Isnin, 14 Januari 2013

Pok Nik kalah dengan ugutan

Nampaknya Nik Aziz terpaksa menarik balik kenyataan sebelum ini yang membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible bahasa Melayu kerana takut kehilangan undi akar umbi Pas.

Sudah ada suara bantahan sebahagian besar ahli Pas termasuk pemimpin kanan Pas seperti Dr Harun Din dan lain-lain dalam majlis ulama.

Dengan itu, Mat Sabu dan Khalid Samad yang sebelum ini adalah penyokong kuat yang membenarkan kalimah Allah juga akan menarik hand brake kerana takut hilang sokongan akar umbi.

Sah! Pas boleh bersifat seperti gaji yang boleh disorong dan ditarik bila perlu.

Bayang betapa mudahnya Pas mengubah pendirian mereka dalam sekelip mata. Esok atau lusa Harakah juga akan memutar belit isu kalimah Allah kononnya ia adalah modal terdesak Umno menuduh Pas, pada hal Pas sememangnya sudah lama tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah dalam bible Melayu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.