Jumaat, 26 Julai 2013

PAS DAN IKHWANUL MUSLIMIN SEMAKIN DITOLAK RAKYAT

Ikhwanul Muslimin atau Brotherhood of Islam di bawah Muhamad Morsi telah ditolak oleh rakyat Mesir setelah mereka sedar akan kesilapan dan propaganda doktrin Syed Qutub dan Hasan Al Bana.

Pas Malaysia adalah sekutu Ikhwanul Muslimin adalah penyokong kuat gerakan menumbangkan kerajaan pimpinan Hosni Mubarak yang terdahulu.

Kini apa yang berlaku di Mesir telah disedari oleh rakyat Malaysia terutama mereka yang mengundi dan menyokong Pakatan Pembangkang dalam PRU 12 pada tahun 2008 lalu.

Setelah menyedari siapa Pas yang sebenarnya, kini rakyat Malaysia mula menolak agenda politik Pas yang mirip kepada Syiah, Khawarij, Pro barat dan Pro Yahudi.

Oleh kerana rasa tertekan, Pas mengajak  rakyat Malaysia turun ke jalan raya bagi membantah rampasan kuasa di Mesir.

Kenapa perlu membantah, sedangkan sebelum ini Pas menyokong rampasan kuasa yang dianjurkan oleh sekutu mereka di sana?

Pelik bin  Ajaib dengan sikap Pas Malaysia, dahulu sokong rampasan kuasa, kini membantah pula....

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menganjurkan Himpunan Solidariti Ummat bersama Rakyat Mesir mengutuk rampasan kuasa terhadap Presiden Dr Mohammad Morsi 26 Julai ini.
“Himpunan ini dianjurkan bersama antara DPPM, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mahasiswa,” ujar Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam satu kenyataan.

Himpunan itu, katanya akan diadakan pada hari Jumaat, 26 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434, selepas solat Jumaat bermula dari Masjid Tabung Haji, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan akan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat yang terletak di lokasi berhampiran.
Kenyatan beliau seterusnya.
Himpunan Solidariti ini akan dipimpin oleh Ustaz Nasrudin Hassan – Ketua DPPM, Ustaz Nik Mohamad Abduh (timbalan), Dr Raja Ahamd Al Hiss (naib) dan lain-lain lagi. Selain mereka, turut akan hadir adalah pemimpin-pemimpin tertinggi NGO.
Himpunan ini bertujuan menyatakan sokongan terhadap Presiden Mesir yang sah Dr Mohammad Morsi yang digulingkan secara kudeta oleh tentera negara tersebut.

Ia juga bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan biadap tenter Mesir melakukan rampasan kuasa dengan bertindak kasar terhadap penunjuk perasaan.

Dilaporkan beratus umat Islam menemui syahid akibat ditembak dengan peluru hidup oleh rejim tentera Mesir ketika mereka mengadakan bantahan.
Sesungguhnya mesej jelas yang ingin disampaikan adalah umat Islam di Malaysia bahkan rakyat seluruhnya menolak tindakan biadap anti demokrasi yang dijalankan oleh rejim tentera Mesir.

Kerajaan kudeta Mesir mesti berdamai dan berundur dengan segera dengan kepemimpinan negara tersebut dipulangkan kembali ke pangkuan Presiden Dr Mohammad Morsi yang sah dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya di negara itu.
Rakyat Malaysia juga menolak campurtangan secara langsung atau tidak langsung dari kerajaan Ameriksa Syarikat, Israel, Arab Saudi dan lain-lain negara dalam konflik di Mesir. Sebarang campurtangan akan mengeruhkan keadaan dan boleh menyebabkan krisis ini menjadi semakin parah.
Himpunan Solidariti sejuta ummah ini diadakan bersempena dengan semarak Ramadhan, ketika umat Islam menyambut hari Nuzul Qur’an pada 17 Ramadhan, mengenang kembali peristiwa penurunan Al-Qur’an.

Ia menjadi simbolik pemangkin semangat umat Islam berkorban dan berjihad bagi mengembalikan izzah umat Islam yang tercalar.

Umat Islam menangisi kesyahidan sejumlah aktivis dan pemimpin ikhwan yang terkorban dalam aksi luar kemanusiaan yang dilakukan oleh junta tentera Mesir.
DPPM mengharapkan seluruh umat Islam yang prihatin akan turun hadir berhimpun bagi menyatakan sokongan dan bantahan ini dan dijangkakan jutaan umat Islam seluruh dunia akan turut berhimpun bagi melaungkan slogan dan kalimah yang sama.

Hanya Allah yang membantu dan memenangkan umat Islam

Allah memang membantu dan memenangkan umat Islam sebab itulah Allah Bersama Umno menjatuhkan Pas di Malaysia. Insyallah. PRU 14 Pas kan balik asal, tidak kerusi dan tiada sokongan.

Hari ini Allah bagi peluang kepada Pas memerintah beberapa negeri pada 2008 tetapi apa yang mereka buat?  Pas mengkhianati amanat dan janji mereka kepada pengundi. Terlalu banyak kesilapan dan pengkhianatan Pas terhadap rakyat Malaysia. Khalayak sedia maklum kesilapan dan pembohongan Pas, tak perlu dihuraikan panjang-panjang.

Lihat kenyataan Pas ini;

Rakyat Malaysia juga menolak campurtangan secara langsung atau tidak langsung dari kerajaan Ameriksa Syarikat, Israel, Arab Saudi dan lain-lain negara dalam konflik di Mesir. Sebarang campurtangan akan mengeruhkan keadaan dan boleh menyebabkan krisis ini menjadi semakin parah.

Pas meletakkan perkataan "Rakyat Malaysia" sedangkan ianya ternyata salah dan menyimpang, Kita lihat sahaja berapa kerat ahli Pas yang akan turun berdemo dan berarak ke kedutaan Amerika petang nanti.

Opsss! Sebelum berakhir, Nak tanya dengan Pas, berapa ramai warga siam dan bangla yang mengundi BN di Kuala Besut 2 hari yang lepas ?