Khamis, 11 Julai 2013

PRK KUALA BESUT : FATWA TERBARU HADI AWANG DI KUALA BESUT

Adakah dengan membaca Harakah, mendengar ceramah di YouTube oleh ustaz Mac D dan mendengar kelentong Anwar, Rafizi, Mat Sabu dll boleh menjadikan orang melayu kampung berpengetahuan?

Apakah pengajaran yang boleh dikutip daripada mulut-mulut pemimpin Pas, Dap dan Pkr boleh menjadikan seorang itu berilmu?

Abdul Hadi berkata, ketika masyarakat Cina dan orang Melayu terutama di kawasan bandar memberi sokongan padu kepada Pas dan pakatan pembangkang, orang Melayu di kampung dan tidak berpengetahuan masih memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN).

Nampaknya kerana rakyat kampung yang berpengetahuan dan mendapat pengajaran daripada Pas telah menyebabkan mereka menjadi jumud , menolak kemajuan dan hidup dalam serba kesusahan.

Ini jelas kerana jika kita melawat ke kawasan yang penduduknya menjadi penyokong kuat Pas mereka mundur, miskin, bongkak dan degil.