Khamis, 1 September 2011

Skandal dengan isteri orang pulak

Kita selalu didedahkan dengan cerita skandal seorang lelaki dengan isteri orang dan sebaliknya. Pernah kita dengar atau terbaca sepasang kekasih yang pernah bercinta di zaman universiti dahulu tetapi cinta mereka putus akibat si lelaki atau perempuan terpaksa berkahwin kerana pilihan keluarga.

Hubungan pasangan kekasih  biasanya akan hilang begitu sahaja, bak kata orang sudah tutup buku. Masing-masing membawa haluan masing-masing. Membesarkan keluarga dan masing-masing berusaha meningkatkan taraf pendidikan atau meningkatkan ekonomi rumah tangga.

Ada yang naik pangkat, ada yang menyambung pelajaran keperingkat sarjana dan kedoktoran. Ada yang berhenti kerja kerana menjadi usahawan berjaya dan ada juga yang menceburi politik dan menjadi wakil rakyat.

Jika dahulu masa mula-mula kahwin. kehulu kehilir naik hondacub maklumlah nak beli kereta susah ketika itu, bila mampu sikit barulah beli toyota corolla atau Nissan Sunny.

Bila dah berjaya bukan saja sanggup beli kereta dua tiga buah tetapi sanggup beli kereta untuk orang juga.
Paling bestnya ialah bila pasangan kekasih bertemu kali kedua selepas lama berpisah. Jumpa balik gf lama bila sama-sama melanjutkan pelajaran atau sama-sama berkursus atau berseminar atau paling hot lagi bila kekasih menjadi VIP.

siapa dia niii?
Paling sedih ialah silelaki ini sanggup meruntuhkan rumah tangga gf lama dia. Ish! Ish! memang tak patut. Ingat Mat Sabu sorang sahaja yang sanggup buat kerja macam tu. Ini lah yang dikatakan munafik,  bercakap bab agama bergegar-gegar tetapi hampas.