Sabtu, 31 Disember 2011

Ustaz Azhar Idrus

Ingat mengaji tinggi sangat, patutlah cakap dia merapu saja.

Majlis Peguam didesak nyatakan pendirian - Razali Ibrahim.

Pemuda UMNO mendesak Majlis Peguam menyatakan pendirian berhubung 'Kempen Bebaskan Anwar 901' yang mengajak orang ramai menyertai demonstrasi pada 9 Januari ini.

Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim berkata, sebagai sebuah pertubuhan yang bermaruah, Majlis Peguam tidak seharusnya berdiam diri dalam isu yang jelas mahu mencabar kewibawaan institusi kehakiman negara.

"Perancangan kempen membebaskan Anwar sudah diketahui umum, kenapa Majlis Peguam masih berdiam diri? Mereka harus jelaskan sama ada kempen itu selaras dengan undang-undang negara atau sebaliknya," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Tegas Razali, dengan berdiam diri Majlis Peguam menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab ketika negara berusaha memartabatkan institusi kehakiman.

"Tindakan Majlis Peguam boleh dilihat seperti membenarkan usaha 'penghakiman semula' Anwar dilakukan di luar sistem perundangan negara.

"Tindakan mengheret rakyat sebagai pelindung dan 'dinding' kepada Ketua Pembangkang adalah perbuatan yang langsung tidak menghormati sistem perundangan negara," katanya.

Sehubungan itu, Razali mengingatkan orang ramai khususnya generasi muda supaya tidak melibatkan diri dalam apa jua kempen pembebasan yang tidak berasas.

"Anwar sendiri tidak berusaha untuk mempertahankan diri atau menjelaskan perkara yang sebenar dalam kes liwatnya, jadi untuk apa kita mahu melindunginya," katanya.

Mengulas pembabitan generasi muda dalam kempen itu, beliau mencabar golongan itu supaya menyuarakan pendirian supaya tidak dilabel sebagai 'kuda tunggangan' Anwar.

"Generasi muda harus menolak dan menafikan segala tuduhan yang mengatakan mereka mudah diperalatkan untuk tujuan politik kerana mereka sebenarnya sudah cukup matang dalam membuat penilaian," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 30 Disember 2011

Nik Ajis dua alam

Adus! kesiannya.
Belakang Rakyat

Depan Rakyat [ Mat Desa kuat bohong]







Tindakan Terkejut Orang Kuat PAS Kelantan

Datuk dituduh menipu NFC

Ahli perniagaan, Datuk Shamsulbahrin Ismail, 45, sebentar tadi dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, atas dua tuduhan berasingan menipu Pengarah NFC.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nga Kor Ming: Ingat nak bagi saman rupanya suruh minta maaf saja,





Kor Ming minta penulis blog mohon maaf

IPOH 29 Dis. - Jika sebelum ini Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming bertegas akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penulis blog Sekupangduas berhubung dakwaan salah guna kuasa, hari ini Ahli Parlimen Taiping itu menukar nadanya apabila meminta penulis itu memohon maaf.

Kor Ming dalam satu sidang akhbar malam tadi berkata, beliau memberi tempoh 48 jam kepada penulis blog tersebut, Ahmad Sofian Yahya, 47, supaya berbuat demikian atau berdepan tindakan mahkamah.

"Sepucuk surat telah dikeluarkan petang semalam menuntut Sekupangduas memohon maaf kepada saya dalam tempoh 48 jam atau bakal berhadapan tindakan di mahkamah," katanya.

Isnin lalu, Kor Ming dalam satu kenyataan menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Ahmad Sofian, 10 hari selepas penulis blog itu mendedahkan salah guna kuasa dalam pemberian tender melibatkan isteri pemimpin DAP itu ketika pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan negeri pada 2008.

Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupangduas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit sut Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Dokumen itu mendedahkan Ethan dan Elton, syarikat yang mana isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai seorang pengarahnya memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.

Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 sut rasmi itu pada asalnya ditawarkan kepada Goodman Tailor pada 3 April 2008 sebelum diberikan kepada Ethan dan Elton selepas 'dicadangkan' kerajaan negeri ketika itu.

Sementara itu, Kor Ming membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pagi ini selepas mendakwa menerima sepucuk surat ugutan dan sebutir peluru hidup petang semalam.

Kor Ming berkata, laporan polis itu dibuat kerana beliau memandang serius ancaman tersebut dan mahu polis menyiasat perkara itu.

Semalam, Ahli Parlimen Taiping itu mendakwa menerima sepucuk surat ugutan berisi sebutir peluru hidup yang dihantar ke rumah ibunya di Ayer Tawar dekat Sitiawan.

Beliau memberitahu, peluru hidup itu dibungkus dalam kertas tisu dan akhbar bahasa Tamil.

Bagaimanapun, Kor Ming menafikan pihaknya menuduh UMNO bertanggungjawab atas kejadian itu.

Khamis, 29 Disember 2011

Perkasa membuat laporan polis

Perkasa diketuai oleh YB Dato Ibrahim Ali dan barisan ahli-ahli jawatan kuasa telah membuat laporan polis di IPD Dang Wangi berikutan kenyataan seorang pemimpin gereja yang memperlekehkan perlembagaan persekutuan artikel 153 yang dakwaannya membuli agama lain berikutan isu murtad di DUMC Selangor.

Apa kata parti yang membela Islam iaitu Pas kluk klek?

Nik Aziz syukur Hasan tarik balik kenyataan sensitif?



Nik Aziz gumbira bila Hassan Ali dan Nasha tarik balik tuduhan mereka, bagaimana pula tuduhan Khalid Gereja dan MaT Put?

Lagi info setinggan KTM kawasan Taiping

Tadi TM berpeluang berbual dengan seorang pesara polis yang mana tanahnya telah diambil oleh kerajaan untuk projek landasan keretapi bekembar dari Ipoh- Padang Besar.

Menurut beliau tanah miliknya telah diambil dengan harga 95 sen sekaki.

Bila ditanya masalah setinggan KTM yang menentang pemberian tanah dan penghentian saguhati sewa rumah, beliau berkata puak-puak yang menentang dalam aduan rakyat beliau berkata,

Setengah dari mereka mempunyai sikap yang suka meminta-minta. Ada diantara mereka bila diberi tanah mereka akan jual kepada pihak ketiga.

Contohnya ada setinggan yang telah diberikan tanah Felcra seluas 3 ekar tetapi mereka menjualkan kepada orang lain.

Ada yang hidup senang dan berpendapatan tinggi tapi tamak dan masih mahu tanah lagi. Mereka membina rumah di tanah reseb KTM untuk tujuan sewaan, tetapi bila nama mereka digugurkan dari senarai untuk tanah, mereka mulalah buat bising.

Bila kita lihat video yang disiarkan oleh Perak Today jelas menunjukkan setinggan tidak berpuas hati kerana bantuan sewa rumah RM 300 sebulan dihentikan selepas 3 tahun 3 bulan.

Ada pula yang sengaja menolak tanah yang akan diberikan di Kampung Kurnia Jaya Tambahan, kononnya ia tanah lombong. Ini lagi lawak. Sebenarnya Lembah Taiping , Lembah Kinta dan Lembah Kelang semuanya adalah bekas lombong bijih timah. Beribu bangunan besar-besar dan tinggi telah dibangunkan , beratus ribu taman perumahan dibangunkan. Tak ada pun masalah.

Ada pula yang menyatakan tanah tersebut jauh dan tak tahu dimana, satu alasan yang dangkal. Kalau pergi shopping di Econsave pergilah tengok tapak tersebut, bukan jauh pun hanya 5 minit saja bermotosikal.

Kalau mereka tak mahu tanah tersebut, tak apalah, ramai lagi yang berhajat walaupun terpaksa bayar premium RM 10ribu.

Kepada mereka yang minta RM 60ribu sebagai ganti rugi dari kerajaan kerana rumah mereka dirobohkan eloklah bawa kes ke mahkamah jika tak puas hati.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nga buat hal, kita masih nga-nga

Isu David Nga Ahli Parlimen Taiping yang salah guna kuasa dalam tender pakaian rasmi telah lama didedahkan tetapi tidak menjadi besar dan gah.

Bagaimanapun dua bloggers Sekupang Dua dan Shashi MIC Selangor telah menghangatkan kembali isu ini.

Sebelum itu Nga dikritik hebat kerana Perak Today telah mendedahkan pembohongan beliau menafikan perkataan metalik hitam, haram jadah dan darul kartun.

Terdahulu, TM telah mendedahkan sikap biadap beliau yang masuk ke rumah orang dengan berkasut.

Dalam satu isu sekolah cina SRJKC di Pantai Remis beliau menyalahkan kerajaan kerana sekolah tersebut retak dan minta kerajaan bertanggung jawab. Pada hal sekolah tersebut tidak layak mendapat peruntukan kerana ia bertaraf bantuan sahaja. Nga sepatutnya mencari sumber kewangan untuk membaiki sekolah tersebut.

Sayangnya semua kelemahan Nga tidak dimanfaatkan oleh Gerakan dan MCA Taiping untuk menghentaknya betul-betul.

Masing-masing diam membisu. Kalau sesuatu isu yang ditimbulkan oleh pemimpin Gerakan dan MCA sudah tentu DAP akan mencanangkan hari-hari dalam majlis jamuan makan mereka.

Dalam isu penyelewengan tempahan baju koperat oleh isterinya, sama ada bersalah atau tidak hanya boleh ditentukan oleh mahkamah tetapi kesempatan untuk menjatuhkan beliau dari segi moral patut menjadi perkara utama dalam agenda BN Taiping umumnya. Setakat hari ini zero.

Kita harus ingat pengundi di Taiping bukan semua tahu isu baju ini, tak percaya tanyalah penjual ikan dan sayur di market besar Taiping, Pokok Assam dan Simpang, semua kata tak tahu.

Harapan TM ialah barisan kepimpinan Barisan Nasional Taiping dapat bertindak segera. Peluang sudah ada, modal sudah ada dan janganlah lepaskan begitu sahaja.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 28 Disember 2011

Fenomena Ustaz Azhar Idrus 2011

Apa salahnya guru semenanjung di Sarawak?



Guru bukan rakyat tempatan mesti di kurangkan dengan secepat mungkin. Guru Semananjung tidak sesuai untuk Sarawak oleh kerana budaya mereka lebih memberi tumpuan tentang kepentingan diri sendiri.

Kesatuan Guru Sarawak (STU) berharap se-kurang-kurangnya 70 peratus guru yang mengajar di negeri ini adalah rakyat tempatan dalam tempoh terdekat ini.

Presidennya William Ghani Bina percaya jika 70 peratus guru yang mengajar di negeri ini adalah orang tempatan beberapa masalah membabitkan guru dan masyarakat setempat dapat diatasi.

Guru yang berasal dari Sarawak ditempatkan di Sarawak

“Jika guru yang berasal dari Sarawak ditempatkan di Sarawak masalah komunikasi antara guru dan penduduk tempatan tidak akan wujud kerana kelebihannya ialah guru daripada rakyat Sarawak sendiri lebih memahami situasi, budaya dan cara hidup penduduk di sini.

“Ini sudah tentu akan memberi manfaat kepada semua pihak iaitu guru, ibu bapa dan pelajar, “ katanya kepada Utusan Borneo, semalam.

Selain itu katanya kos penghantaran dan penempatan guru dapat dikurangkan berbanding menghantar guru dari Semenanjung Malaysia mengajar di Sarawak mahupun Sabah.

Pada masa sama katanya, masalah gangguan emosi dialami guru khasnya yang tinggal berjauhan dari keluarga dapat diatasi.

“Masalah ini sememangnya kelihatan remeh tetapi hakikatnya ia boleh menjejaskan tumpuan guru mengajar, yang mendapat tempiasnya, pelajar,” ujarnya.

Guru tempatan boleh memberi motivasi kepada penduduk tempatan

William juga berpendapat menempatan guru di negeri kelahiran sendiri dan dalam konteks Sarawak katanya ia secara tidak langsung memberi motivasi kepada penduduk tempatan tentang pentingnya pendidikan dalam mengubah taraf hidup seseorang.

“Apabila melihat anak tempatan menjadi guru, ibu bapa khasnya yang tinggal di pedalaman akan sedar kepen-tingan pendidikan dalam mengubah taraf hidup mereka,” tambahnya.

Hanya 50% peratus guru adalah rakyat tempatan

Menurutnya ketika ini kira-kira 50 peratus guru yang mengajar di negeri ini adalah di kalangan rakyat tempatan selebihnya dari Sabah dan Semenanjung Malaysia.

William berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan kementerian sedang mengusahakan supaya guru atau bakal guru yang berasal dari Sabah dan Sara-wak ditempatkan di negeri asal masing-masing.

Muhyiddin berjanji – (betul atau tidak?)

Muhyiddin berkata proses itu sudah pun dimulakan berdasarkan permintaan daripada kedua-dua negeri itu.

Bagaimanapun katanya, ia akan mengambil masa dan dijalankan secara berperingkat.

Bernama memetik Muhyiddin sebagai berkata: “Sebagaimana disuarakan Sabah dan Sarawak (kerajaan negeri) minta guru (dari negeri tersebut) dihantar balik supaya budak lebih faham.

“Tapi ini akan mengambil masa, kerana kita tidak boleh terus tukar guru dari Semenanjung balik ke Semenanjung dan hantar (kembali) guru Sabah dan Sarawak), kadang-kadang bilangan guru pun tak mencukupi.”

TM NOTE;

Kenyataan Presiden Guru Sarawak William Ghani Bina ketinggalan zaman. Apakah dia lupa sejak awal tahun 70an kerajaan telah menghantar ramai guru-guru dari semenanjung untuk menampung kekurangan guru yang amat ketara di sana.

1963 Sarawak, Sabah dan Singapore menyertai Malaysia , kerajaan telah membina banyak sekolah-sekolah rendah dan menengah terutama diluar bandar.  Sarawak ketikan itu bergantung kepada beberapa buah maktab perguruan seperti Maktab Perguruan Sibu, Rajang dan Batu Lintang.

Pun begitu ramai dari kalangan guru-guru pelatih datangnya dari semenanjung. Mereka bersama-sama dengan anak-anak tempatan kemudianya masuk ke pedalaman Sarawak untuk mengajar anak-anak peribumi Iban, Bidayuh, Kayan, Penan dan sebagainya.

Sebahagian besar guru-guru dibawa masuk dari maktab-maktab di semenanjung dengan mereka wajib bertugas di sana selama 5 tahun, ini termasuk di Sabah juga.

Bukan semua guru semenanjung suka ke sana tetapi kerana tugas dan perjanjian maka mereka terpaksa ke sana sama ada suka atau tidak.

Cukup tempoh 5 tahun mereka akan balik ke negeri masing-masing. Bagaimanapun terdapat sebahagian dari mereka yang menetap terus di Sarawak kerana berkahwin dengan orang sana termasuk, ada juga guru semenanjung yang berkahwin dengan gadis Iban, Kelabit, Bidayuh, Melanau dan sebagainya. Ini sesuatu yang sangat baik.!

Hari ini mereka diberi tambang percuma sekeluarga untuk balik bercuti di kampung halaman setahun sekali dan kos penerbangan seisi sekeluarga ditanggung oleh kerajaan persekutuan.

Ini bukan bermakna untuk guru-guru semananjung yang mengajar di Sarawak dan Sabah sahaja tetapi termasuk juga guru-guru yang berasal dari Sarawak dan mengajar di Semanjung.  Nak apa lagi, apa yang tak puas hati?

Satu ketika dahulu guru-guru dari semenanjung dinafikan hak mereka untuk kenaikan pangkat kononnya kenaikan pangkat hanyalah untuk anak tempatan sahaja. Bagaimanapun  setelah campur tangan pihak persekutan hari ini sudah ada guru-guru yang dibenarkan untuk naik pangkat ke jawatan hakiki.

Apakah dengan kehadiran guru dari semenanjung memberi satu ancaman besar kepada guru dari Sarawak? Adakah kehadiran mereka telah menutup periuk nasi guru atau bakal guru dari Sarawak?

Kesemua alasan yang diberikan oleh William Ghani Bana tidak masuk akal dan perlu di tolak

Kuliah Ustaz Kazim malatop malam ini.

Malam ini Ustaz Kazim menyampaikan kuliah agamanya di masjid jamek Bagan Serai.

Beliau menghuraikan kitab Yusof Qardawi dan huraian beliau membuka minda lebih 600 jemaah yang hadir.

Ada isi ceramah beliau mengupas bahawa umat Islam hari ini sanggup berdoa bagi hancur sesama Islam tetapi mendoakan kebaikan dan memberi pujian kepada kafir harbi. Puji bukan sedikit tetapi puji berjabu.

Kapir mati diberi ucapan takziah, bekas menteri yang mati haram tak sebut apa pun.

Pas memang kena balun teruk malam ni. Blogger Manjungmari aka Mat Desa kalau dengar mesti dia hamput Kazim berjabu dalam blog dia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Akhil Hayy - Seroja versi Tok Guru (LIVE at BACHOK)



INI MASA ZAMAN JAHILLIAH. KINI AKIL HIY DAH SEDAR DIRI KERANA TERPEDAYA DENGAN ISLAM TOK GURU...AKIL HIY DAN SEDAQ DAN TAUBAT TAK MAU SOKONG PAS LAGI. SEBAB TU LAH PAS CARI SHAM KAMIKAZE DAN EMBOK LOKMAN- MENURUT SEORANG RAKAN DARI IPOH AKIL HIYY INI JENIS CARI MAKAN. MACAM MUDA-MUDA DULU LAH CARI MAKAN DENGAN MENYANYI LAGU ROCK. DIA TAHU SALAH TETAPI DIA BUAT JUGA

Cuepacs akhirnya bersetuju dengan skim gaji baru



PUTRAJAYA: Cuepacs telah menerima skim saraan baru untuk penjawat awam selepas ia berjaya mendapatkan persetujuan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk beberapa tuntutan.

Antaranya adalah untuk sasaran prestasi untuk kenaikan gaji dan dasar keluar dikurangkan dan mesyuarat dengan jabatan tiap-tiap tiga bulan untuk membincangkan secara terperinci skala gaji dan peningkatan gred di bawah skim ini.

Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata ia tidak akan menghalang penjawat awam daripada mendaftar untuk skim baru - Skim Saraan Baru dalam Perkhidmatan Awam (SBPA).

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kepada penjawat awam Cuepacs akan terus berunding "terma-terma bermasalah" di bawah skim ini dengan jabatan walaupun selepas mereka telah mendaftar.

Apabila skim ini adalah pertama kali diumumkan, hanya penjawat awam yang skor lebih daripada 75% pada penilaian prestasi mereka akan mendapat kenaikan gaji, manakala orang-orang yang mendapat kurang daripada 70% akan dinilai oleh panel dan diminta meninggalkan jika mereka gagal untuk memperbaiki dalam tempoh enam bulan .

Kini, penjawat awam yang skor lebih daripada 65% pada penilaian prestasi mereka akan mendapat kenaikan gaji manakala mereka yang mempunyai kurang daripada 60% akan diminta untuk meninggalkan.

Ketua Pengarang Nanyang di panggil oleh KDN

KDN panggil Ketua Pengarang Nanyang Siang Pau kerana guna kalimah Allah berbentuk logo untuk artikel 'Hukum Hudud Jadi Isu Kontroversi'
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ciri-ciri Imam Mahdi.

Ada kah ini Imam Mahdi?


Tidak ada seorang pun di muka bumi ini yang mengetahui tentang Imam Mahdi dan ciri-cirinya, kecuali Rasulullah s.a.w. kerana Rasulullah dibimbing oleh wahyu.

Oleh sebab itu bagi kita sebaik-baiknya tempat untuk merujuk tentang perkara ini adalah apa yang baginda Rasulullah katakan dalam hadis-hadisnya sbb: Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung.

Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim) Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim)

Jika diteliti secara tersirat pada maksud Imam Mahdi itu sendiri, ia tersimpan seribu satu rahsia yang disembunyikan oleh Allah dan Rasul-Nya kerana seperti mana kitab Al-quran yang tersimpan seribu satu macam rahsia dan ilmu. Maka, begitu juga pada Imam Mahdi sendiri. Ini adalah kerana Allah hendak memelihara agama-Nya dan hamba-Nya yang taat.

Sesungguhnya Allah memelihara Agama-Nya dan Hamba-hambaNya yang taat kepadanya. Imam Mahdi adalah golongan atau kelompok manusia yang mendapat petunjuk dari Allah melalui Kitab-Nya(Al-quran) dan mereka menyebarkan kebaikan atas muka bumi ini mengikut tiap kehendak ayat-ayat dari Al-quran. Mereka juga mengajak dan memimpin manusia ke arah melaksanakan Titah Perintah Allah seperti yang dilaksanakan oleh Rasullullah. Seperti mana yang terkandung di dalam Surah Ibrahim ayat 1:

Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka,(yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji

Golongan ini akan meneruskan usaha yang diwariskan oleh Rasulullah dan sehingga manusia telah ramai yang mengikut mereka. Pada suatu masa akan berlaku suatu perubahan di mana sistem pemerintahan Islam yang pernah tegak kukuh berdiri kukuh akan didirikan semula iaitu Khilafah.

Pemerintahan yang telah dijatuhkan oleh kelompok yahudi yang akhirnya mereka berjaya memecahbelahkan umat Islam semula dan kembali kepada keadaan di masa sebelum Nabi Muhammad di angkat menjadi Rasulullah. Pada masa itu kaum arab berpuak-puak dan mereka sangat bangga dengan puak mereka sendiri. Mereka tidak pernah boleh bersatu untuk menyelesaikan apajua masalah.

Keadaan sekarang juga tidak kurangnya seperti itu, manusia dipuak-puakkan(berbangsa-bangsa/bernegara-negara) kembali dan mereka sangat bangga, angkuh dan ekstrim dengan puak(bangsa/negara) mereka sendiri. Maka, dengan terhasilnya kembali keadaan berpuak ini. Amat mudah musuh-musuh Allah memusnahkan pengikut-pengikut ajarannya.

Malah Manusia juga telah jauh dari memahami isi kandungan Al-quran. Maka apabila golongan manusia yang mendapat petunjuk dari Allah ini berusaha mengajak seluruh manusia bersama-sama melaksanakan tiap ayat dalam Al-quran dan kelompok mereka makin ramai. Sudah tentu mereka perlu melantik pemimpin utama.

Dengan itu, seorang pemimpin dilantik yang kebetulan namanya adalah seperti nama Rasulullah dan nama ayahnya sama seperti nama ayah Rasulullah. Maka ketika itulah sistem pemerintahan Islam(Khilafah) akan tegak semula. Maka, semua manusia yang mengikutnya menyedari siapa sebenarnya Imam Mahdi.

sumber : wikipedia bahasa melayu

Sham kamikaze dan Ust Zul



Hebat betul orang Pas, dahulu lain, sekarang lain. Kesian Sham Kamikaze diperalatkan oleh Pas.

Bimbinglah betul-betul supaya Sham menjadi betul-betul seorang Islam yang baik tahu hukum hakam, mana baik, mana buruk.

Sayangnya apa yang Pas buat, ajak Sham menyanyi lagu rock dalam masjid. walaupun bunyinya ada unsur jihad Pas tetapi terpekik terlolong dalam masjid sudah gelong lah.

Apa nak jadi dengan Pas?

Penyampaian Borang 5A-Dato Hamidah

Wanita UMNO-Dato Hamidah



MAK LAMPIR MAKIN KECEWA

Himpunan Siswa Untukmu Rakyat-DS Zambry



Anwar dan SMM ketar lutut dengan program ini

PROGRAM MUNAJAT PERDANA SELAMATKAN MADRASAH SALIHIAH KANCHUT"

Dijemput semua rakan2 kemajlis tersebut Pd hari Sabtu 31 Dis 2011 Jam 12thari. Hingga 5 Ptg. Tempat ; Madrasah Salihiah Kanchut Jln Tambang Badak Alor Setar.

Agenda

1. Solat Zohor dan Solat Hajat
2. Tazkirah "KEMULIAAN. BERJIHAD" oleh Ustaz Fathul Bahri
3. Jamuan Rakyat.
4. Mengumpul tandatangan sokongan selamatkan Madrasah Salihiah.
5. Ceramah Khas oleh YB Zulkefli Nordin/YB Hasan Ali.

/// (sebarkan)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apa itu CADS

CADS adalah singkatan dari Cerebral Palsy, Autism-ADHD, Down Syndrome-Dyslexia, Slow Learners . Pusat Pembangunan Potensi CADS (Pusat CADS) merupakan sebuah organisasi bukan keuntungan (Non Profit Organization) . Ditubuhkan dalam tahun 1999 oleh sekumpulan ibu bapa, ahli akademi dan individu yang berminat terhadap pembangunan kanak-kanak istimewa.

Kami kini sedang membuka pendaftaran untuk kemasukan sesi 2012 bagi pendidikan kanak-kanak istimewa di CADS ENHANCEMENT CENTRE dialamat JKR 2925, Pesiaran Ledang off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur .

Sila hubungi :
03-2095 1218 atau Pn. Azura 016-623 7074 atau Pn. Hidayah 013-204 6642

Layari http://care4cads.my/

http://care4cads.my/

CADS Enhancement Centre accepts children from age four through 12 (Chronological age). The Centre also accepts children who are above 12 but whose mental age are below 12 years of age. The children must have been evaluated by any of the multidisciplinary professional in the field for example speech ...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

It is not totally wrong, but surely it isn't right, right?

Lihat betul-betul......
by Hamdan Osman

Selasa, 27 Disember 2011

2012 Honda Civic first look from Consumer Reports

Honda scraps flood-damaged Thai cars

Imam Mahadi a.k.a Anwar

Inilah pemimpin dunia baru yang menggantikan Abuya yang telah meninggal dunia

Sapa cakap? Tak lain dan tak bukan orang yang megutuk Dr Asri bekas Mufti Perlis bapa Setan.

Kini Badrul Amin anak Sabah yang tak sedar diri, anak derhaka sekali lagi mengangkat boss nya sebagai Imam Mahdi .

Taman Kaya Taiping : Pentasrama

Jom ramai-ramai saksikan pentasrama yang julung-julung kalinya diadakan di Taiping Perak. Apa yang ada? Saksikan sendiri malam esok

MetronewsKL-BeritaPennzoil-Anugerah Juara Terbanyak

27122011 Saya Tidak Dimaklumkan - Janice Lee



wakil rakyat PR tutup bila ada cuti umum, Wah! Rugi loooo...BN tidak ada cuti loooo...Hari Krismas pun kelijerrrr oooooo....

Tok Him Berang Paderi Pertikai Fasal 153 27/12/2011

27122011 Isu Banjir Adalah Bencana Alam Mariah



Memang lah kuasa alam tapi apa tugas PKR?

DPM: I will investigate

131 Pensyarah dicabar letak jawatan

Good for the 131 or more Academicians or Researchers who supported Prof Aziz Bari. Those from Malaysia should follow his move to leave UIA, so that the University and the students will truly benefit from those lectrers who are SINCERE in their professions.

Those from overseas who are not happy with UIAM can seek for other Universities outside Malaysia to carry out their researches if this issue really disturbs them. So its win win situation for everyone.

As for Prof Aziz Bari, his service would surely be needed for Anwar Ibrahim especially come 9-01-2012. - Dicatat oleh melayuangkat

TM Note;

Saya menyokong penuh cadangan Malayuangkat agar 131 yang menyokong Aziz Bari supaya menyokong sepunuh hati, jangan menyokong bila senang saja. Bukan simpati tetapi empati.

Sokong juga kepada pelajar dari dalam dan luar negara yang tidak suka dengan sistem Auku dan sistem pemerintahan yang ada supaya segera mencari universiti swasta atau pergi ke negara lain.

Ramai lagi warganegara yang menyokong BN nak menggantikan anda samada sebagai pensyarah, kakitangan awam yang lain dan juga pelajar-pelajar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 26 Disember 2011

UMNO bina masjid di Kelantan, Harapkan Pas, tinggal Hampas



PASIR PUTEH 25 Dis. - Kerajaan Persekutuan telah memberi peruntukan lebih RM15 juta untuk projek pembinaan baru dan kerja membaik pulih masjid di seluruh Kelantan dalam tempoh tiga tahun lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peruntukan itu termasuk membina masjid baharu di kawasan Parlimen Machang, Ketereh dan Gua Musang.

"Kita masih menerima banyak permohonan bagi tujuan berkenaan dan ia akan diambil perhatian serius dalam usaha menyediakan prasarana rumah ibadat yang lengkap dan selesa untuk ahli kariah membangunkan syiar Islam secara berterusan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak RM500,000 kepada Masjid Mukim Pulau Lima di sini kelmarin.

Sumbangan bagi membesarkan ruang ibadat masjid berkenaan telah disampaikan kepada Imam Tua Masjid Mukim Pulau Lima, Abdul Ghafar Awang. Ia sebagai menunaikan janji yang dibuat oleh Perdana Menteri sewaktu melakukan lawatan ke masjid berkenaan 2 Julai lalu.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, masjid perlu berada dalam keadaan sempurna kerana ia melambangkan kekuatan dan keutuhan umat Islam.

"Fungsi masjid perlu ditingkatkan dengan turut berperanan sebagai medan perpaduan. Golongan muda juga perlu didekatkan dengan masjid melalui program tarbiah Islamiah dan pendidikan.

"Langkah ini perlu supaya mereka mempunyai jati diri dan tidak mudah dipengaruhi oleh pihak lain yang sentiasa mencari peluang merosakkan adat resam, budaya dan pengamalan ajaran Islam sebenar. Ini sahaja langkah berkesan untuk menangani kes murtad yang dilaporkan berlaku baru-baru ini," katanya.

Sementara itu, Abdul Ghafar berkata, peruntukan itu akan dibelanjakan untuk membesarkan masjid berkenaan bagi menampung 300 hingga 600 jemaah.

Lagi PKR tinggal batang kering

500 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hulu Kelang keluar parti dan menyertai UMNO ekoran kecewa dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa tidak menunaikan janjinya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pakatan Rakyat kuat bohong

Dahulu,

Bila kita menang kerajaan pakatan akan isytiharkan Taipusam adalah hari cuti umum negeri Kedah.

Sekarang selepas 3 tahun, habuk pun tarak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, 25 Disember 2011

Karnival Perpustakaan Desa Kampung Expo 26 Disember

Esok 26 Disember 2011 bertempat di Perpustakaan Desa Kampung Expo Kamunting Perak akan diadakan Karnival Maal Hijrah.

Antara program yang akan di adakan esok ialah;

1. Senamrobik
2. Pertandingan memasak bubur asyura
3. Pertandingan mewarna
4. Teka jumlah buku
5. Cabutan nombor bertuah
6. Pameran Agensi Kerajaan

Sebelah Malamnya pula akan diadakan Forum Hal Ehwal Islam

Jemput Hadir Beramai-ramai.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Karnival Perpustakaan Desa Kampung Expo 26 Disember

Esok 26 Disember 2011 bertempat di Perpustakaan Desa Kampung Expo Kamunting Perak akan diadakan Karnival Maal Hijrah.

Antara program yang akan di adakan esok ialah;

1. Senamrobik
2. Pertandingan memasak bubur asyura
3. Pertandingan mewarna
4. Teka jumlah buku
5. Cabutan nombor bertuah
6. Pameran Agensi Kerajaan

Sebelah Malamnya pula akan diadakan Forum Hal Ehwal Islam

Jemput Hadir Beramai-ramai.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jom selak kain Mak Lampir

CERAMAH BONGKAR mlm ini 25/12 jam 9pm diDewan Serbaguna Anjung Batu 1,
No.2 Jalan Anjung Batu, Tangkak, Ledang, Johor. Penceramah: Sdr Lokman Adam.28A447E1
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mampukan Umno merampas kembali Dun Pasir Panjang

Kerusi Dun Pasir Panjang Setiawan yang dimenangi oleh Nizar Jamaluddin kini menjadi fokus kepada Umno untuk merampas kembali kerusi tersebut dari Pas.

Menurut sumber dari Pasir Panjang pada awalnya terdapat 4 nama yang telah disenaraikan dan kini tinggal 3 iaitu Ketua Wanita , PA Awang Adek dan PA Khas Cikgu Rashidi.

Winable candidate yang boleh diterima pengundi dan berkeupayaan untuk menjadi pemimpin ialah PA Awang Adek yang dilihat mampu meraih kemenangan besar.

Siapa nama gerangan PA Awang Adek? Cari sendiri lah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BUKTI ANWAR IBRAHIM MENIPU

ANWAR IBRAHIM TIPU - 99.9 PERATUS Anwar Ibrahim

Ini belum masuk Umno lagi.

Sedih mengenalkan orang-orang media dari parti Pas yang mengaku Islam. Lihat apa yang mereka lakukan kepada YB Datuk Dr Hasan Ali .

Ini baru tahap kritik kepimpinan Pas belum lagi masuk Umno. Apa pula lakaran imaginasi mereka sekiranya dalam masa terdekat ini Dr Hasan serah borang keahlian Umno?

Sabtu, 24 Disember 2011

Bebaskan Mahasiswa dari apa?

Parti pembangkang mahukan pelajar IPT diberi kebebasan untuk berpolitik supaya pembangkang mudah untuk memperalatkan mereka terutama pelajar Melayu.

Ia adalah serampang dua mata, selain memperalatkan pelajar Melayu agar membenci pemerintah ia juga satu usaha untuk menggagalkan usaha kerajaan meningkatkan modal insan orang Melayu.

Kebanyakan pelajar yang menjadi mangsa mereka ialah pelajar yang datang dari kampung dan pemikiran mereka sudah dipesongkan oleh Pas dan Pkr sejak kecil lagi tambahan pula jika ibubapanya adalah Pas totok.

Pelajar Melayu patut malu kepada DAP yang tidak langsung menghasut atau mengganggu pelajar-pelajar bukan Melayu. Oleh sebab itu, ramai pelajar anak-anak DAP yang menuntut di IPTA lulus dengan cemerlang dan tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN. Malah mereka membantu dari segi kewangan kepada pelajar mereka.

Lihat sahaja David Nga Kor Ming, Teresa Kok dan ramai lagi dari kalangan Adun dan MP Dap, hampir kesemua mereka adalah graduan dari universiti tempatan.

Bezanya mereka tidak sibuk untuk berpolitik seperti pelajar Malayu. Kebanyakan pelajar Melayu hanya mendapat keputusan biasa-biasa sahaja dan mereka ini lah yang enggan membayar balik pinjaman pelajaran.

Manakala anak-anak Dap begelar siswazah cemerlang dan ada yang mendapat biasiswa untuk menyambung pelajaran mereka ke luar negara.

Sekarang siapa yang bodoh? Siapa pengkhianat? Jawapannya ialah anak-anak Melayu Pas totok dan Pemimpin Pas dan PKR seperti Anwar Ibrahim. Maka tidak salah jika mereka diberi gelaran pengkhianat dan perosak bangsa.

Jahatnya SMM dan PKR

Video telah cuba disabotaj oleh pembangkang dengan klik tak baik thumb down supaya video ini terkeluar dari youtube.

Jom buka dan pilih ' LIKE'
http://m.youtube.com/watch?gl=US&hl=en&client=mv-google&v=6mCs0Dcj-P4
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lagi Tukar Tiub punya cerita



SELAMAT BERPESTA SESAMA MANUSIA

















NOTA:
kita selalu mendabik dada
bahawa kita sahaja yang betul
ajaran yang lain semua salah

kalau kita mencampuri mereka
ada juga dikalangan mereka 
yang mengatakan kita juga salah

tidak ada sesiapa yang memonopoli kebenaran
kebenaran bukan milik agama
kebenaran wujud tanpa agama
kebenran wujud kerana kebenaran

agama ialah kepercayaan
ada yang percaya
ada yang tidak percaya
inilah keindahan kehidupan
terpencar pencar
dan berbagai bagai

seharusnya kita merayakan kepelbagian
seharuanya kita merayakan perbezaan
seharusnya kita merayakan rencan ratus budaya

dunia akan menjadi bosan
jika semua jalan di penuhi dengan mek dogal
dunia akan menjadi bosan 
jika semua kota diselirati oleh 7/11
dunia akan jadi bosan 
jika dimana mata memandang ternampak kentuki fried fuck

rayakan kehidupan ini
hidup hanya sekali
hidup ini bukan bikin filem
hidup tidak ada reshoot
hidup ini tidak ada ulang tayang

untuk sambut perayaan maulud dul rasul nabi isa ini
tukar tiub hadiahkan rubaiyat omar khayyam:


Tukar Tiup kata Nabi Isa lahir 25 Dec


SELAMAT MENYAMBUT MAULUDDUL RASUL NABI ISA




SELAMAT MENYAMBUT MAULUDDUL RASUL NABI ISA



sidang pengarang
tim teknikal
juru gambar
dan semua kaum keluarga dan kerabat tukar tiub
mengucapkan selamat menyambut mauluddul rasul nabi isa





















MALAM KUDUS

malam kudus itu kau dilahirkan
malam kudus itu di palestine
malam kudus di bumi suci

malam kudus itu
tiga bintang berarak mengawal
malam kudus itu
tiga putera datang berkuda
malam kudus itu kau dilahirkan

bercahayalah alam semesta
bergumbiralah kita sesama manusia


lalu datang sang santa
lalu terbanglah sang rudolph
lalu berhingusklah sang rusa
berjalan dari benua ke benua
dari negeri ke negeri
dari rumah ke rumah
dari pintu ke pintu
membawa harapan
membawa ingatan
membawa hadiah kemanusiaan

aduh!
bergumbiraa wahai bani manusia
hidup ini hanya sekali
selamat menyambut kedatangan mu


Nuffnang Ads

Empat calon ganti Dr Tiki

KUCHING: SPDP mempunyai empat calon boleh menang bagi menggantikan Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe yang sudah diumumkan presiden parti Tan Sri William Mawan Ikom tidak akan dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU13)kelak.

Mawan berkata parti akan memilih yang terbaik di kalangan mereka.

“Pemilihan (calon) akan dibuat oleh parti dengan mengambil kira pandangan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN).

“Kami tidak boleh menyarankan calon tanpa mengambil kira pandangan pihak lain,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar semalam, apabila Dr Tiki menegaskan bahawa beliau akan mempertahankan kerusi itu dengan atau tanpa restu daripada SPDP.

Pada 25 November lalu, selain mengumumkan pemecatan bekas Naib Presidennya Datuk Sylvester Entri Muran, Mawan turut mengumumkan tidak akan mencalonkan semula Dr Tiki mempertahankan kerusi itu.

“Kita bercakap mengenai calon boleh menang tetapi kita juga perlu bercakap mengenai calon boleh menang yang sesuai dan sewajarnya.

“Beliau (Dr Tiki) mungkin boleh menang tetapi beliau ‘menghuru-harakan’ keadaan dalam organisasi parti… menjadi ahli BN atau SPDP perlu berdisiplin,” tegas Menteri Pembangunan Sosial itu sambil menambah jika tidak ada disiplin bagaimana untuk menjangkakan BN boleh percaya kepada calon.

Mawan turut menyifatkan kenyataan dibuat oleh Dr Tiki dalam akhbar bukan mewakili pendirian parti tetapi ia kenyataan pihak beliau sendiri.

Berhubung keyakinan parti untuk memenangi semua empat kerusi Parlimen mereka pada PRU akan datang, Mawan berkata:

“Ya (yakin menang) dengan kerjasama parti komponen Barisan Nasional lain… melainkan jika ada sabotaj antara satu sama lain.”

Malahan kini ujar beliau, jentera parti telah bergerak sepenuhnya di lapangan.

SPDP mempunyai empat kerusi Parlimen yang diperuntukkan iaitu Parlimen Mas Gading, Saratok (Jelaing Mersat), Baram (Datuk Jacob Dungau Sagan) dan Bintulu (Datuk Seri Tiong King Sing).

Read more: http://www.theborneopost.com/2011/12/23/empat-calon-ganti-dr-tiki/#ixzz1hRHnlUEl

BR1M

Menteri Kewangan Kedua, DS Ahmad Husni Hanadzlah hari ini berkata LHDN kini dalam proses mengumpul data pemohon yg layak bagi menerima skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500.

Justeru beliau meminta supaya kerajaan negeri memberi kerjasama dan bantuan kepada petugas LHDN bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Arkib : SAYUTI OMAR KINI BERGELAR JUTAWAN...

Tahniah rakan blogger MSO – Mohd Sayuti Omar – kerana kini mungkin bergelar jutawan dengan pengambilalihan akhbar tabloid SIASAH miliknya.

Saya mendapat berita ini membaca sebuah blog yang turut memetik perkembangan ini daripada beberapa blog yang lain. Entah berapa jutalah MSO dibayar. RM5 juta? RM7 juta?

Pendedahan oleh Pisau. Net dan AIDC mengenai pengambilalihan ini pastinya menyerlahkan lagi pendirian MSO dalam politik.

Kini terang lagi bersuluh, beliau adalah penyokong Anwar Ibrahim (Datuk Seri) dan PKR totok. Tidak dapat dinafikan lagi – jika benar pendedahan Pisau.Net – Sayuti kini mengalami kehidupan lebih baik daripada blogger lain yang proUMNO.

Ramai blogger yang proUMNO kini dilihat tidak penting bagi Ibu Pejabat UMNO, khususnya Setiausaha Agung UMNO apabila mengatakan ahli UMNO hanya perlu membaca umno.online dan tidak yang lain yang hanya ‘blogger nyamuk’.

Sedangkan pembangkang – khususnya PAS dan PKR – melihat peranan media baru termasuk blog semuanya penting biarpun kecil sekali pun.

Sekali lagi tahniah MSO!

PANAS! ANWAR BELI SAYUTI OMAR DAN AKHBAR SIASAH!

AIDCReveal

Berita ini bukan rahsia lagi. Pisau.net telah mendedahkan Anwar Ibrahim akan mengambil alih sepenuhnya akhbar tabloid SIASAH yang selama ini dianggap 'nuetral' bagi menggantikan Suara Keadilan, organ rasmi PKR.

Akhbar tabloid SIASAH adalah milik penulis politik terkenal, Mohd Sayuti Omar (MSO) yang dari tahun 1998 sudah pro Anwar Ibrahim. Kecenderungan penulisan MSO sejak beberapa bulan lalu yang pro Anwar mengesahkan lagi berlaku 'deal' di antara pihak Anwar dengan penulis "Sumpah dan Air Mata Reformis Bangsa".

Identiti sokongan politik MSO sukar dibaca. Ada pihak mendakwa beliau ahli PAS dan pihak yang lain pula mendakwa bukan. Malah ada pihak menafikan beliau bukan pro Erdogan (ahli PAS pro Anwar Ibrahim) berdasarkan tulisannya yang mengecam Husam Musa, bekas Naib Presiden PAS yang sering disebut-sebut sebagai ketua Erdogan.

Tetapi yang pasti, beliau merupakan penulis politik oportunis yang mementingkan survival bisnes.

Sorotan ringkas MSO, Anwar & Media Pembangkang

Pada tahun 1990, MSO pernah menulis buku mengkritik Anwar bertajuk "Anwar Ibrahim : Mimpi dan Realiti". Khabarnya buku itu dirampas di kilang percetakan oleh orang-orang Anwar dan menyebabkan MSO mengalami kerugian.

Anuar Tahir, bekas Setiausaha Agung ABIM yang ketika itu merupakan penyokong totok Anwar, pernah ancam mahu menumbuk muka MSO gara-gara penulisan dalam buku tersebut.

Trend penulisan mengkritik Anwar diteruskan secara berkala oleh penulis politik pro PAS, Ahmad Lutfi Othman yang menghasilkan lebih 4 buah buku politik

Pada tahun 1998, Ahmad Lutfi, bekas wartawan Harakah masih meneruskan kritikan terhadap Anwar dengan penghasilan buku-buku politiknya, tetapi MSO mengubah haluan menjadi pembela Anwar dalam bukunya bertajuk "Sumpah dan Air Mata Reformis Bangsa".

Khabarnya melalui buku itu MSO mendapat pendapatan lumayan kerana bukunya sold out dan bukunya diulang cetak penerbitannya.

ketika itu, pandangan Ahmad Lutfi menjadi tidak popular, kerana dianggap melawan arus. Selain MSO yang menyokong Anwar, Zulkifli Sulong, Ketua Pengarang Harakah juga pro Anwar Ibrahim.

Selepas pemecatan Anwar dari UMNO hingga ke tahun 2003, Zulkifli Sulong sering meletakkan berita Anwar sebagai berita muka depan Harakah, organ bulanan PAS.

Sekitar tahun 2003, ketika Haji Hadi Awang menjawat Presiden PAS, beliau mengalami krisis populariti, kerana Anwar Ibrahim lebih popular di kalangan ahli-ahli PAS berbanding dengan Presiden PAS sendiri. Semua ini berpunca daripada sentuhan Zulkifli Sulong yang lebih memberi publisiti kepada Anwar Ibrahim di Harakah.

Ekoran daripada itu, Zulkifli Sulong (gambar kiri) dipancung daripada mengekalkan jawatan Ketua Pengarang Harakah dan diganti dengan Suhaimi Mokthar, bekas Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Hadi Awang.Klik di sini

Selepas itu, Ketua Pengarang Harakah diambil alih oleh Ahmad Lutfi Othman. Manakala Zulkifli Sulong pula bersama-sama MSO menerbitkan akhbar Siasah.

Walaupun Ahmad Lutfi dikatakan masih menyimpan peluru-peluru sisi gelap Anwar, tetapi beliau tidak menyiarkannya di Harakah kerana menjaga setiakawan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Namun pemilihan Ahmad Lutfi yang dikenali sebagai ikon anti Anwar sebagai Ketua Pengarang Harakah sudah menunjukkan mesej yang sangat jelas.

Sebelum pilihanraya ke-12, Ramli Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Meli Kapak Jangak mendedahkan di blognya, bahawa beliau terpaksa mengambil alih penerbitan "Mingguan Wasilah" miliknya daripada terus digunakan sebagai saluran propaganda Husam Musa.

Meli dikatakan tidak berpuas hati dengan pembayaran permit "Mingguan Wasilah" oleh Husam Musa yang jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan pembayaran permit ahkbar Siasah milik MSO.

Difahamkan ketika itu Husam Musa adalah Naib Presiden PAS telah membeli permit "Mingguan Wasilah" dan "Siasah" sebagai saluran propaganda PAS yang berwajah nuetral.

Ekoran pendedahan itu, Meli telah disaman oleh Husam. Begitu juga dengan MSO yang juga turut disaman Husam ekoran pendedahan penyelewengan projek kambing Japnapari di blognya.

Masa Depan Siasah

Walaupun Siasah kepunyaan MSO tetapi difahamkan permitnya telah dibayar oleh Harakah. Operasi Siasah turut menumpang pejabat dan operasi Harakah, di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur.

Apabila Suara Keadilan ditamatkan permit oleh KDN, dikatakan PKR tidak lagi berminat untuk meneruskan modus operandinya menggunakan wajah Suara Keadilan, walhal sebelum ini Suara Keadilan diterbitkan tanpa mempedulikan soal permit atau tidak.

Isunya bukan soal permit, tetapi soal strategi untuk menawan golongan pengundi atas pagar seramai mungkin dalam menghadapi PRU ke 13.

Anwar dikatakan lebih berminat dengan pengambilalihan 'Siasah' yang sebelum ini berjaya menembusi pasaran golongan tidak berparti, daripada meneruskan survival Suara Keadilan yang hanya berlegar di kalangan ahli-ahli PKR sahaja.

Ekoran minat Anwar itu, Ahli Lembaga Pengarah Harakah telah membincangkan masa depan Siasah. Setakat ini belum ada kata putus dibuat oleh jawatankuasa Harakah itu.

Namun begitu, MSO selaku pemilik permit dan Zulkifli Sulong, ketua pengarang Siasah dikatakan lebih berminat dengan tawaran Anwar itu bersandarkan janji-janji sagu hati yang sangat lumayan.

Wartawan-wartawan Suara Keadilan akan diserapkan secara automatik ke Siasah dan dijanjikan dengan gaji bulanan yang dikatakan mencecah RM3,000 seorang.

Gosip semakin bertiupkencang. Dikatakan penguatkuasaan pengambilan Siasah sepenuhnya oleh PKR akan dilakukan selepas Pilihanraya Kecil DUN Galas.

Siasah yang selama ini dilihat nuetral, tidak pro-Anwar dan lebih pro kerajaan perpaduan bakal bertukar wajah sebaliknya, selepas Anwar menguasai sepenuhnya akhbar tersebut.

Ceramah Bongkar

Ceramah Bongkar mlm ni 24/12 jam 9pm di Balai Masyarakat Sg Sireh, Pelabuhan Klang. Penceramah : Sdr Lokman Noor Bin Adam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Harakah semakin tak laku

Gambar di atas diambil di sebuah kedai serbaneka terminal bersepadu arah Selatan.

Menurut laporan dalaman Pas, jualan harakah semakin merudum dan menyebabkan banyak pejabat harakah negeri ditutup.

Sebarang urusan dengan Harakah seperti iklan dan sebagainya ia hendaklah dibuat dengan panggilan telefon sahaja dan pihak harakah akan buat temujanji di restoran sahaja untuk perbincangan.

Urusan dibuat dirumah wakil-wakil yang dilantik sahaja. Dahulu Harakah amat laris jualannya tetapi pembaca semakin berkurangan terutama mereka yang bukan ahli Pas.

Seorang rakan menceritakan dia yang dahulunya pembaca fanatik, akhirnya jemu dengan berita-berita palsu dan fitnah.

Nik Abduh Nik Aziz juga baru-baru ini telah mengkritik Harakah kerana banyak melaporkan perkara palsu dan fitnah. Harakah tidak ada credibility, menurut tulisan beliau.

Di kedai yang menjual harakah pun mengakui harakah tidak laku dan ada yang tak terjual langsung dan kuning kering di dalam rak.

Jom memanccing esok

Esok Ahad 25 Disember jom memancing ramai-ramai di DUN Bagan Serai.
Hadiah lumayan menanti anda di sana.

SMM munafik

Presiden SMM Ahmad Syukri Abdul Razak sebuah pertubuhan haram pelajar IPT yang didalangi oleh Anwar Ibrahim betul-betul pembohong dan munafik.

Muka macam ini kalau tua nanti sudah pasti akan menipu rakyat jika diangkat menjadi pemimpin.

Selamba badak dia menafikan penglibatan Tian Chua dalam demo jalanan pada 17 Disember lalu,

Padahal kebanyaka blog telah mempamerkan wajah-wajah pemimpin Pkr, suaram dan suhakam turut serta dalam demo.

Presiden Aspirasi Mohd Shahar Abdullah mempersoalkan pembohongan SMM, " why was he (Tian Chua) there if he had nothing to do with it? "

Tian Chua pula dalam blognya menafika penglibatannya dalam demo yang dianjurkan oleh SMM.

Sekarang rakyat sudah nampak mainan politik kotor oleh pembangkang terutama PKR dan anak didik mereka SMM belum pun bergelar siswazah sudah munafik dan pembohong.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS vs PAS

Nampak jelas Pas semakin terdesak. Dewan ulama Pas yang diketuai oleh Datuk Harun Taib mempertahankan Datuk Dr Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden Ust Nasharuddin Mat Isa.

Kepimpinan parti ingin memecat dan mengenakan tidakan terhadap dua orang tokoh besar ini.

Kepimpinan Pas melihat dua nama ini memberi ancaman besar kepada tokoh-tokoh lain yang kurang kelayakan akademik mereka. Dr Hasan adalah berpendidikan sekular dan bekas PTD yang cekap dalam selok belok pentadbiran akan menonjol malah boleh menggugat Mat Sabu, Husam Musa, Mustafa Ali dan ramai lagi.

Dr Hasan bukan datang dari bawah, beliau adalah bidan terjun, sama seperti Nizar Jamaludin. Cuma bezanya Dr Hasan ali Ali pernah dibubuh pasir ke dalam periuk nasinya oleh Anwar Ibrahim pada tahun 1993 dahulu sehingga menyebabkan Dr Hasan hampir muflis.

Tidak mustahil, Anwar sekali lagi bertindak jahat untuk kali kedua bagi menggagalkan usaha Dr Hasan untuk menjadi orang nombor 1 dalam Pas.

Hasan Ali seorang yang tegas , berprinsip, komited dalam tugas dan perjuangannya. Dr Hasan juga memberi ancaman besar kepada Hadi Awang.

Dr Hasan sejak kali pertama bertanding telah disepak terajang sesuka hati oleh kepimpinan Pas.

Bermula sebagai giant killer di Parit Buntar dan sepenggal sahaja, tempat beliau dirampas oleh orang lain. Kemudian diterajang ke Dun Sungai Burung Selangor dan akhirnya ke Dun Gombak.

Dr Hasan akur kehendak parti tanpa membantah. Tetapi sampai bila dia sanggup akur dan dibuli oleh kepimpinan Pas, akhirnya amarah dan rasa kecewanya terpaksa dilepaskan di tv3 malam Rabu lepas.

Dr Hasan ternyata kecewa dengan dasar perjuangan Pas hari ini yang tersasar dari landasan sebenarnya.

Pas hari ini lebih utamakan harta rampasan perang. Masing-masing ingin membolot harta dan mengumpul kekayaan sendiri. Mengumpul isteri, kereta dan rumah besar.

Hari tiada lagi pemimpin Pas memandu kereta Datsun buahulu. Semuanya melaram dalam Mercedes, Toyota Fortuner, Lexus dan sebagainya.

Bila berlaku perceraian pula, tuntutan nafkah sepencarian mencapai tahap juta bukan lagi ribu-ribu. Hebat Pas hari ini. Hebat menfitnah, membawa cerita aib orang, mendoakan keburukan terhadap orang lain, meruntuhkan perpaduan umat, memecah belahkan masyarakat, menghasut dan menggugut adalah menjadi darah daging Pas hari ini.

Sekian bersambung/......

Saifuddin 'shocked' after rector stops UIA forum

Huh Dahsyat. Bang Nuar mesti suka

blogger Pas pun suka..
Hebat lah kakak ini..mor info masuk [sini]

Ugutan: Adam Adli lapor polis, terima notis tatatertib





KUALA LUMPUR: Pemimpin pelajar, Adam Adli yang menurunkan bendera memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di PWTC Sabtu lalu membuat laporan polis berhubung ugutan yang diterimanya.

Menurut peguamnya, Fadiah Nadwa Fikri, ugutan itu dipercayai diterima dari seorang anggota polis dikenali sebagai Ruslan Mokhtar.

“Ruslan dipercayai seorang anggota polis kerana pegawai polis di luar pondok Bukit Aman seolah-olah mengenalinya. Adam pergi untuk membuat aduan tentang ugutan yang diterima dan pada masa sama polis cuba membawa Adam.

“Kita mahu lihat anggota polis yang terlibat diambil tindakan kerana jelas ada ugutan dari pihak-pihak yang mempunyai kuasa,” dakwa beliau.

Ujar Fadiah , tindakan Adam yang menurunkan bendera itu hanya tidak mematuhi sivil dan bukan berunsur jenayah.

Katanya, tindakan itu boleh diterima di seluruh dunia malah pihak polis disarankan menghentikan sebarang ancaman terhadap mahasiswa terbabit.

Sabtu lalu, Adam bersama kumpulan mahasiswa lain mengadakan perarakan dari Masjid Jamek ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan seterusnya ke bangunan PWTC.

Apabila tiba di PWTC, pelajar berkenaan menyerahkan pula memorandum mereka kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah

Jumaat, 23 Disember 2011

Tan Sri Dr Abdul Hamid meninggal dunia

Bekas Penasihat Agama Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman meninggal dunia akibat serangan angin ahmar di pejabat beliau di Maju Junction Kuala Lumpur pada jam 4.45 petang tadi. Arwah berusia 72 tahun . Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penderma darah diperlukan segera

Noria binti Idris berada di ICU di Hospital Kota Bharu, keadaan sangat kritikal beliau perlukan darah jenis B dengan segera. Hospital perlukan penderma darah segera. Tolong sebarkan berita ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anwar semakin resah

9 Januari 2012 around the corner kata orang putih dan semakin gelabah si laknatullah Anwar Ibrahim.

Apa yang dilakunya ialah cuba menggerakkan tenaga mahasiswa SMM untuk mencetuskan huru hara di Kuala Lumpur pada hari tersebut.

Hari ini Khir Toyo telah dijatuhkan hukuman bersalah dan dipenjarakan. Maka semakin gentar buat Anwar untuk menunggu hari hukuman.

Mungkin Anwar sudah nampak pintu pagar penjara Sungai Buluh semakin mengganggu tidurnya.

Anwar rasa bersalah, dalam ucapan pameran pedang Rasullullah di Gurun Kedah pun beliau sudah membayangkan bahawa beliau akan dipenjarakan kerana hukuman meliwat Saiful.

Ini belum masuk kes melanggan pelacur china, mungkin Anwar selamat kerana Jais, Mais atau Jawi tidak menerima laporan isu china doll.

Cuma harapan kita isu China doll adalah merujuk kepada laporan palsu yang dibuat oleh Anwar dibalai Dang Wangi sahaja.

Kini rakyat menunggu dengan penuh sabar apa yang akan berlaku pada Anwar 9 Januari nanti dan apakah satu rusuhan besar akan dicetuskan oleh Anwar seperti yang berlaku 12 tahun lalu.

Harap pihak berkuasa dapat bersiap siaga untuk berhadapan dengan situasi yang bakal dicetuskan oleh Anwar.

Kepada ibu bapa sila nasihatkan anak-anak mereka yang berada di IPT supaya tidak melibatkan diri mereka dengan sebarang gerakan yang boleh disifatkan sebagai menentang pemerintah.