Sabtu, 1 Jun 2013

Rafizi Ramli: Kita Akan Berjumpa Di Dataran Merdeka Selepas Ini

Kata-kata Rafizi perlu diteliti setiap baris. Kata hasutan beliau pernah disebut oleh seorang cina.

Rafizi menyeru supaya rakyat bangkit dan membuat rusuhan dan seterusnya menumbangkan kerajaan. Sekiranya perusuh ditangkap dan di sumbat dalam lokap atau penjara. perusuh akan diserang penjara dan balai dan akan pecahkan.

Seorang apek jual ikan berkata, "ini kali kerajaan mesti kasi ubah, saya tidak ada masalah jika anak-anak saya kena tangkap, saya ada wang, berapa puluh ribu lawyer mau, saya boleh kasi, janji lawan itu kerajaan".

"Lu tau kah sekarang kita sudah siap oo, apa mau jadi jadi lah, satu kali lagi pilihan raya, Dap mesti menang, Kerajaan ini mesti ubah"

Wah! Dahsyat dan menakutkan, ada juga cerita yang didengar hampir semua pelajar universiti swasta dan awam akan turun ke jalan raya untuk menumbangkan kerajaan jika  mendapat seruan.

Malam tadi TM keluar minum di Taiping kerana nak sembang dengan kawan, tiba-tiba terlihat banner bertulis, "Polis dan Tentera bersatu menentang musuh negara" Tahniah dan dengan itu ramai lagi yang sayangkan tanah air dan kerajaan akan siap membantu polis dan tentera di belakang.

Tak kiralah apa senjata pun, mulai hari ini TM nak buat lastik, senapang batang pisang dan senapang buluh peluru buah kaduk untuk menentang musuh.

Apa macam, ingat depa saja yang kuat nak terbalik kan negara. Ingat kita dah rasa betapa peritnya hidup semasa peristiwa 13 Mei 1969.

Depa yang muda-muda ini tak tahu lagi, yang depa tau, seronok saja.