Sabtu, 27 Julai 2013

Apakah reaksi dan tindakan NGO India sewaktu kes-kes ini berlaku berbanding isu SK Pristina?


Tuesday, May 14, 2013

Remaja India ditemui mati





Mangsa dilaporkan telah mati selama tiga jam sebelum dijumpai

PUCHONG, 8 Mei: Seorang remaja perempuan berbangsa India ditemui mati dengan dua das tembakan di kepala bersama sepucuk pistol ditangannya sekitar jam enam pagi di Taman Puchong Perdana, hari ini.

Veluletchumi A/P Veloosamy, 19 dilaporkan mati dalam keadaan memegang pistol di dalam sebuah kereta Mercedes-Benz C Class Sport berwarna hitam dengan nombor pendaftaran RG 7887.
Mangsa yang merupakan seorang setiausaha, berasal dari Johor Bahru telah dijumpai oleh seorang lelaki India yang sedang beriadah pada waktu itu.

37 murid keracunan

37 murid keracunan
Adun Buntong, A Sivasubramaniam turut melawat mangsa keracunan.


BUNTONG – Seramai 37 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Guru Kalgidar, di sini dikejarkan ke Klinik Kesihatan Buntong setelah mengadu sakit perut dan muntah dipercayai keracunan makanan.

Kejadian membabitkan murid tahun satu hingga enam itu dikesan berlaku selepas semua murid mengambil makanan di kantin sekolah pada waktu rehat kira-kira jam 10 pagi, semalam.

Exco Kerajaan Negeri, Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, semua murid yang menerima rawatan sebagai pesakit luar itu mengaku sakit perut, muntah, pening dan cirit-birit antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal yang dijalankan Jabatan Kesihatan mendapati, kemungkinan gejala itu berpunca daripada sejenis makanan dikenali sebagai idli iaitu makanan tradisi masyarakat India yang diperbuat daripada tepung beras yang dikukus.

“Kita syak semua murid ini telah dijangkiti bakteria bacillus cereus yang terdapat dalam makanan itu, sampel makanan sudah diambil untuk tujuan ujian makmal dan kita akan tunggu laporan seterusnya,” katanya.

Menurutnya, arahan penutupan kantin sekolah sudah dilakukan serta-merta.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan, sekolah berkenaan hanya memperoleh 62.1 peratus terhadap penilaian pendidikan kesihatan kepada murid sekolah dan guru.

“Saya agak kecewa kejadian seperti ini boleh berlaku. Kita tidak akan teragak-agak untuk menyenarai hitamkan pengendali kantin yang didapati bersalah,” katanya.

Daripada laporan yang diterima daripada Jabatan Kesihatan negeri, 36 murid mengalami sakit perut, muntah (27), pening (10), cirit-birit (10), dan semua murid dibenarkan pulang pada jam 1.30 petang, semalam.

Sinar Harian difahamkan, sekolah berkenaan terpaksa menumpang gerai makanan luar untuk dijadikan kantin berikutan ketiadaan kemudahan itu.

Pegawai Khas Menteri Besar, C Sivaraj berkata, perkara itu berlaku berikutan jumlah murid yang sedikit iaitu seramai 97 orang.

Katanya, pihaknya sebelum ini ada menyarankan agar dibina kantin, namun timbul masalah pemilikan tanah apabila pihak swasta tidak membenarkan sebarang binaan kekal dibuat di kawasan itu.


Gagal SPM, Pelajar Maut Minum Racun




ALOR GAJAH: Akibat kecewa dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperoleh, seorang remaja nekad meminum racun di Durian Tunggal, di sini, pagi kelmarin. remaja berkenaan, E Premkumar, 18, mati ketika menerima rawatan di Hospital Melaka kira-kira jam 11.45 pagi semalam.


ARKIB : 18/01/2008

Padah ghairah budaya ‘A’

Seorang pelajar lepasan UPSR tahun 2007, Subashini a/p G. Sivakumar, dijumpai tergantung di jeriji tingkap bilik tidur dengan sehelai kain selimut, gara-gara tidak mendapat 4A dalam UPSR seperti yang diharapkannya.