Sabtu, 1 Jun 2013

Tindakan Sabah Menghalang Kemasukan Nurul Izzah Adalah Betul Dan Tepat

izzah

Selepas Nurul Izzah dihalang daripada memasuki Sabah, pelbagai pihak terutama parti pembangkang dengan lantang telah menghina sistem perundangan negeri di bawah bayu itu.

Cemuhan terbaru datangnya daripada Penerangan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor mendakwa insiden terhadap Nurul Izzah itu menunjukkan ada dendam yang tersimpan dalam lubuk hati pemimpin negeri itu sehingga pemimpin Pakatan Rakyat yang disenarai hitamkan tidak dibenarkan masuk ke Sabah.

Selain pihak pembangkang, Datuk Bung Mokhtar Radin orang Umno sendiri juga turut mengkritik. “Saya percaya ini adalah kesilapan besar dan perlu di perbetulkan,” kata Bung melalui akaun Twitternya @MyKinabatangan turut menyebut akaun Twitter Nurul Izzah dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman semalam.

Nurul Izzah menyifatkan tindakan menghalangnya memasuki Sabah sebagai “penahanan anti demokratik”, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar akan mengambil tindakan perundangan terhadap kerajaan negeri barisan nasional (BN) Sabah atas tindakan mereka di mahkamah.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman enggan mengulas mengenai halangan masuk Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ke negeri Borneo itu semalam.

Taipingmali percaya bahawa tindakan yang dibuat oleh kerajaan Sabah adalah tepat dan betul. Nurul ke Sabah kerana mempunyai agenda yang besar dan rahsia. 

Sebelum ia menjadi barah kepada kesejahteraan penduduk dan keamanan di Sabah lebih baik kerajaan menyekat kemasukan Nurul. Bahkan bukan sahaja beliau seorang, ramai lagi pemimpin pembangkang patut dihalang daripada memijak bumi Sabah. 

Tindakan Sabah tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa, itu hak mereka dan Nurul sepatutnya menghormati keputusan yang dibuat oleh kerajaan Sabah.  Sekatan tidak akan dibuat sewenang-wenangnya. Sudah tentu pihak keselamatan Sabah sudah dapat menghidu atau mempunyai maklumat mengenai tujuan dan motif sebenar Nurul ke sana.

Satu soalan kepada Nurul Izzah, Jika seseorang yang suka membuat onar. mencerca dan menjadi musuh Nurul Izzah tiba-tiba satu hari orang tersebut ingin datang dan menumpang di rumah beliau, adakah Nurul akan memberi izin?