daripada menteri menteri dan isteri dijemput berucap.

Jangan lupa jemput juga ketua ketua jabatan untuk berucap. Jika pembangkang jemu dan nak muntah jemput juga Anwar dan Kak Wan buat ucapan, tetapi sedia skrip kalau tidak depa jadi gila macam Nizar Jamaludin ketika angkat sumpah di dewan rakyat.

Tadi ucapan DS Shafie Apdal bersama isteri duduk sebelah dia. Kenapa RTM tak bagi peluang isteri beliau berucap?

Baru syok, sorang slang Sabah, sorang slang Kesah.

Apa lagi tunggu RTM, cepat lah gerak .

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.