Isnin, 9 Julai 2012

#GudbyePKR

Anwar eloklah bersara awal dari politik kerana terserlah sudah PKR adalah Parti Kian Runtuh.

Konvensyen PKR Pulau Pinang semalam hambar kerana tiada sambutan. Di Perak PKR terpaksa import pelajar-pelajar kolej yang makan upah setiap bulan untuk jadi cyber trooper.

Anwar menghadapi pelbagai masalah sekarang. Sewaktu tengah gagah perkasa pada PRU 12 PKR menang 30 lebih kerusi, kini selepas dihimpit pelbagai skandal dan kontroversi PKR terus hilang arah.

MP mereka ramai yang lari, cabang dan ranting banyak yang sudah ditutup. Di Taiping PKR 100 peratus lumpuh.
berapa ribu kehadiran?

Pas Taiping kini ghairah memasang bendera 'bulan' di segenap ceruk. Pas juga turut menjadi pecacai Dap kerana ada beberapa orang lebai kera Pas yang tolong pasang bendera 'roket' tetapi tak ada sehelai pun bendera 'setan mata satu PKR' dinaikkan.

Patutlah Anwar merayu kepada penyokongnya supaya memberi peluang dia menang untuk ditabalkan sebagai Presiden pertama Republik Malaysia.

DAP parti Chauvinist Cina sudah pasti akan menuntut kerusi PM atau Presiden jika menang semua 89 kerusi akan datang.

Krisis perebutan Menteri Besar Perak selepas PRU 12 menjadi contoh bahawa mulut DAP memang tak boleh pakai, Karpal Sink dan Ngeh Ko Ham dengan lantang menentang undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak yang hanya membenarkan MB adalah seorang Melayu beragama Islam.

Itu di Perak, adakah Dap akan memberi ruang kepada Anwar untuk menjadi Presiden? Lidah biawak tidak akan berkata benar. Pergi mampus dengan Pas dan Pkr. Dap mesti jadi Presiden.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.