Jumaat, 19 Julai 2013

RAFIZI RAMLI TAK TAKUT DISAMAN SPR, TAPI TERKETAR-KETAR MINTA LAKI SHAHRIZAT SELESAI KES LUAR MAHKAMAH!!!


Sinar CahayaBarisan Nasional Vs Pakatan Rakyat


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memang suka cakap besar. Dia juga gemar menjadi perhatian kerana peranannya selaku News Breaker. Malangnya, keberanian yang ditonjolkannya, tidaklah cukup besar. Sebaliknya, sekadar jadi macam anjing, menyalak kuat tapi kalau dibaling batu, lari menggonggong sambil menyelit ekor celah kelengkang.

Pendedahan yang Rafizi Ramli cuba lakukan dengan mengotorkan imej SPR menerusi kewujudan seorang pembekal dakwat kekal yang dikatakan sebagai kroni pembesar SPR, sebenarnya berstatus sama seperti pendedahan-pendedahannya yang lain. Rafizi sekadar menuduh dan kemudian memaksa pihak yang dituduh membuktikan bahawa tuduhannya itu tidak benar.

Itulah kerjanya.

Dan untuk menjadikan ceritanya lebih menarik, cantik dan berwibawa, Rafizi Ramli dengan gah menyatakan bahawa dia sanggup diseret ke mahkamah oleh SPR dan di mahkamah nanti, dia akan membuka semua 'rahsia' SPR sekaligus menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa SPR telah melakukan penipuan dalam PRU-13 lalu menerusi penggunaan dakwat kekal.

Kalau kali pertama, mungkin sesiapa pun akan cuak dengan gelembong Rafizi Ramli tetapi setelah berkali-kali dia terkantoi kerana menipu, nampak gayanya kali ini Rafizi Ramli akan terkantoi lagi. Dan kekantoiannya semakin bertambah-tambah dan menumpuk-numpuk.

Ketika Rafizi Ramli bercakap besar tentang dakwat kekal dan SPR, peguam-peguamnya pula sedang bertungkus lumus memujuk agar suami Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Abdul Jalil agar menarik semula kes saman ke atasnya dan membuat penyelesaian di luar mahkamah.

Daripada maklumat yang diperolehi, sudah kali ketiga para peguam Rafizi Ramli cuba memujuk Dr. Salleh agar tidak menyeret Rafizi memandangkan Rafizi sudah ada satu lagi kes yang belum di mahkamah iaitu kes BAFIA.

Nampaknya, tak adalah seberani mana pun, anak Ramli ini. Cakap bukan main degung-degang tapi sudahnya macam penjahat dalam filem Hindi jugalah. Kalah makan penumbuk dek hero perut boroi!!!