Sabtu, 25 Mei 2013

Keputusan Majistret Mengecewakan Rakyat

seronoknya hara mi ini


Seluruh negara tersentak apabila 3 OKT yang ditahan semalam untuk siasatan di bawah Akta Hasutan dibebaskan selepas permohonan reman polis ditolak Majistret hari ini.

Mereka sebelum itu ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, berhubung ceramah mereka di Dewan Perhimpunan Cina, di sini, pada 13 Mei lepas yang didakwa menghasut kaum cina agar meruntuhkan kerajaan Melayu yang sedia ada secara jalanan.

Dengan pembebasan mereka ini membuatkan pihak polis gagal menangkap dalang di sebalik hasutan ini. Majistret yang menolak penahanan mereka ini juga perlu disiasat kemungkinan mempunyai kaitan dengan keahlian pembangkang.

Alasan Majistret Norashikin Sahat menolak permohonan polis ialah mendapati polis tidak menyatakan individu khusus yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam ceramah berkenaan.

Harap  pada Isnin ini PDRM dapat mengemukan tuduhan baru untuk menahan mereka sekali lagi.