Selasa, 18 September 2012

Calon BN untuk DUN Kamunting N16.

Shalimin (kiri) Zahir (kanan)
Ramai yang berteka-teki dan tercari-cari siapakah Calon Umno untuk DUN Kamunting Perak. Gambar di atas adalah Y. Bhg. Dato Shalimin , Ketua Umno Bahagian Taiping bersama Adun N16 YB Dato Mohammad Zahir.

Zahir telah dicalonkan oleh pucuk pimpinan parti untuk menggantikan  Dato Malek ( Ketua Umno Bahagian ) dalam PRU 12 pada tahun 2008.

Shalimin pula telah dipilih untuk menjadi Ketua Bahagian Umno Taiping dalam pemilihan parti 2009 dan kini beliau adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak.

Kalau diikutkan hiraki Shalimin adalah calon yang bakal bertanding di Dun Kamunting. Bagaimana pun dalam Persidangan Perwakilan Umno Bahagian yang diadakan sebelum puasa,  Shalimin telah memberi sokongan padu kepada Zahir untuk terus menjadi calon Dun Kamunting dalam PRU akan datang.

Oleh itu Umno Taiping dan pengundi Dun Kamunting hendaklah memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Zahir sekiranya dicalonkan oleh pucuk pimpinan kali ini. Semua ketua-ketua bahagian di Perak telah pun berikrar tidak akan mensabotaj calon dan parti sekiranya mereka tidak dicalonkan kali ini.

Apa yang penting dalam pilihan raya akan datang ialah calon BN mesti menang.