Rabu, 15 Ogos 2012

PAS merelakan Kafir Harbi menghalang pembinaan sekolah agama KAFA

Dalam satu wawancara atau talk show bertajuk  "Islam selepas PRU 13", jurucakap Pas dengan lantangnya menyatakan yang sakit dan senak perut selepas PRU 13 bukannya Islam tetapi UMNO.

Pas berbangga kerana bagi Pas kafir harbi telah menyokong Islam mengikut acuan Pas seperti mana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng.

"Umno dan BN selama ini gagal mempertahankan Islam, Umno terang-terang menolak Islam, menolak hukum Allah. Oleh itu selepas pilihanraya akan datang bukan Islam yang menjadi ancaman tetapi Umno yang terancam dan akan ditolak oleh rakyat".

Akan tetapi itulah kelentong Pas, cuba lihat sendiri gambar di atas, siapa yang bersekongkol dengan kafir harbi yang membantah pembinaan sebuah sekolah agama yang akan mengajar fardu ain kepada anak-anak orang Islam.