Khamis, 1 November 2012

PAS KG EXPO CURI LEMBU UMNO?


Majlis penyerahan lembu kedua pada hari Jumaat Masjid Kg Expo ( gambar dari fb Khalid Zan)
Penyerahan lembu korban bukan untuk buat kenduri

Akad

Cerita panas seperti kehilangan lembu di masjid Kampung Expo sehingga tok penghulu Azam buat repot polis pada malam Jumaat.

Kisah lembu dicuri oleh Umno riuh sampai ke mimbar Masjid Kg Expo. Selepas selesai khutbah solat sunat aidil adha, Tok Siak merangkap AJK Masjid Pak Mat Kastam Pencen telah membuat pengumuman kepada makmum, kata Pak Mat Kastam Pencen;


"Pihak masjid telah terima lembu kerajaan dalam jam 12 malam , lembu diikat dan diberi makan tetapi lembu itu hilang dari masjid pada jam 2.00 pagi. Saya pergi buat repot polis dan bila balik saya lihat lembu ditambat di bilik gerakan gerak gempur Umno Kamunting Jaya, kalau nak lembu minta, kalau tuan-tuan tak percaya boleh pergi tengok , lembu itu kita punya, kalau nak minta lah. bukan kita tak boleh bagi tapi mintalah. "
Cerita nya bermula apabila surat daripada YB Zahir kepada Penghulu Azam supaya pergi IPD untuk majlis akad dan penyerahan lembu.

Setiausaha Masjid sorok surat dan tak bagi kepada Penghulu Azam. ia seakan-akan Pas Kpg Expo tak suka dan tak mahu lembu yang diberikan oleh YB Zahir untuk buat korban.

Pada hari penyerahan Ketua Umno Kg Expo Saudara Muhd Radhi yang ada pada majlis tersebut telah menerima akad bagi pihak masjid.

[sebelum ini pun Radhi pernah menerima wang moreh bagi pihak masjid tetapi bila Radhi serah sendiri kepada masjid  mereka terima dan buat kenduri berbuka puasa, ramai juga orang Umno hadir untuk majlis berbuka dan moreh, tetapi muka Pas tak nampak masa makan moreh selepas maghrib , akan tetapi mereka pulun makan gulai ayam selepas selesai solat terawikh 8 rakaat]

Pada malam raya lori telah menghantar lembu tersebut ke masjid, tetapi diarahkan oleh Radhi supaya jangan serah kepada masjid sebab tak ada akad penyerahan kepada pihak masjid. Pada jam 2.00 pagi lori tersebut sekali lagi ke masjid dan mengambil lembu untuk diletak ditempat lain. tempat yang sesuai ialah di khemah kawalan malam gerak gempur Taman Kamunting Jaya.

Pak Mat Kastam Pencen si tok siak memanglah bengkeng orangnya. Tak sepatutnya dia mengeluarkan kata-kata yang sedemikian rupa. Dia si tua kutuk ini sepatutnya merujuk kepada Penghulu Azam, kerana segala salah faham telah di perjelaskan kepada beliau oleh PA Zahir.

Dia tahu lembu tersebut YB Zahir yang bagi tetapi dia tak sebut nama YB sebaliknya sebut lembu kerajaan. Apa hina sangatkah kerajaan dan nama wakil rakyat ( Zahir) . Pak Mat Kastam patut sedar dia itu hidup makan pencen kastam. semasa dalam tugas pakai kereta besar dan miliki banglo besar dua tingkat di Kg Expo.

Kecoh jugalah hari Jumaat lepas. Bagaimana pun Penghulu Azam telah pergi ambil lembu tersebut pada hari tersebut dan bawa balik ke masjid. Hj Ibrahim memaklumkan bahawa pihak Pas Kg Expo ambil lembu bukan untuk tujuan korban seperti yang diamanahkan dalam akad tetapi pihak mereka telah buat kenduri untuk makan anak bini mereka

Pas Kg Expo sepatutnya berasa malu kerana menuduh Umno curi lembu juga merasa malu besar kerana YB Dato Zahir, Dato Shalimin, Dato Tan Lian Hoe, ACP Md Yusof Diah Ketua Polis IPD Taiping telah datang ke Masjid Kampung Expo untuk menyerahkan seekor lagi lembu , jadi orang Pas Kg Expo dapat 2 (dua ) ekor lembu.

Apa...hangpa ingat Umno sengkek sangat ka?

YB Zahir telah memaklumkan bahawa kesemua lembu yang disedekahkan kepada masjid , surau dan lain-lian bukan duit kerajaan, bukan duit Umno tetapi ia adalah wang beliau sendiri...

Gambar majlis penyerahan lembu korban di IPD Taiping