Sabtu, 6 April 2013

Mufti Perlis mungkin calon PKR ?

Yazid Mohd Hasnan Tawik wrote:


Kangar: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, semalam mengesahkan kemungkinan beliau bertanding sebagai calon PKR pada pilihan raya umum (PRU) nanti.

Beliau berkata, keputusan rasmi mengenainya hanya akan dimuktamadkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bakal mengumumkan senarai calon PKR Perlis, esok.

"Kita tengok saja apa yang diumumkan. Kalau benar saya dicalonkan, itulah jawapannya dan saya akan bertemu Raja Perlis berhubung jawatan saya sebagai mufti.

"Saya percaya semua parti mahu mengemukakan calon terbaik. Saya pasti pucuk pimpinan semua parti akan tengok calon yang memang layak kerana ia bukan hanya untuk menang," katanya ketika ditemui pada majlis Ramah Mesra Menteri Besar bersama Penjawat Awam di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, semalam.

Rakyat semakin bijak
Pada masa sama, Juanda menegaskan, budaya politik bersifat memfitnah tidak seharusnya berlaku kerana rakyat semakin bijaksana dengan pendidikan yang disediakan kerajaan.

Katanya, semua parti politik perlu fokus kepada agenda yang bakal mereka bawa untuk tempoh lima tahun akan datang demi kesejahteraan rakyat.
"Sebab itu, saya amat menyokong jika wujud debat politik sama ada peringkat kepemimpinan parti atau calon supaya rakyat mendapat manfaat lebih baik melalui manifesto yang mereka bawa. Sebenarnya, ini kebaikan demokrasi iaitu siapa yang boleh membawa kebaikan yang lebih baik kepada rakyat," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.