Rabu, 24 Julai 2013

AZMIN ALI TERTINGGAL BAS...MEMANG PENYU BETUL LAH





Azmin Ali
Kenyataan Azmin cukup memalukan diri beliau sendiri, Tak perlu komen panjang-panjang, baca lah sendiri apa kata dia.


SHAH ALAM – Walaupun kes membabitkan penggunaan bilik persalinan di sebuah sekolah di Sungai Buloh dikatakan selesai, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyifatkan ia suatu penghinaan terhadap Islam dan tindakan tegas perlu diambil.
Menurut Azmin, tindakan pihak sekolah terbabit dalam insiden yang memalukan ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa itu tidak boleh diterima sama sekali dan mereka yang terbabit perlu dipertanggungjawabkan.
“Dakwaan bahawa pihak berkuasa sekolah SK Seri Pristana di Sungai Buloh telah membuat pelajar-pelajar bukan Islam makan di ruang makan sementara bersebelahan dengan tandas merupakan sesuatu yang mengejutkan.
“Kami tidak diberitahu dengan tepat mengapa ini perkara itu boleh berlaku dengan alasan mereka terpaksa melakukannya kerana bulan Ramadan dan ia benar-benar tidak boleh diterim,” katanya yang dipetik daripada kenyataan medianya, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut tindakan pihak sekolah terbabit di Sungai Buloh yang dilaporkan mengarahkan semua pelajarnya yang bukan Islam makan dan minum di bilik persalinan pada waktu rehat, semalam.
Isu itu timbul setelah gambar insiden tersebut disebarkan menerusi laman media sosial, Facebook oleh salah seorang ibu bapa pelajar sekolah tersebut.
Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan hari ini berkata, isu sebuah sekolah yang membiarkan murid-muridnya makan di bilik persalinan telah selesai dan kantin tersebut akan dibuka kepada pelajar-pelajar bukan Islam pada bulan Ramadan ini.
"Seperti yang kita ketahui, isu itu telah selesai. Guru Besar mempunyai niat yang baik tetapi memilih lokasi yang tidak sepatutnya. Beliau telah memohon maaf. Saya juga memohon maaf. Ia tidak akan berlaku lagi," katanya.
"Bilik persalinan telah digunakan bersama dengan kantin oleh semua murid sejak Mac kerana kantin boleh memuatkan 500 hingga 600 orang. SK Seri Pristana mempunyai 1,300 pelajar.
"Ekoran kerja pengubahsuaian di kantin itu bermula dua minggu lalu, semua pelajar diminta untuk makan di bilik persalinan. Ini kerana guru bimbang mengenai tahap keselamatan murid-murid ketika kerja pengubahsuaian," tambahnya lagi.
Kerja pengubahsuaian untuk memasang pintu kaca bagi ruang guru di kantin itu kini selesai.

Ops,,..teringat kisah Azmin makan ice cream dalam jamban