Isnin, 10 Jun 2013

Ajaran Al-Arqam

"Polis pantau kegiatan Al-Arqam" begitulah tajuk berita dalam Harian Metro hari ini.

Kumpulan yang diharamkan sejak 1994 dikatakan tidak menjejaskan keselamatan negara kata TKPN DS Bakri Zinin.

Polis memantau dari sudut keselamatan dan ancaman kepada negara. Akan tetapi bagaimana pula tentang ajaran mereka yang semakin berkembang dikalangan generasi ketiga pengikut kumpulan ini?

Apa peranan JAKIM dan apa peranan Jabatan Agama Islam setiap negeri. Kenapa tidak didakwa pemimpin mereka di mahkamah syariah?

Bukan saja Al-Arqam yang mengancam aqidah umat Islam tetapi ajaran Syiah turut mengancam umat Islam. Apakah tindakan Jabatan Agama Islam?

Sekarang Arqam mengadakan sidang parlimen roh pulak. Sikit hari lagi ada pula majlis yakazah atau majlis kahwin ramai-ramai, pilih saja yang mana suka terus kawin.

Ayuh Jakim bertindaklah!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.