Rabu, 7 November 2012

BN sogok pengundi dengan lesen memandu RM 75 sahaja pasti lulus.

PKR hari ini menyebarkan satu berita angin kononnya kerajaan BN sedang membeli undi di Selangor dan Kuala Lumpur dengan menawarkan lesen memandu RM 75 untuk semua kelas.

Najib dikatakan membayar subsidi lebih 90% kepada syarikat kroni Umno BN untuk mengeluarkan lesen dengan hanya kursus 21 jam sahaja.

Kata mereka, Najib ingin menambah jumlah pemandu berlesen supaya mudah bagi kerajaan mengutip kompaun melalui kesalahan jalanraya.

Syarikat yang diberi hak untuk mengeluarkan lesen ialah Metro Driving Academy di Shah Alam.

Sebentar tadi Taipingmali menghubungi syarikat tersebut untuk mengesahkan berita tersebut.

Jawapan yang diberikan sudah tentu mematahkah hati kepada sesiapa yang termakan cakap PKR.

Ini kerana berita tersebut hanya rekaan PKR semata-mata. Tak percaya sila hubungi syarikat tersebut di 0133635859 .
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.