Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Gangnam

Gangnam bermaksud 'Saya Ingin Menjadi Yahudi' sebarkan untuk Agama Islam. #ShareThis ! Subhanallah. Macam2 sekarang niehh !

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Salam Merdeka

Kalau Ada Dulang Di Tangan,
Jangan Sampai Jatuh Terhempas,
Kalau ada Kuasa Di Tangan,
Jangan Sampai Orang Lain Rampas....
Salam Kemerdekaan... Janji Ditepati 55...

Sedih melihat bangsa Melayu menjadi pecacai kepada setan-setan yang ingin menghancurkan bangsa, agama dan negara.

Bila bangsa sendiri kurang ajar, orang lain lagi kurang ajar, bak kata pepatah melayu. "Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari".

Sedih, sedih, sedih.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kurang ajar

Aksi Liar Pengikut #JanjiBersih di Dataran Merdeka

Senario PAS/DAP Kuasai Parlimen

Penulis tertarik dengan tulisan Timbalan Editor akhbar Sinchew Daily yang bertarikh 28 Ogos 2012 mengenai senario PAS menguasai Parlimen dan memperkenalkan undang-undang Jenayah Islam (hudud).

 Dalam artikel tersebut, beliau membayangkan seperti berikut: .

Pada satu hari di bulan September 2014 (setelah PR memerintah), Hadi Awang akan usulkan hudud di dalam Parlimen. Maka, PAS pastinya menyokong, DAP membantah dan PKR berpecah dua. BN pula, UMNO akan menyokong dan menyebabkan MCA, Gerakan dan MIC keluar..

Lalu, di dalam undi Dewan Rakyat kemudiannya, PAS dan UMNO akan mendapat majoriti dua pertiga lalu Malaysia pun menjadi Negara Islam acuan PAS..

Apa yang dibayangkan beliau bukan mustahil. Tetapi, tiada jaminan yang ia akan terjadi sepertimana yang beliau bayangkan. Ada kemungkinan ia terjadi begini: .

Setelah PR memerintah, Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan masing-masing Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2. .

Pada …

Bendera Republik Malaysia oleh Anwar

Ambang Merdeka: Will There Be Riot Tonight?

Rakyat would definitely be going out with family and friends to celebrate the eve of our 55th National Independence.

Meanwhile, with only a few hours left until midnight, a few of us cannot help but to ask what would happen tonight.

This is because as we are all aware of, our focus tonight would not just be on the celebration, there is also this political program which will be organized by NGOs backed by the opposition.

The hosting of the event is related to individuals who have been running BERSIH, an organization which had triggered street riots around Kuala Lumpur on July 9, 2011 and April 28, 2012.

Previously, they rallied on the name of NGO BERSIH, but things are different this time around, they will not be using NGO platform openly but they are still the very same people/.

Looking at the background and dark past of those who were involved in this 'Janji Bersih Assembly', many are wondering on whether tonight would still end up like the chaos which happened durin…

Pas parti sesat munafik

Castle Iron Kerajaan Pusat menerusi MOF telah membantu Kelantan diatas Defisit Akaun Mengurus sebanyak RM75,809,892/2010 & RM74,883,053/2011.//Fakta!!

Ini bermakna, tampa bantuan tersebut maka ramai yg tak dpt gaji. PAS & Nik Aziz tidak seharusnya menyembunyi fakta ini drp rakyat Kelantan sehinggakan mrk dilihat tidak bersyukur....

Diatas adalah FAKTA menunjukkan ada komen post di page Emma ini yg sebenarnya kaki dgr ceramah PR tetapi otak level bwh budak kindergarten...lain kali kalau tak ada maklumat iaitu fakta dan angka, jgn sembarangan bercakap sebab tak malu ke fb2 lain baca kenyataan kalian yg tak berasas, sebab itu DAP amat mudah memijak kepala Melayu2 spt kalian sebab apa??sebab bodoh tahap jamban!

Bangla Umno

Pemimpin Pas seperti Mat Sabu kerap buat  lawak dalam ceramahnya mengenai pengundi hantu dan pengundi Bangla yang akan menjadi pengundi pada PRU 13.

Menurut Pas, Umno sedang giat memberikan kerakyatan kepada pendatang asing seperti Bangla, Myanmar, [ Mat Sabu lupa sebut Pakistan jual karpet dan Awang Hitam Afrika].

Kenapa Pas mesti takut dengan pendatang seperti Indonesia, Bangla, Myanmar dan sebagainya yang menetap di Malaysia dan akhirnya menjadi warganegara.

Ini menunjukkan Pas menjadi balaci kepada Dap. Parti Chauvenist Cina ini yang sepatutnya risau kerana jumlah bangla dan lain-lain akan menyebabkan jumlah pengundi Dap berkurangan, tetapi Dap tak berani cakap, mereka suruh Mat Sabu dan cai-cai Pas yang bercakap bagi pihak Dap.

Ambil contoh di Borneo, Sabah dan Sarawak. semasa Inggeris berkuasa, kedatangan imigeren dari Tongsan datang dalam jumlah yang cukup besar, hari ini jumlah mereka menjadi 80 % daripada jumlah penduduk.

Di Sibu, Kapitan Wong Nai Siong membawa masuk lebih 2…

Bila Pas nak beli bas macam Anwar ?

Apabila Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak datang ke Perak dan naik bas bersama Menteri Besar Perak, Dato Seri Dr Zambry, Pas kutuk kaw-kaw.  Begitu juga bila Najib rasmikan bas khidmat Umno Bahagian Bagan Datuk, Kawasan Dr Zahid Hamidi...Pas kutuk juga..

Kini Kerajaan Selangor beli bas khas untuk bawa punaisihat Anwar Ibrahim, bila Pas nak kutuk, TM dah tunggu banyak hari dahh, tak ada satu pun kutukan dari Pas....

Pas pula bila nak beli bas bagi kepada Nik Aziz atau Hadi Awang???

UFB Cium Dahi Nik Aziz

Published on Aug 29, 2012 by abuaqif
http://abuaqifstudio.blogspot.com/

Komen Abu Aqif: Time diaorang tulis surat boleh pulak.. Time kita tulis surat tak boleh.. Diaorang buat apa semua boleh.. Kita buat semua tak boleh.. Apa da..

Lepas tu, boleh pulak dia kata belum baca surat tu lagi. Ada ka patut. Kerja senang macam ni pun tak boleh buat ke..? Camna nak memerintah negara..? Aku dulu masa sekolah rendah pernah hantar kad raya kat Tun M. Aku tulis kat sampul surat tu "Perdana Menteri Malaysia" je... Aku tak tulis alamat pun sebab tak tau alamat. Ala.. time budak kecik, mana la kita tau.. Bukan kata tak sampai. Aku siap dapat balasan lagi.. Takkan nak bagi alasan alamat kot. Kan dah terang tulis nama TG Nik Aziz tu. Come on la.. dah memerintah berapa lama kat Kelantan, takkan bab surat pun fail.

Lepas tu menipu pulak. Dia kata ":..siapa Fathul Bari.." Kalau tak kenal, sah la tak boleh jadi ketua lagi. Yang anak buah dia semua dok berforum dengan UFB tu apa..?? TG N…

Ustaz Azhar Idrus sesatkan PAS?

Tahaluf Siyasi - PAS bersungguh sungguh menyakinkan penyokong sendiri,tetapi sebaliknya perancangan peringkat tertinggi kepimpinan PAS sebenarnya lari daripada matlamat yang sebenar.

Azan,solat,khutbah dan Al Quran itu Politik - Nik Aziz

Komen Nik aziz atas kenyataan Tun Mahathir - "Better the devil you know"

Kerajaan PR Selangor Gagal Ransang,Bangunkan Ekonomi - ADUN Kuang 29/8/2012

Published on Aug 29, 2012 by klposdotcom
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuang,Tuan Abdul Shukur Idrus Berkata Kerajaan PR Selangor Gagal Ransang,Bangunkan Ekonomi.Beliau Mengulas Isu Pemberian Air Percuma,Pengeluaran Pasir Melampau Dan Jual Tanah.Beliau Berkata Demikian Pada Majlis Rumah Terbuka Datuk Seri Noh Omar

Maklumat Lanjut Layari
http://www.klpos.com

Pembangkang Sudah Bankrap Idea

Lebih Baik Pas Tutup Kedai, Jadi Hamba Setia DAP, PKR

Perang mulut antara Pas, DAP dan PKR berhubung isu hukum hudud masih belum reda malah terus membara.

Keadaan semakin genting bagi pakatan politik tiga parti tersebut yang sudah tentunya akan mengugat keutuhan Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Walaupun isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas bukanlah sesuatu yang baru namun ia kembali menjadi panas dan bahan polemik sejak kebelakangan ini akibat sikap parti Islam itu yang kini dilihat berdolak dalik dan tidak teguh dalam pendiriannya.

Pada satu pihak, DAP dilihat konsisten dengan penentangan tegasnya terhadap sebarang usaha oleh Pas untuk melaksanakan undang-undang syariah jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Ini berlainan pula dengan pihak Pas yang terpaksa menukar warna politik dan mengorbankan prinsip perjuangannya daripada ‘Negara Islam’ kepada ‘Negara Kebajikan’ semata-mata kerana hendak menyesuaikan dengan kehendak dan agenda politik DAP, sebuah parti politik perkauman Cina yang amat rasis dan secar…

Pelajar Tahfiz bunuh penceroboh di Kedah

Kelmarin negara dikejutkan dengan berita penceroboh sebuah tahfiz telah dipukul oleh pelajar sehingga mati.

Sebelum itu satu keluarga India telah membuat sidang media di ibu pejabat Pkr Tropicana dan menuduh polis sengaja membunuh anaknya seperti cerita cowboy "wild wild west".

Beberapa peguam Pkr dengan muka celakanya begitu teruja mengadakan sidang media.

Sebelum-sebelum ini mereka juga galak dan gelenyar untuk mengadakan sidang media membela penjenayah di Parlimen seperti isu ketuk ketampi oleh Teresa Kok.

Harap pihak peguam dan Dap segeralah ke Kedah untuk membuat pembelaan terhadap simati dengan menghimpunkan kaum keluarga mangsa dan mengkritik pelajar tahfiz tersebut. Mintalah pembelaan agar pelajar tahfiz dituduh kesemuanya dan minta pusat tahfiz ditutup serta merta.

Kejadian kematian di tahfiz adalah kali kedua selepas seorang guru yang memukul seorang kanak-kanak sehingga mati beberapa tahun dulu.

Peguam juga perlu mendesak menteri besar Kedah meletakkan jawat…

Sah Sewelllll

Nik Aziz: Semuka, tak payah guna surat

WARTAWAN SINAR HARIAN
29 Ogos 2012

KOTA BHARU - "Tidak payah guna surat untuk mengajak saya berbincang isu hudud ini. Siapa dia, saya tidak kenal dia, dia pun tidak kenal saya. Demikian luahan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung surat rasmi dihantar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda
Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya kepadanya bagi membincangkan isu hudud.

Nik Aziz mempertikaikan tindakan Fathul Bari yang disifatkan lebih gemar membuat bising di akhbar mengenai surat rasmi tersebut.

Beliau berkata, sewajarnya Fathul Bari perlu bersemuka secara terus dengannya sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana itu.

"Kalau dia (Fathul Bari) hendak jumpa saya, dia patut jumpa saya secara seorang tidak payah buat bising dalam surat khabar," katanya selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Sel…

Sumbang Mahram pulak!

Jerantut - Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.

Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.

Bagaimana pun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional.

Mahathir tolak hudud Pas kerana ia hudud politik

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak hudud Pas adalah kerana ia tidak berlaku adil kepada masyarakat Islam, Hudud Pas lebih kepada politik semata-mata, Allah menguji Pas dengan kes Khalwat Mat Sabu dan Normah dan ternyata Pas Kelantan telah mempermainkan hukum hudud dengan membebaskan Mat Sabu.

Tun Mahathir  menegaskan beliau selama ini hanya menolak hukum hudud yang diperjuangkan Pas dan tidak pernah sesekali menolak hukum syariah itu seperti terkandung dalam ajaran Islam.Ini kerana hukum hudud yang diperjuangkan parti Pas itu cenderung untuk berlaku tidak adil kepada masyarakat Islam di negara ini.Sebagai contoh katanya, di bawah 'hudud Pas', seseorang beragama Islam yang didapati bersalah mencuri akan dipotong tangan sementara bagi bukan Islam akan hanya dihukum penjara sekiranya didapati bersalah."Saya tak boleh sokong itu kerana tak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, ia tidak Islam. Islam tuntut supaya apabila kamu hukum, hukumlah deng…

Ucapan Penangguhan Oleh Saudara Saiful Rizal Sempena Mesyuarat Perwakilan

Meter Pukal Alasan Dangkal - Pengerusi GPRS 28/8/2012

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS),Datuk Sohaimi Shahadan Berkata Isu Meter Pukal Adalah Alasan Yang Dangkal. GPRS Juga Akan Sediakan Khidmat Peguam Percuma Kepada Penduduk di Negeri Selangor Yang Ditipu Kerajaan Negeri itu. Beliau Berkata Demikian semasa Sidang Media Isu Air Percuma yang diadakan di Shah Alam pada 28 Ogos 2012.

Khemah Jualan Gudang di Kamunting Runtuh Malam tadi

Akibat hujan lebat yang turun sekitar 11.00 malam tadi telah menyebabkan khemah runtuh. Banyak barangan perabot seperti meja, kerusi, katil, tilam rosak akibat hujan. Kebanyakan produk adalah produk import dari China.

Minggu lalu, pokok hujan-hujan di Taman Tasik Taiping tumbang, juga kerana hujan lebat.

Teringat kes 173 buah rumah di Sungai Bayor Selama musnah kerana hujan dan ribut. Seorang rakan memaklumkan hujan ribut di Selama adalah kerana solat hajat dan doa daripada Pas Larut .

Mereka mendoakan agar diturunkan bala dan runtuh kepada  40 buah khemah program perasmian mini RTC ,memohon akan pentas utama tempat TPM berada  runtuh dan musnah,  Pas juga mohon agar helikopter yang membawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin jatuh terhempas. [ terkedu TM apabila ustaz tersebut menceritakan bagaimana orang Pas Larut sanggup membuat perkara-perkara keji memohon bala diturunkan kepada sesama umat] .

Sebab itu ulamak-ulamak pondok hari ini berani menentang Pas kerana kesesatan me…

Wajib tumbangkan Kerajaan Zalim..

Azhar marah sebab harga Ferrari mahal di Malaysia,,,kerajaan sekarang kerajaan zalim,,,,heheheh,,,bodoh p punya azhar

Azhar Idrus pandu F460, cai Pas tak pasal2 naik angin

Tergelak TM baca komen penyokong Azhar Idrus di Facebook.

Kata dia " Lantak pi lah Azhar Idrus nak pakai Ferrari ka, hapa ka, yang korang sakit hati pasal apa?"

Hehehe! Marah betul dia, dulu Nizar Jamaludin sibuk pasal www 1, tu tak apa pula, Harakah sibuk dengan Bugati Vyron Mokhzani Mahathir tak apa pula.

Apa jenis manusia Pas ni, depa kritik orang lain boleh, bila kena batang hidung sendiri pandai sakit telinga pulak?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rakyat Indonesia menikmati harga kereta lebih murah dari Malaysia.

Beruntung lah rakyat Indonesia kerana mereka mampu membeli kereta Honda jazz, toyota altis, jauh lebih murah dari negara kita, rakyat mereka juga menikmati gaji jauh lebih tinggi berbanding rakyat negara kita, oleh sebab itu ramai anak-anak gadis kita bekerja sebagai pembantu rumah di Indonesia, lelaki Malaysia juga ramai yang bekerja di ladang-ladang kelapa sawit di Sumatera dan Jawa, Ramai yang berniaga mee bandung di kota Jakarta, Bandung dll...
http://taipingmali.blogspot.com/2012/08/lagi-pembohongan-harga-kereta-honda.html

PAS Mahu Singkir Nasharuddin Kerana Syiah

Cakap-cakap yang sedang hangat kedengaran sekarang banyak menjurus kepada kemungkinan besar bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan berdepan dengan penyingkiran dari parti tersebut.

Jika ianya menjadi kenyataan seperti diramalkan oleh sesetengah penganalisis politik tempatan bermakna ia akan menjadi sejarah hitam buat PAS kerana baru sahaja kira-kira 8 bulan lalu parti itu memecat bekas Naib Presidennya, Hasan Ali.

Berbeza dengan pemecatan Hasan sebelum ini yang dilakukan tanpa sebarang peluang pembelaan diri, dalam kes Ustaz Nasharuddin terdapat cadangan untuk membenarkan beliau memberi penjelasan atas beberapa kenyataan kerasnya yang ditakrifkan oleh ramai pemimpin PAS sebagai melanggar dasar parti.

Bagaimanapun, tidak semua pemimpin PAS di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan yang bersetuju dengan tindakan PAS yang sejak kebelakangan ini dilihat terlampau keras terhadap perbezaan pandangan sesama pemimpin parti tetapi dimasa yang sama pula ternampak jelas agak lunak bila…

Penjual minyak diesel kena tipu dengan Indon

Tauke minyak kena tipu dengan indon.  Persoalannya adakah tauke ini menjual minyak secara haram atau senang cakap beliau menyeludup minyak-minyak subsidi yang dibeli dari nelayan dan stesen minyak?

IPOH: A businessman realised it too late that five potential 'customers' had turned out to be as slimy as the diesel he had sold them.
Earlier, the 53-year-old parted with 100,000 metric tonnes of diesel after receiving a RM925,000 bank draft from the five who had arrived from Indonesia for the transaction.
Just when he thought he had secured a good deal, the businessman discovered to his dismay that the bank draft was a fake.
Perak police chief Datuk Shukri Dahlan said the victim lodged a police report on Aug 23, after a bank here confirmed that the RM925,000 bank draft was a fake.
He said, acting on the report, a police team raided a hotel here early Monday morning, and detained five Indonesians to facilitate investigations into the scam.  Harap pihak yang berwajib dapat memberi jawapa…

Mansor Akan Disingkir Selepas PRU 13

Tentunya tika ini saban malam Datuk Mansor Othman yang merupakan Timbalan Ketua Menteri I (TKMI) Pulau Pinang mengalami masalah kesukaran untuk melelapkan mata gara-gara kontroversi minit mesyuarat yang sedang tersebar sekarang.

Rentetan dari penyiaran transkrip perbualannya dalam pertemuan bersama beberapa orang pemimpin PKR itu, bukan sahaja telah mencetuskan keraguan dikalangan ramai penyokong PR khususnya DAP dan PAS, malah turut mengundang kemarahan ramai pemimpin pembangkang yang lain.

Dalam perbualan yang dideadahkan oleh blog gelagatanwar.wordpress.com itu, antara intipati kenyataan mansor yang disiarkan ialah memperlekehkan kewibawaan Lim yang digelarnya sebagai 'tokong, angkuh dan sombong'.

Selain itu, Mansor juga mengarahkan pemimpin PKR yang lain bersedia dengan nama calon PKR keturunan Cina bagi menghadapi kemungkinan terpaksa berdepan pertandingan tiga penjuru dengan DAP.

Kritikan dan cercaan yang dilemparkan oleh Mansor terhadap Ketua Menteri Pulau …

Ust Azhar 'youtube' Idrus kawin baru bini no 3

Melayu Makan Babi Di Pulau Pinang kena serang sakit jantung

Ini adalah video di mana pak harun yang mengaku makan babi di serang sakit jantung dekat padang kota,Pak harun yang terkejut dengan pendedahan pemuda barisan nasional pulau pinang .beliau yang rasa tertekan apabila dirinya berjaya di tipu oleh puak puak DAP kini terlantar di hospital pulau pinang...saksikan video yang dramatis ini...sekian.
http://matkilaupenang.blogspot.com/2012/08/pak-harun-melayu-makan-babi-di-serang.html

Selesai Segera Masalah Jeti Terbiar Dan Pulau Mentagor

Kerajaan negeri mahu masalah jeti awam di Sungai Pinang Kechil, Pulau Pangkor yang terbiar hampir 10 tahun lalu diambil tindakan segera, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau telah berbincang dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga Ahli Parlimen Lumut bagi mencari jalan untuk memastikan kedua-dua projek itu tidak berterusan dalam keadaan terbiar.

“Kita akan fikir sama ada jeti awam itu mahu diserahkan kepada Perbadanan Pertanian Negeri Perak ataupun Persatuan Nelayan Pangkor untuk dibangunkan semula,” katanya.

Beliau berharap masalah itu dapat ditangani segera dan usaha tersebut diharap mampu menukarkan jeti itu dari kawasan yang terbiar kepada pusat perhentian nelayan serta kegunaan lain.

Sementara itu, Kong berkata, pihaknya melalui Jabatan Laut telah mengarahkan pegawainya meninjau kesesuaian kawasan tersebut samaada untuk dijadikan aktiviti nelayan atau dibangunkan dengan projek bangunan pejabat sahaja.

“Pegawai saya sedang berbi…

Cubaan DAP P.Pinang Burukkan Imej BN Dengan Bangkitkan Undang-Undang Antilompat

MCA Pulau Pinang berpendapat keputusan DAP negeri untuk membentangkan undang-undang antilompat adalah tindakan yang salah kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan untuk berpersatuan.

Setiausaha MCA Pulau Pinang Lau Chiek Tuan berkata tindakan itu boleh ditafsirkan sebagai tindakan politik untuk menggambarkan bahawa DAP sebagai baik dan dalam masa sama memburukkan nama baik kerajaan Barisan Nasional.

“Secara ironinya, DAP sendiri menerima anggota parti yang melompat parti dari Umno bagi menaikkan imej mereka sebagai mesra orang Melayu dan pemimpin DAP yang lain berdiam diri berhubung tindakan dua Anggota Parlimen Sabah baru-baru ini dan mengalu-alukan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari Umno menyertai DAP,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Lau berkata orang ramai perlu sedar bahawa ramai anggota Parti Keadilan Rakyat adalah mereka yang melompat parti seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bekas anggota Umno dan menter…

Tazkirah oleh Ustazah Wonge.

Rajin lah pergi ke surau atau masjid di Selangor kerana ramai ustazah-ustazah comel yang bijak bistari sedang giat memberi ceramah agama. Ustazah di atas sedang menyampai kan ceramah berjudul " Jimak".


MB Rai Aidilfitri Bersama Warga Pangkor

PAS : Lebih baik setan yang dikenal daripada malaikat yg tak dikenal.

Hadi Awang ni bongok ka apa?

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/12671-kenapa-umno-berdolak-dalik-dengan-hudud

Dalam Harakkah Hadi Awang kata Umno berdolak dalik dengan hudud..

Apa dah jadi dengan Hadi Awang si keparat ini....

Sapa yang dok cetak sticker hudud dan edar kepada ahli untuk lekat pada kereta dan motosikal?

Siapa yang cetak T Shit tulis HUDUD?

Siapa yang dok galak berceramah tentang hudud?

Siapa yang yang sambut Hari Hudud? [ lama dah Pas tak buat majlis memperingat hudud]

Kalau Pas benar-benar nak laksanakan hudud kenapa tak jatuhkan hukum hudud kepada Mat Sabu yang berkhalwat dengan Normah di Hotel Perdana, sedangkan penangkapan tersebut 'live telecast di tv3'

Kalau nak buat hudud kenapa dah hudud kan Anwar Ibrahim yang main cina doll dan meliwat.[ Mat Sabu pun pernah gelar Anwar sebagai Aljuburi nak cakap apa lagi?]

Kalau nak buat hukum hudud kenapa tak hukum saja penjenayah dari penyokong Pas yang merosakkan harta benda awam dan memukuk polis pada perhimpunan bershit? [ faham kah…

Pak Kadiaq dah menyesai dok kutuk Umno

Pak Kadiaq atau Mr Bow Tie dah insaf , dah menyesal, dah bertobat dah...janji tak mau kutuk-kutuk Umno lagi...sebab Umno lah yang banyak berjasa kepada dia,,,tengok anak bini dia semua senang lenang sebab rezeki Umno.

Yang tak sedaq diri pun ramai lagi diluar sana,,,bila mai bab duit depa kata duit kerajaan, duit kerajaan duit rakyat....piiirah....600 juta ringgit sapuu tetapi ayaq paip berkarat...berrdanoq macam ayaq jamban...tu salah sapa? Salah rakyat juga kaa sebab duit 600 juta duit rakyat....


Selepas sebulan diikat, setan dan iblis mula bebas kembali

Masa kecik-kecik dulu, ustaz ajar kita bahawa dalam bulan puasa semua setan dikena kurung. Depa tak kacau kita lagi, pasai tu kita jadi rajin pergi masjid dan menunaikan semua perintah Allah.

Habis puasa setan mai balik untuk hasut kita, fitnah kita, melaga-lagakan kita, memecah belahkan persaudaraan sesama Islam. Paling menjengkelkan bila umat Islam dikafir harbikan oleh setan-setan ini.

Setan ni ada macam-macam jenis, ada bapa setan, bapa segala setan-setan, anak setan, cucu setan dan cai-cai setan yang ekor-ekor tu.

Nak tengok mereka? Tunggu malam 31 Ogos nanti, macam-macam jenis setan akan muncul.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pengajaran dari lagu "Dendang Perantau oleh P. Ramlee

Siapa yang mencemarkan lagu Dendang Perantau?Koleksi lagu raya yang paling kerap didengar di setiap stesyen radio ialah lagu nyanyian dan ciptaan P.Ramlee, Dendang Perantau. Kekuatan lagu ini ialah ia begitu menyentuh perasaan perantau sehingga boleh membuat jiwa si perantau bergelora. Si perantau tanpa sedar akan menangis dengan linangan air mata jika terpaksa berhari raya di perantauan.Di antara bait-bait lagu yang menyentuh ialah Di hari raya,Terkenang daku kepada si dia, Kampungku indah nun jauh di sana, Ayah serta bondaku. Di tepian mandi, Danauku hijau yang aman damai selalu, Nun di sanalah tempat ku bertemu, Aku dan dia. Apakan daya, Masa tak akan kembali, Hancur musnahlah semuanya, Impian yang murni, Tinggal menjadi kenang-kenanganku, Hanya rangkaian kata dan lagu, Dendang perantau.Walaupun sudah tidak ada lagi danau hijau yang aman damai kerana musnah oleh tangan-tangan rakus pembalak haram dan halal tetapi generasi hari ini tetap menangis apabila mereka mendengar lagu ini. U…