Isnin, 27 Mei 2013

DAKWAT KEKAL, PEMBANGKANG TUTUP MALU SENDIRI

LAPORAN POLIS OLEH BANG NOD


Sejarah pilihan raya negara ini sudah 12 kali diadakan sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955. PRU 13 Malaysia mencatat sejarah kerana menggunakan dakwat kekal.

Isu dakwat kekal ialah usul yang dibawa oleh pembangkang terutama Pas dan Pkr. Umno dari awal memang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Pembangkang juga memohon supaya tempoh kempen dilanjutkan selama 21 hari seperti tahun-tahun 60an dahulu.

Cadangan 21 hari kempen pun tidak di persetujui oleh Umno kerana negara kita mempunyai sistem jalan raya yang baik, kemudahan komunikasi yang baik setanding negara-negara maju yang lain walaupun agak ketinggalan sedikit.

PRU 13 tempoh kempen dua minggu ternyata minggu pertama kempen menjadi sepi dan perlahan. hanya pada saat-saat akhir sahaja keadaan menjadi lebih rancak dan agresif. Oleh itu untuk pilihan raya akan datang cukup setakat seminggu sahaja..

Idea pembangkang menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya juga merupakan satu idea kuno dan ia menggambarkan Malaysia sebuah negara yang mundur dan tidak maju. Setakat hari ini negara yang menggunakan dakwat ialah Indonesia, India, Mali dan mungkin beberapa negara lain yang ramai penduduknya dan sistem pendaftaran yang kuno,

"Dakwat kekal" (indelible ink) bererti "tidak dapat di hilangkan". Tanda dakwat kekal biasanya kalis air dan tahan selama beberapa hari, atau hampir seminggu. ( kalis air bukan kalis peluntur)

Tanda ini akan hilang apabila sel kulit lama mati dan digantikan dengan sel kulit baru, oleh itu sebarang tanda pada kutikel dijamin hilang dalam tempoh 2-3 minggu. Namun begitu, sesetengah dakwat kekal memiliki jangka hayat simpanan yang pendek kerana pelarut yang digunakan cepat terpeluwap.

Penggunaan dakwat kekal dianggap tidak sempurna kerana ia boleh digunakan dalam penipuan pilihan raya dengan menanda penyokong parti lawan sebelum mereka berpeluang membuang undi. Selain itu, terdapat juga laporan mengenai "dakwat kekal" boleh dicuci dengan peluntur daripada tangan pengundi.

Mungkin bagi negara mundur dakwat yang dicalit pada jari sukar dicuci, ia berlawanan pula dengan negara kita yang serba moden dan maju, dalam pasaran terdapat pelbagai jenis bahan peluntur dan bahan pencuci. 

Sebab itu lah di negara-negara maju mereka tidak menggunakan amalan lapuk ini. Pada 2008 SPR telah membelanjakan RM 2.4 juta untuk membeli dakwat tersebut, tetapi apabila mendapat tahu bahawa pihak pembangkang juga sudah membeli dakwat tersebut untuk dicalitkan di jari-jari warga emas menyebabkan penggunaan ketika itu dibatalkan/

Selepas satu suruhan jaya penambah baikan sistem pilihan raya diadakan, suruhanjaya telah bersetuju agar dakwat tersebut digunakan buat pertama kali pada PRU yang lepas.

Pada 30 April hari pembuangan undi secara pos telah dilakukan dan menyebabkan pembangkang telah memainkan isu ini awal-awal lagi. pada 8.00 pagi mereka telah mainkan isu bahawa dakwat boleh dicuci. pada hal jam ditangan salah seorang pelakon menunjukkan jam 8.00 pagi.

Hari ini Ketua Umum sebuah parti pembangkang telah membuat laporan polis mengenai dakwat yang tidak kekal. TM juga mengundi pada 5 Mei dan selepas itu dakwat kekal untuk beberapa hari dan kesannya hilang sepenuhnya selepas satu minggu. 

Ketahanan dakwat akan kekal ini bergantung kepada cara hidup seseorang. jika pengundi seorang tukang cuci pinggan di restoran rasanya selepas 12 jam dakwat tersebut akan hilang terus. tetapi pada kaum Afrika di Mali dan India yang susah jumpa air, dan pencuci, seminggu pun kesannya masih ada.

Apabila SPR bercadang untuk menggunakan sistem biometrik yang 100 kali lebih baik berbanding dakwat, tetapi pihak pembangkang juga yang menolak dengan pelbagai alasan.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata antaranya pelaksanaan sistem itu diharap dapat mengatasi isu pengundi hantu yang sering di bangkitkan pihak pembangkang setiap kali menjelang pilihan raya.
“Dengan adanya sistem biometrik ini, ia akan dapat membantu mengelak seseorang individu ataupun pengundi itu membuat pembuangan undi dua kali,” katanya pada sidang media, di sini Isnin. 8 Ogos 2011.
 Puak-puak pembangkang di Malaysia ini jenis dajal dan engkar, hanya mereka saja yang betul, orang lain semua salah. Sekarang malu sendiri lah. dulu sibuk nak guna dakwat, kini dakwat pun tak betul.

Eloknya dalam PRU 14 eloklah  SPR bawa pisau pemotong daging untuk kerat jari mereka yang sudah mengundi atau besi panas untuk cap di dahi mereka.