Isnin, 24 Jun 2013

Anwar menipu peserta blackout 505

Jika kita lihat gambar bawah kanan, ia menunjukkan Anwar Ibrahim duduk semeja dengan Najib untuk jamuan di bangunan parlimen.

Senyum dan tawa antara mereka berdua. Anwar juga adalah mentor Najib dalam Team Wawasan 1993.Kini mereka adalah dalam team A ( kerajaan) dan team B ( pembangkang).

Dalam gambar ini menjelaskan Najib lebih matang dan bijak kerana berjaya mengheret Anwar untuk duduk semeja seolah-olah tiada sengketa antara mereka berdua.

Ia juga menjelaskan kekalahan bagi Anwar kerana sebelum ini dia lah yang mendendangkan yang Najib akan jadi ketua pembangkang, kini ternyata segala cakap Anwar tak boleh pakai. 10 kata Anwar 12 tak boleh pakai.

Anwar sepatutnya menolak dan tidak makan bersama Najib, Anwar sepatutnya berada di Padang Merbuk dan makan nasi bungkus bersama Mahasewel Adam Adli dan Aso Cina Tua.