Ahad, 9 Jun 2013

Kenapa MIC nak boikot kerajaan negeri Perak?

Kelmarin TM terbaca dalam yahoo news menyatakan MIC akan boikot kerajaan Perak sekiranya Speaker tidak dipilih daripada MIC.

Sebelum PRU yang lalu juga kecoh kononnya Dr Zambry akan mengurangkan kerusi MIC kepada 2 kerusi Dun berbanding 4 pada 2008.

Dalam PRU lepas MIC hanya menang satu kerusi Parlimen di Tapah yang di wakili oleh Datuk M. Saravanan dan kalah buat kali kedua di Sungai Siput yang diwakili oleh Datuk SK. Devasamy.

2008 MIC juga kalah semua 4 kerusi iaitu di Pasir Panjang, Behrang, Hutan Melintang dan Sungkai.

2013 sekali lagi MIC kalah di semua 3 kerusi Dun iaitu Buntong, Jelapang dan Hutan Melintang

Oleh yang demikian MIC wajar mengukuhkan semula kedudukan parti sebelum bercakap soal boikot.

Dalam tahun 2010 MIC hanya berjaya mendaftar pengundi sebanyak 179 orang sahaja. Ia menunjukkan MIC Perak berada ditahap yang sangat lemah.

Nasihat TM kepada MIC ialah jangan menuntut apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri sebaliknya perlu pulihkan parti untuk PRU 14.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.