Sabtu, 29 Jun 2013

Speaker DUN Perak bukan milik MIC, Faham!!!

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K Devamany dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Pemilihan Devamany dibuat secara pengundian dengan beliau memperolehi 31 undi berbanding calon pembangkang, V. Sivakumar yang mendapat 28 undi.

Pencalonan Devamany, 56, bagi menggantikan Datuk R. Ganesan dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Dewamany adalah calon BN yang tewas kepada parti PSM di Sungai Siput. Beruntunglah beliau, walaupun kalah tetapi dilantik sebagai speaker.

Ini adalah kali kedua kerusi Speaker dikuasai oleh MIC. Ia adalah kejayaan MIC terutama Datuk Palanivel yang awal-awal lagi sudah memberi amaran kepada Zamry supaya memilih Speaker daripada ahli MIC.

Dewa seolah-olah 'mati hidup balik' kerana perlantikan tersebut.

Pesanan TM kepada MIC ialah janganlah jadikan kerusi speaker sebagai hak milik MIc untuk masa akan datang. Tak mahulah dalam PRU 14, 15, 16 nanti MIC akan menyatakan jawatan Speaker Dun Perak adalah milik kami, tiada siapa boleh mengambil alih jawatan tersebut.

Tetapi jika ada calon Adun MIC menang beberapa kerusi negeri ia tidak menjadi masalah. Apa yang sedihnya ialah sudah dua PRU MIC kalah semua kerusi.

Mulai tahun ini selepas memilihan kepimpinan baru diharapkan MIC akan berubah dan menang banyak kerusi, jika tidak mereka akan terus lenyap dari menjadi parti domain kaum India di Malaysia.

TM berharap Datuk Saravanan, satu satunya calon MP yang menang di Perak menjadi peneraju kepimpinan MIC untuk menarik lebih ramai anak muda bersama parti yang sama-sama telah membangunkan negara sejak sebelum merdeka.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.