Selasa, 11 Jun 2013

Dahulu dihina sekarang menyokong, semuanya kerana Melayu

Dulu tentang sebab hina bukan melayu, sekarang?



PENGETUA RASIS: Pn Hjh Siti Inshah Mansor kata Dap, Hindraf, Pkr dan Pas

Tuan Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra Kulai Johor, Pn Hajah Siti Inshah Mansor DG48 telah dikritik hebat oleh Hindraf, Dap .Pkr dan Pas kerana dianggap seorang pengetua bersikap perkauman dalam satu situasi di sekolahnya.

Muhyiddin was asked to comment on the incident where the principal allegedly told Chinese students they were not needed in the country and could return to China and that the prayer strings Indian students tied around their necks and wrists were similar to dog leashes.

Satu jawatan kuasa telah dibentuk oleh Jabatan Pelajaran Malaysia untuk menyiasat perkara tersebut, menurut TPM.

Kemungkinan juga sindiran Pengetua tersebut secara menyeluruh, mungkin beliau geram dengan sikap pelajar yang kurang ajar, biadab, tidak berdisiplin dan lain-lain kemungkinan yang ada.

Pengetua juga mungkin marah dengan sikap guru-gurunya yang pro pembangkang.Guru Melayu menyokong Pas dan Pkr, Guru Cina menyokong Dap dan Guru India menyokong Hindraf. Sekolah mungkin dijadikan gelanggang politik oleh setengah guru dan pelajar.

Biasa lah, orang perempuan ni bila dia habis dan hilang sabar, perkara-perkara yang pelik dan ganjil akan berlaku.

Dilihat dari segi pengalaman dan usia, Pengetua tersebut cukup cemerlang, sebab itu beliau bergelar Pengetua Kanan. Mungkin juga faktor usia dan jantina yang mempengaruhi beliau dan hilang sabar lalu melontarkan amarahnya kepada semua warga pendidik dan pelajar di sekolah beliau dipertanggungjawabkan.

Apa pun jika jawatan kuasa yang dilantik juga pro pembangkang maka tamat lah riwayat Pengetua Cemerlang tersebut....


Berserah lah kepada Allah....TM menyokong penuh keberanian beliau.
http://taipingmali.blogspot.com/2010/08/pengetua-rasis-pn-hjh-siti-inshah.html