Sabtu, 17 November 2012

Apa nak hairankan ramai lagi diluar sana yang perangai macam tu

Berita bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan yang menyertai Pas setelah bersara sedikit pun tidak mengejutkan Taipingmali. Ianya kerana sifat mereka menyokong pembangkang dan membocorkan banyak rahsia-rahsia kerajaan kepada pembangkang adalah dari golongan tersebut telah lama diketahui umum.

Kebanyakan daripada mereka menerima mazhab Pas sebagai amalan dan ikutan mereka sejak mereka menjejakkan kaki mereka di menara gading dalam atau luar negara.  Ini kerana pemimpin-pemimpin Pas kerap membuat lawatan dan memberi tazkirah supaya memilih Islam yang dibawa oleh Pas sebagai cara hidup mereka. Leeds University di UK salah satu sarang atau lubuk Pas untuk melahirkan ramai pengikut mazhab mereka.

Malah di Putrajaya pun jika diselidiki terdapat ramai pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang taksub dengan doktrin Pas. Mereka ini apabila bersara nanti akan mengisi borang keahlian Pas.

Ini belum ambil kira mereka di IPT dan IPG yang terdapat ramai totok Pas. Taipingmali mendapat maklumat bahawa totok-totok Pas di pusat-pusat pengajian tinggi tak ada kerja lain selain memburuk-burukkan kerajaan.

Sedarlah mereka bahawa gaji mereka cukup lumayan jika dibanding kan dengan profesor di Indonesia, Thailand, Filipina, Malah gaji kakitangan kerajaan Mesir yang dibangga dengan Arab Spring pun gaji mereka jauh lebih rendah dari kita.

Apa lagi yang tak betul dalam kerajaan?

http://azmykelanajaya.blogspot.com/2012/11/foto-setelah-kenyang-makan-gaji-besar.html