Sabtu, 10 Ogos 2013

BUKAN PDRM YANG RAKYAT MENYAMPAH TAPI PEGAWAI DAN ANGGOTA PDRM YANG RAKYAT MENYAMPAH

POLIS DIRAJA MALAYSIA merupakan satu jabatan yang menjadi benteng perlindung kepada rakyat MALAYSIA.Selain itu rakyat MALAYSIA bergantung harap sepenuhnya kepada PDRM untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara daripada anasir luar yang ingin porak perandakan keamanan MALAYSIA yang terbentuk selepas MERDEKA.Imej PDRM tercalar apabila terdapat segelintir pegawai dan anggota PDRM yang tidak menjalankan amanah yang dipertanggungjawab kepada setiap anggota PDRM yang berikrar untuk berkhidmat kepada MALAYSIA.Sebagai contoh di Daerah LMS dimana sejak kebelakangan ini penulis lihat pusat judi,mesin kuda,rumah urut dan cyber cafe tumbuh macam cendawan seperti tiada pengawasan daripada pihak berkuasa.PENULIS ingin bertanya adakah pegawai atau anggota PDRM sudah berpakat atau mudah dibeli dengan wang ringgit,kalau begitu harga maruah PDRM hanya bernilai wang ringgit sahajalah.Bagaimana untuk memertabatkan maruah PDRM dimata dunia

Published with Blogger-droid v2.0.10