Rabu, 27 Februari 2013

Pas Taiping dan Bukit Gantang semakin moroyan



Sebuah surau dalam Parlimen Bukit Gantang di Kampung Banggol Rendang,Changkat Jering telah dijadikan pos BN oleh ahli UMNO di sini.Surau in wakaf orang kampung dan bukan terletak di tanah persendirian.Walaupun telah ditegur supaya membuangkan bendera BN itu, Ketua UMNO di sini tidak peduli.Ketua UMNO Bahagian pun tidak ambil pusing ,sejak nama beliau digugurkan daripada senarai calon di Bukit Gantang. Orang UMNO kini semakin derhaka dengan Sultan Perak.

Ayat di atas adalah di salin daripada sebuah laman blog Pas Bukit Gantang. Beliau marah kerana surau tersebut memasang bendera Barisan Nasional, sebuah PANJI PERJUANGAN KOMPONEN 14 PARTI SELURUH NEGARA.

PAS, PKR dan DAP ada PANJI?

Untuk makluman Pas, jangan lah pandai menegur orang, kerana diri Pas sendiri pun tak ikhlas dalam perkara di atas, Pas buat semua boleh bila BN buat semua tak boleh.

Baru-baru ini Pas Bukit Gantang telah membuat laporan polis membantah penggunaan balai raya yang dijadikan bilik gerakan oleh BN.

Masih ingat kah anda pada 8 Mac 2008, sebaik sahaja pembangkang di isytiharkan menang di Perak, Orang Pas telah menyerang dan merampas Dewan Orang Ramai yang menjadi Bilik Gerakan BN,  masih ingatlah bagaimana rakusnya Pas Pulau Pangkor menyerang balai raya dan dewan dan mengoyak gambar Dr Zambry dan memijak-mijak gambar dan membakar poster Dr Zambry.

Tindakan Pas Pangkor samalah seperti tindakan rakyat Iraq dari fahaman Syiah yang meruntuhkan statue Sadam Hussin. Tindakan Pas di Pangkor boleh disamakan dengan tindakan Syiah di Iraq.

Di Taiping, Larut dan Bukit Gantang tindakan sama dilakukan oleh Pas, mereka memecahkan kunci dewan dan menguasai dewan pada malam itu juga, Pada Isnin 9 Mac 2008, Pas dengan kejam telah mengunci dewan-dewan orang ramai yang menempatkan kelas tadika Kemas, mulai saat itu banyak tadika kemas ditutup sehingga ke hari ini.

Masalah surau dan masjid. 

Di Perak usaha Pas untuk merampas kuasa pentadbiran masjid telah dibuat pada awal tahun 90an. Anak kariah masjid terutama ahli Pas telah mendesak supaya jawatan kuasa masjid di rombak dan pelantikan jawatan kuasa baru dibuat.

Oleh kerana AJK yang ada kurang peka dan faham dengan enakmen pengurusan masjid mereka terpedaya dengan desakan jahat anak kariah dari golongan munafik Pas.

Dengan strategi untuk merampas pengurusan dan pentadbiran masjid, Pas telah membawa banyak penyokong yang bukan anak kariah untuk membantu rampasan tersebut. Maka sejak itu banyaklah masjid-masjid di seluruh Perak dan Malaysia telah ditawan dan dikuasai oleh Pas.

Sejak itu banyak masjid di Perak telah bertukar menjadi Markas dan pusat tarbiah Pas, contoh yang ketara ialah Surau Diri Jumaat Kampung Expo Kamunting dan kini dikenali sebagai Masjid Jamek Kampung Expo, ( Pembinaan Masjid adalah daripada Jabatan Perdana Menteri zaman Pak Lah).

Lebih menyedihkan apabila ahli jawatan kuasa yang lama di herdik, dihalau dan diharamkan memijak masjid tersebut oleh Pas Kampung Expo.

Pada PRK Bukit Gantang 2009, Masjid Kampung Expo telah menjadi hotel atau rumah tumpangan ahli-ahli Pas dari luar, mereka berkhemah dan menjadikan masjid tempat menyediakan makanan untuk jentera Pas di Bukit Gantang. Hampir semua masjid telah dijadikan markas Pas dan menyedihkan apabila orang-orang Umno yang hendak menunaikan solat di masjid telah dihalau oleh unit amal kerana mereka jijik melihat orang yang memakai baju lambang BN.

Jumaat ini 1 Mac Pas Taiping akan sekali lagi akan menggunakan Masjid Kampung Expo untuk majlis Munajat bagi Muslimat Pas, majlis akan bermula pada jam 4.00 petang sehingga lewat tengah malam dan program ini akan dipenuhi dengan tazkirah-tazkirah politik dari awal hingga ke akhir.

Dalam ayat di atas pada baris yang bawah tertulis " Umno kini semakin derhaka dengan Sultan Perak" merupakan satu luahan munafikun oleh Pas kerana ayat tersebut seperti meludah ke langit sahaja.

Sedarlah rakyat Perak bahawa Pas kini sanggup memperdaya kan pemikiran rakyat dengan pembohongan yang memfitnah. Ia juga umpama pepatah melayu ' kuman di seberang lautan nampak, bangkai gajah depan hidung buat-buat tak nampak".