Jumaat, 31 Mei 2013

SUASANA HIMPUNAN BERSIH KDN PUTRAJAYA SELEPAS SOLAT JUMAAT TADI (Demo anti Zahid Hamidi)




nak nampak gempar, letak gambar di KL depan LUTH



Demo orang kurang cerdik, kalau buat demo selepas solat Jumaat, pasti anak-anak cina Dap tak joint sebab depa tak tahan panas.  POLIS UNTUK RAKYAT? Pas sudah ada polis sendiri baaa! Jabatan Amal Pas so apa susah mahu PDRM?

PDRM sudah lama berkhidmat untuk menjaga keamanan negara. kalau tak ada polis hari-hari orang Pas kena katuk sampai mampuih oleh orang Umno.

Dan kalau tak ada polis juga hangpa yang dok berdemo tu dah lenyap jadi bangkai. Ada faham?

FOTO SUMBER dari FB budak2 pro mahasewel



BERITA DI BAWAH DARI ANTARA POS

PUTRAJAYA: Kira-kira hanya 20 pelajar yang menyertai perhimpunan di luar Kementerian Dalam Negeri hari ini bagi menuntut supaya menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan. Ini berikutan rasa tidak puas hati mereka berhubung beberapa siri tangkapan ke atas aktivis pelajar dan juga pemimpin pembangkang.

Sambil berhimpun, pelajar berkenaan membawa sepanduk yang tertera “Polis untuk rakyat”, “Pulihkan imej polis” dan “Ahmad Zahid letak jawatan”.

Mereka juga menuntut Ahmad Zahid meletakkan jawatan kerana didakwa gagal bertindak secara profesional.

Antara yang hadir selepas solat Jumaat tadi adalah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang yang baru dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 setelah dituduh mengeluarkan kenyatan berbaur hasutan.

Safwan yang ditangkap 28 Mei lalu mendakwa Zahid menggunakan jentera kerajaan demi kepentingan politik Umno-Barisan Nasional (BN).

"Tujuan memorandum hari ini diserahkan oleh kami adalah untuk menuntut Datuk Zahid Hamidi meletakkan jawatan kerana terdapat tuduhan-tuduhan bersifat politik.

"Kenapa tuduhan ini dibuat secara berpilih-pilih? Orang yang tertentu sahaja yang terlibat di bawah tuduhan menghasut. Ini telah menjejaskan imej KDN," katanya.

Selain Safwan, empat orang aktivis lain iaitu Haris Ibrahim (NGO - Asal Bukan Umno), Naib Presiden PKR, Tian Chua dan pemimpin PAS Tamrin Ghaffar turut ditangkap atas tuduhan yang sama.

"Kami rasakan Datuk Zahid telah menyalahguna kuasa dengan mengarahkan PDRM untuk turut bersekongkol membuat tangkapan dan tuduhan terpilih.

"Zahid menggunakan jentera kerajaan untuk motif politik," katanya kepada wartawan selepas sesi serah memorandum yang diterima oleh Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Abdul Hafiz.

Beliau seterusnya menempelak Zahid kerana didakwanya tidak menjalankan tugas memerangi jenayah dalam negara.

"Zahid sepatutnya memerangi jenayah bukan membuat tuduhan dan mengarahkan PDRM untuk membuat tangkapan," katanya.

"Kalau betul nak perangi jenayah, perangi betul-betul, selesaikan masalah pengganas isu jenayah. Tapi kenapa dibuat lagi tuduhan-tuduhan politik dan tangkapan seperti yang dikenakan terhadap kami," tambahnya.