Khamis, 18 April 2013

Razman Zakaria Oh! Razman Zakaria

Bekas Pegawai Kastam dan Rakan Sarbini yang mati jatuh bangunan SPRM dan rakan karib  pegawai hutan Grik yang makan duit haram balak

Razman Zakaria YDP Pas Lenggong sedang menahan lukah.

Lukah yang dimaksudkan ialah mencari wang tunai sebanyak mungkin.

Hasil risikan Taipingmali, mendapat tahu Razman sudah kekeringan kantung, angka-angka dalam buku akaun juga sudah menguncup.

Untuk meneruskan kempen menjadi ahli dewan rakyat kini pada tahap nyawa-nyawa ikan.

Difahamkan Razman menunggu tawaran yang tinggi untuk beliau menarik diri dari pencalonan Sabtu ini.

Sekiranya ada yang sudi membayar harga yang tinggi, beliau akan menarik diri dan tidak akan muncul di Pejabat Daerah Lenggong untuk penamaan calon.

Peraturan baru SPR menyebut, selepas penamaan calon, tidak akan ada lagi bantahan dan tidak ada lagi tempoh menarik balik pencalonan. Semua calon akan bertanding tanpa gagal.

Kini Razman dalam delima, proceed bererti kantung beliau semakin ringan dan semakin nipis.

Jika ada tawaran agar beliau tidak bertanding beliau akan meletakkan harga yang berpatutan.

Ini lah tahap perjuangan Razman.

Sekian/...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.