Selasa, 4 Jun 2013

Kenapa guru J-Qaf dan KPLI sokong pembangkang?

Berapa orang rakan bertanyakan kepada TM, kenapa dalam bidang perguruan dan pendidikan ramai pembangkang.

Jawapannya mudah sahaja,

Pertama ialah ibubapa mereka adalah pembangkang,

Kedua ialah kerana panel jawatan kuasa pemilih atau orang yang temuduga adalah pembangkang.

Ketiga ialah semangat kenegerian, jika ada yang menggunakan nama Nik, semuanya ok.

Keempat ialah pengaruh rakan sebaya, rakan serumah, rakan setaman atau sekampung dan rakan sekerja, sebab itu lah di bilik guru ada yang bawa Harakah untuk bacaan rakan-rakan.

Kelima ialah pasangan hidup mereka adalah penyokong pembangkang.

Baru-baru ini apabila bila pembangkang gagal menawan Putrajaya, ramai yang murung bila ke sekolah.

Ada yang merancang nak buat potluck pun terpaksa batal kerana gagal, pun begitu ada juga guru-guru yang buat jamuan dalam bilik guru kerana merayakan kemenangan calon mereka yang menang di kerusi Dun atau Parlimen.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.