Selasa, 31 Julai 2012

Lakonan terancang MB Selangor dalam krisis air




Lori tangki yang menghantar air 'sumbangan kerajaan negeri Selangor' diletakkan di tepi jalan Taman Bukit Belimbing, Seri Kembangan 



Sebuah lori tangki yang besar 'milik kerajaan negeri' telah dikesan menghantar bekalan air bersih ke sekitar kawasan ini hari ini.

Penduduk sudah tentu gembira dengan kehadiran lori tangki tersebut, tetapi mereka turut keliru kerana lori tangki berkenaan mempunyai 'iklan' yang menyatakan 'bekalan air itu adalah sumbangan kerajaan negeri Selangor'.

Pada 'iklan' untuk menguar-uarkan kebajikan yang dibuat oleh 'kerajaan negeri Selangor' itu turut terdapat logo MPSJ (Majlis Perbandaran Subang Jaya) serta Jata Negeri.

Ini membuatkan penduduk di sekitar kawasan ini tertanya-tanya dengan sikap kerajaan negeri yang berkali-kali sebelum ini menegaskan Selangor tidak menghadapi krisis air.

Lori tangki itu dikesan menghantar bekalan air ke Taman Bukit Belimbing dan turut bergerak ke kawasan lain.

Bagaimanapun lori itu tidak dapat memasuki jalan taman perumahan kerana saiznya lebih sekali ganda lebih besar daripada lori tangki yang digunakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) untuk menghantar air ke kawasan sama.

Seorang penduduk Taman Bukit Belimbing, Budiman Ibrahim, 33 berkata, lori tangki air yang dihantar oleh kerajaan negeri itu hanya menghantar bekalan air di satu kawasan sahaja.

"Saya pun tak pasti mengapa tiba-tiba kerajaan negeri nak bantu penduduk di sini sedangkan Syabas ada menghantar air.

"Saya berharap jika kerajaan benar-benar mahu membantu rakyat, tolong selesaikan masalah air ini dengan segera kerana kehidupan kami terjejas kerana ketiadaan air yang telah berlaku hampir dua bulan," ujarnya yang ditemui ketika sedang mendapatkan bekalan air daripada tangki air Syabas.

Sementara itu, Pengerusi MCA Taman Sungai Besi Indah, Ho Kok Siong berkata, jika kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa tiada masalah air, mengapa mereka menghantar air ke kawasan tersebut.

"Malah, mereka juga dilihat seolah- olah mahu dianggap sebagai 'penyelamat' di atas krisis air yang berlaku.

"Terdapat kain rentang yang tertulis 'sumbangan kerajaan negeri' yang jelas menunjukkan mereka mahu dianggap sebagai wira.

"Bahkan, mereka juga sebenarnya tidak ikhlas dalam membantu penduduk di kawasan ini kerana lori diletakkan terlalu jauh sehingga penduduk terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkan air," katanya, yang mendapat maklumat mengenai kehadiran lori berkenaan daripada penduduk.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Serdang, Fong Lam Sang berkata, kerajaan negeri hanya mempolitikkan isu air dan bukan benar-benar mahu membantu rakyat.

"Jika mereka kata tiada masalah air, mengapa mereka hantar lori tangki berkapasiti 22,000 gelen ke kawasan ini?.

"Mustahil mereka tidak nampak lori-lori tangki air milik Syabas telah menghantar bergelen-gelen air setiap hari di kawasan yang mengalami gangguan bekalan air," ujarnya.

Wasabi Oyabun..