Rabu, 24 April 2013

CALON DUN NI6 KAMUNTING....BENARKAH PROFIL DIRIMU.?



Semalam aku telah mendapat maklumat daripada sumber dalaman PAs Kawasan Taiping dan ianya amat-amat boleh dipercayai. Menurut sumber dalaman PAS Kawasan Taiping itu yang nampaknya tidak berapa senang hati dengan calon PAs bagi DUN NI6 Kamunting kali ini. Rupanya PAs juga telah berpecah dan tidak mendapat sokongan padu dari kalangan ahli-ahlinyasendiri. Rupanya indah khabar dari rupa saja..alahai ingatkan hebat sangat parti yang mendakwa Islam ini.

Menurut sumber dalaman mereka itu ada kemusykilan tentang profil calon DUN NI6 Kamunting ini iaitu dari segi kelulusannya. Mulanya aku sukar nak percaya kerana mustahil seorang yang bergelar ustaz akan berbohong tentang profil dirinya. Menurut sumber dalaman PAs itu, dia musykil apakah benar calon PAs bagi DUN NI6 Kamunting itu memiliki diploma dan ijazah sebagaimana yang dikeluarkan dan tersiar pula dalam akhbar Sinar Harian beberapa hari lepas.

Dalam profil dirinya dinyatakan bahawa beliau adalah pemegang Diploma Pengajian Islam Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Bimbingan Dan Kaunseling Islam) Universiti Ar-Raniry, Acheh..Hebat tu....

Lalu semakan dibuat di laman web Universiti Malaya semalam dan didapati tiada pengajian Diploma Pengajian Islam yang ditawarkan oleh Universiti Malaya. Pengajian peringkat diploma yang ada di antaranya ialah Executive Diploma in Usuluddin Studies dan itupun bersifat kerjasama di antara Pusat Pendidikan Berterusan (UNCCeD) dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Rasa-rasa aku yang bodoh ini le, diploma itupun tidak diiktiraf oleh badan sah seperti LAN, MQA dan sebagainya..Jadi aku mintaklah supaya perkara ini disahkan sendiri oleh calon yang berkenaan supaya pengundi-pengundi di DUN NI6 Kamunting ini tidak tertipu. Lagipun setahu aku yang bodoh ini la..Universiti Malaya tidak menawarkan diploma melainkan bersifat UNCCeD sebagaimana di atas..

Lagi satu sumber itu juga memberitahu bahawa calon berkenaan juga tidak habis belajar di Universiti Ar-Raniry, Acheh tu..Katanya separuh jalan sahaja. Yang ini aku tak mahu percaya sangat kerana takkan seorang ustaz nak berbohong..berdosa tau. Apapun hanya calon berkenaan yang tahu dan hanya dia yang boleh sahkan kebenarannya. Lagi satu kenapa calon ni meletakkan jawatan sebagai Penolong Kanan Maahad Lil-Banat, Kamunting beberapa tahun lepas..apakah ada kaitan dengan "kelulusannya"? Apapun penjelasan perlu dibuat supaya rakyat di DUN NI6 Kamunting ini tidak tertipu dengan semua yang dipaparkan dalam profil ustaz tu..

Kata sumber dalaman itu lagi, calon berkenaan juga tidak mendapat sokongan dan kerjasama daripada bekas calon-calon PAs bagi DUN Kamunting yang lepas-lepas. Kemana perginya Ustaz Monalito dan Ustaz Apardi. Apatah lagi mereka adalah anak tempatan dan sudah tentu mereka sepatutnya membantu calon baru mereka ini.. Calon ini pula hanya berkempen dengan calon bebas DUN Aulong dan kemana perginya calon DAP yang menjadi kekasih mereka..kenapa tidak bersama? Apakah mereka sebenarnya sesama sendiri tidak sehaluan? Mungkin ada benarnya...

Lagi satu aku dengar calon ni adalah Imam Masjid Maimun, Kamunting dan masih menerima elaun bulanan daripada MAIP di bawah Kerajaan Negeri Perak. Khabarnya tugas-tugas Imam kat situ pun tak dijalankan dengan sempurna, ada masa ada dan ada masa tiada kerana sibuk dok pi mengajar kat luar..Itu amanah tu Ustaz, jangan buat main-main. Kalau sebagai Imam pun tak perform, bolehkan nak perform tugas yang lebih besar untuk rakyat Kamunting nanti? Tapi takkan seorang ustaz nak culas dan melanggar amanah kot....

Apapun aku bukan menuduh tetapi aku menulis berdasarkan maklumat yang aku perolehi daripada sumber dalaman PAs Taiping sendiri yang nampaknya berkecil hati dengan calon ni..Jadi ustaz kenalah bagi penjelasan kepada rakyat Kamunting ni.

3 ulasan:

  1. mengikut sumber itu, sumber ini, kata orang itu, kata orang ini, kawan aku kata, macam-macamlah sumbernya. hang ni reti ke tak reti nak jadi blogger?

    BalasPadam
  2. tah hang ni cap ayam punya blogger..bt malu org teypeng la hang ni..BOOM kuat..

    BalasPadam
  3. Hai sumber u all sahih ke lagi byk fitnahnya

    BalasPadam