Isnin, 27 Mei 2013

Pas dan Pkr Taiping sibuk mengedarkan borang skim perumahan mesra rakyat (SPNB)




Sebentar tadi TM menerima maklumat menyatakan Pas dan Pkr di Bukit Jana sedang giat mengedarkan borang perumahan mesra rakyat.(SPNB)

Borang tersebut adalah borang asal yang cetakan berwarna bukan cetakan fotostat.

En Hamid Ali calon Pkr dun Batu Kurau 2008 dan seorang lagi pemimpin Pas kini giat menyebarkan borang tersebut kepada kroni-kroni beliau sejak seminggu yang lalu.

Hairan juga bagaimana borang tersebut diperolehi dengan jumlah yang banyak. Apa mereka mempunyai kaki dalam pejabat  SPNB, Pejabat Penghulu Taiping atau Pejabat Daerah dan Tanah Taiping?