Sabtu, 10 September 2011

TERKINI ! PKR Mati Akal Dek PAS & DAP!



Nurul Nizam 10hb September 9.30 ptg




Pakatan Rakyat Pulau Pinang semakin bergolak! Tidak lama dulu PKR Pulau Pinang bertikam lidah dengan DAP Pulau Pinang mengenai pengagihan kerusi pilihanraya, sekarang PKR bertengkar dengan PAS Pulau Pinang pula.

Isunya ialah saranan parti PAS yang mahu diberikan tambahan kerusi lebih daripada PRU 12.

Sikap tebal muka PAS Pulau Pinang itu telah ditempelak dan disindir hebat oleh kepimpinan PKR Pulau Pinang. PAS disarankan supaya ukur baju sendiri sebelum menuntut sebarangan. PAS di Pulau Pinang ibarat nyawa-nyawa ikan yang tidak langsung mendapat tempat di dalam Exco Kerajaan DAP Lim Guan Eng.

Malah, Sallleh Man, satu-satunya ADUN PAS dan penduduk Permatang Pasir telah ditipu bulat-bulat kononnya akan dilantik sebagai YDP MAIPP jika menang pilihanraya kecil Permatang Pasir.

Dan sehingga ke hari, tidak ada kenyataan minta maaf dikeluarkan, sama ada Anwar Ibrahim mahu pun Lim Guan Eng DAP kerana menipu rakyat Permatang Pasir.

Malah, yang menghairankan ialah sebagai anak negeri Pulau Pinang, Anwar Ibrahim begitu senang diperkotak-katikkan oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Yang terkial-kial menjawap dan menepis ialah Johari Kassim yang hanya berjawatan Ketua Penerangan PKR negeri.

Siapalah beliau untuk mana-mana pihak akur atau gerun dengan kenyataan beliau. Beliau sendiri terkedu-kedu nyawa ikan lemas dalam politik beliau sendiri!

Yang nyatanya, Pakatan Rakyat Pulau Pinang hanya sekadar nama yang sebenarnya bertuankan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang.

Dan jangan kita lupa, pergolakan di dalam DAP Pulau Pinang juga tidak kurang hebatnya. Sebagai bidan terjun dari negeri Melaka, Lim Guan Eng juga mempunyai masaalah sendiri.

PERSOALANNYA, berapa lama lagi DAP Pulau Pinang sanggup bersabar padahal mereka sendiri sudah berkelayakan untuk mentadbir negeri sendiri tanpa orang luar dari Melaka.

Tetapi, itu pun jika mereka menang.

Jika DAP Pulau Pinang kalah, apakah Lim Guan Eng akan tetap bersama-sama DAP Pulau Pinang untuk membina kembali jentera parti negeri atau pun Lim Guan Eng akan melarikan diri sama seperti bapa beliau, Lim Kit Siang yang gagal dalam projek Tanjung untuk menawan Pulau Pinang?

Lim Kit Siang 'melarikan diri' ke Ipoh Timur setelah kalah di Pulau Pinang pada pilihanraya tahun 1999.

Dan kerana itu, kita akan menjangka Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan hancur kerana semakin bertelagah dan tikam menikam sesama sendiri sehingga ke PRU13 nanti.

Baca artikel di bawah :-
GEORGE TOWN: PAS telah dinasihatkan supaya memberi tumpuan untuk memenangi kembali kerusi beliau tewas dalam pilihan raya umum 2008 dan tidak meminta lebih.

Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang, Johari Kassim menyatakan pandangan beliau kepada kepimpinan PAS supaya PAS lebih banyak menumpukan perhatian untuk membina "sokongan tempatan terlebih dahulu."

Beliau berkata demikian apabila merujuk prestasi PAS dalam pilihan raya umum 2008 yang tidak boleh memenangi lebih daripada satu kerusi. Johari telah bertindak balas kepada harapan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Pulau Pinang, Mujahid Yusof Rawa yang membayangkan mahu lebih daripada dua kerusi parlimen dan lima buah negeri (yang dipertandingkan pada tahun 2008) dalam pilihan raya umum akan datang.

"PAS perlu memberi fokus untuk memenangi kerusi yang diperuntukkan. Pertamanya, mereka perlu membina sokongan tempatan," kata Johari.

PAS bertanding di Parlimen Kepala Batas dan Penaga, DUN Penaga, Permatangan Berangan, Sungai Dua, Permatang Pasir and Bayan Lepas di PRU 12. seterusnya