Selasa, 9 Julai 2013

Af Fatihah untuk arwah Cikgu Hashim Mat Zain




Cikgu Hashim bin Mat Zain guru penolong kanan hal ehwal murid Sekolah Kebangsaan (SK) Beris Panchor, di sini, maut dipercayai ditembak sebaik keluar dari pekarangan sekolah itu, petang tadi. Kejadian berlaku ketika mangsa menaiki kereta keluar dari kawasan sekolah itu kira-kira jam 2 petang.

Berdasarkan gambar yang disiarkan dalam berita, guru muda ini memandu sebuah kereta mewah jenama Mercedes Benz kompresor.

Kejadian guru dibunuh merupakan sesuatu yang pelik, seandainya ia melibatkan ahli perniagaan ia menjadi perkara biasa.